Siapa yang tak suka makan ketam nipah? Tapi untuk tangkap ketam nipah bukanlah mudah. Ketam nipah spesies bersembunyi di lubuk dan sukar untuk menangkapnya.Dalam persekitaran semula jadi, ketam nipah hidup di muka muara sungai yang berlumpur. Keluar mencari makan yang terdiri dari ikan dan hidupan air lain termasuk siput.

 

Jadi, perlu ada kemahiran untuk menangkap ketam nipah dengan menggunakan alat tangkul atau bento yang diletakkan umpan menggunakan ikan segar biasanya tenggiri, tamban atau kembung untuk menarik ketam nipah keluar dari lubuknya. Ketam nipah akan masuk ke dalam tangkul dan terperangkap.

 

Cara Mudah Menggunakan Bento Ketam

 

Teknik menangkap ketam nipah dengan bubu ketam yang dinamakan bento atau bito sebenarnya bukanlah kaedah baru. Malah ia merupakan satu-satu aplikasi yang ada dan paling berkesan untuk digunakan.

 

IKLAN

Bento merupakan bubu ketam yang diperbuat daripada kawat dan jaring yang mempunyai pintu perangkap serta diberi tali dan pelampung. Bagi membolehkannya memerangkap ketam nipah, bento akan diletakkan umpan ikan.

 

Cara Mudah Menggunakan Bento Ketam

 

Apa saja jenis ikan yang telah berbau (tidak digalakkan menggunakan umpan kepala ayam atau perut ayam kerana ia akan mempengaruhi rasa ketam yang ditangkap). Saiz bento lazimnya; panjang 590mm x lebar 430mm x tinggi 270mm.

IKLAN

 

Lokasi paling sesuai untuk melabuhkan jerat ini ialah di muara sungai di hutan bakau. Ketika air laut sedang surut ialah masa yang sangat sesuai untuk melabuhkannya. Ini kerana ketika itulah ketam nipah dipercayai aktif mencari makanan.

 

Cara Mudah Menggunakan Bento Ketam

 

IKLAN

Selain itu, ia juga untuk mengelakkan bento hilang akibat dihanyutkan oleh arus ketika air pasang. Keadaan air surut juga memberi kelebihan untuk membaling bento jauh ke tengah air.

 

Ada juga cara atau kaedah menjerat ketam nipah menggunakan bot dan inilah yang kebanyakannya dilakukan oleh nelayan. Para nelayan biasanya akan mencari kawasan-kawasan strategik untuk meletakkan bento.

 

Cara Mudah Menggunakan Bento Ketam

 

Bento akan diletakkan ketika air surut dan dibiarkan sehingga air surut kembali untuk melihat hasilnya. Bento tidak boleh dibiarkan terlalu lama kerana dikhuatiri dicuri orang atau diceroboh oleh biawak.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI