Cara mudah membezakan pari dan ketuka

Share

 

Ketuka itu adalah ketuka, bukannya pari kecil atau anak pari. Ia cuma keluarga pari tetapi berlainan dengan pari yang lain.

Memandangkan masih ada yang beranggapan bahawa ketuka itu ialah anak ikan pari, maka kami buat sedikit kaji selidik bagi membezakan pari dengan ketuka.

 

EKOR

Ini adalah perbezaan yang paling ketara untuk menentukan beza pari dan ketuka. Tidak seperti spesies pari yang berekor panjang (kecuali pari kelawar), ketuka hanya mempunyai ekor yang pendek sahaja, iaitu kira-kira kurang daripada sekaki atau 30 cm.

Namun harus diingat kedua-dua spesies ini mempunyai sengat yang sama di pangkal ekor. Oleh itu sentiasalah berwaspada ketika mengendalikannya.

 

WARNA

Ketuka mempunyai warna badan kecoklatan pucat pada bahagian atas dan perut berwarna putih. Sementara kebanyakan pari lain mempunyai corak dan pelbagai warna. Jika berwarna coklat tetapi lazimnya berwarna coklat yang lebih gelap.

 

 

SENGAT 

Kebanyakan jenis pari mempunyai hanya satu sengat berbisa pada bahagian ekornya tetapi ketuka mempunyai dua sengat yang lebih kecil dan halus tetapi dikatakan lebih berbisa berbanding sengat pari lain.

 

 

SAIZ

Umum tahu bahawa ikan pari mempunyai saiz yang besar berbanding ketuka. Ketuka sememangnya sejenis spesies yang tidak membesar seperti ikan pari.

Menurut pengalaman peribadi penulis, ketuka yang paling besar pun sekitar 500 gram sahaja atau kurang daripada sekilogram, tidak seperti pari yang mampu menjangkau saiz puluhan kilogram.

 

Taksonomi Ketuka:

  • Order: Chondricthyes
  • Family: Dasyatidae
  • Genus: Himantura
  • Nama binomial: Himantura walga
  • Nama umum: Mangrove wipray
  • Nama tempatan: Ketuka

 

Taksonomi Pari (Pari Tanjung)

 

  • Order: Chondricthyes
  • Family: Dasyatidae
  • Genus: Dasyatis
  • Nama binomial: Dasyatis zugei
  • Nama umum: Sharpnose stingray
  • Nama tempatan: Pari ketuka / pari tanjung
IKLAN