Langkah pertama sama sahaja dengan teknik 1 dan 2 iaitu mengumpulkan buah sawit yang masak atau tua. Masukkan buah sawit ke dalam plastik beras atau pampers bayi yang tidak bocor. Sebaiknya masukkan buah separuh penuh atau 3/4 penuh sahaja.
Kemudian masukkan air bersih sama ada air perigi atau sungai tetapi bukannya air paip yang mengandungi klorin. Masukkan air sehingga hampir penuh dan ikat hujung plastik tersebut dengan kemas. Biarkan sawit terendam sepenuhnya di dalam plastik tersebut selama 2 hari.
Ads
Ads
Selepas dua hari, buatkan lubang-lubang kecil sekitar 4 inci (1/3 dari paras buah) dari bawah plastik supaya air dapat keluar dan hanya di paras 4 inci ke bawah saja air masih tinggal. Atau hanya 1/3 saja buah yang masih terendam. Biarkan ia diperam selama 3-4 hari lagi. Dalam proses ini kenalah tengok dan picit keadaan buah agar ia tidak terlalu lembik. Selepas dibuangkan air sepenuhnya maka sawit peram ini sudah boleh digunakan.
Ads
Cara penggunaan pula, sawit yang teredam lama itu digunakan umpan rasuah ditabur ke lubuk sementara buah yang berada di bahagian itu pula digunakan sebagai umpan cucuk pada mata kail.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Memancing udang galah di kawasan air payau seperti di Kuala Selangor atau Teluk Intan, tidak sama situasi dengan memancing udang di kawasan air tawar sepenuhnya seperti di Sungai Pahang. Khususnya di kawasan Temerloh.
Sebagai panduan bersama, tip-tip ini disediakan bersandar pengalaman para pemancing yang pernah menduga kerenah si jenggo Sungai Pahang.
Umpan
Kebiasaan umpan yang digunakan di sini adalah umpun-umpun, anak udang, cacing dan perut ayam. Ada jugak yang pakai anak ikan longkang.
Mengikut pengalaman dan pemerhatian saya sepanjang saya memancing di sini, cacing dan umpun-umpun adalah umpan yang paling cepat dan mudah untuk dikesan oleh udang.
Dalam erti kata lain, ia adalah umpan untuk cari lauk. Tetapi tak bermakna udang saiz tak ambil. Kalau dia ada di kawasan pancingngan, dia akan cepat makan dan mudah lekat.
Untuk umpan anak udang, perut ayam dan anak ikan longkang pulak, biasanya saya gunakan untuk target yang bersaiz sado (besar). Umpan anak udang kadang-kadang saiz yang kecil-kecil pun boleh dapat jugak.
Tapi kalau guna perut ayam, yang menjamahnya kebiasaan bersaiz sado 200 gm ke atas. Cuma kita perlu bersabar sedikit… kerakusan untuk dia makan tu agak lambat sedikit.
Mata kail dan perambut
Oleh kerana di sini terkenal dengan ketegapan udangnya, jadi mata kail bersaiz 3, 2, dan 1 amatlah bersesuaian untuk diguna pakai di sini.
Perambut pula kebiasaannya tidak kurang dari 2 jengkal… lebih pun ade. Ada yang suka pakai perambut bertingkat ada yang suka perambut Y.
Terpulang pada selera masing-masing. Tapi kalau guna perambut jenis Y… 1 mata 1 jengkal setengah dan 1 lagi 2 jengkal setengah. Untuk perambut tingkat pula biasanya jarak antara mata 1 dan 2 dalam 2 inci saja.
Saya nak nak ceritakan sedikit kenapa perlu perambut yang agak panjang tak sama macam kebiasaan perambut untuk sungai yang ada pasang surut.
Sebabnya di sini udang tak tertumpu pada tempat dalam sahaja. Kawasan yang cetek pun ada udang. Bila udang makan umpan kita di tempat yang cetek, ia tak terasa sangat beban
batu ladung yang kita gunakan. Kalau perambut kita pendek, dia usik saja dah rasa berat dah tentu dia tinggalkan umpan kita.
Lubuk berpotensi
Yang ini mesti ramai yang nak tahu, kan? Ok… sy ceritakan sedikit berdasarkan pengalaman saya. Udang tidak duduk di satu tempat sahaja.
Kawasan tumpuan atau lubuk udang banyak berpandukan warna dan paras air sungai.
Jika air sungai tinggi dari paras biasa dan warna pekat… spot pancingan biasanya di tepi tebing sungai saja.
Jika air sungai tinggi dan agak nak jernih… spot pancingan adalah kawsan-kawasan yang tidak terlalu dalam dan tidak terlalu cetek.
Jika air sungai keruh dan sejuk… spot pancingan biasanya kawasan yang berpasir dan cetek.
Jika air surut dan jernih… spot pncingan di tempat yang agak dalam.
Jika air sungai baru nak naik keruh dan sejuk (berlakunya kepala air)… biasanya kumpau! Sebab sampah dasar amat banyak ketika ini.
Gewang rattlin atau rattlebaits merupakan gewang jenis tanpa bibir. Gewang jenis ini lebih tidak terlalu fokus pada gaya renangan sebaliknya lebih kelebihan gewang rattlin ialah getaran yang menghasilkan bunyi gemerincing yang mampu menarik perhatian ikan. Gewang rattlin juga mempunyai prinsip yang sama seperti blade, sejenis gewang seakan sesudu namun diposisikan dan memberikan impak seperti gewang rattlin.
Gewang rattlin ini tidak banyak beza dengan gewang lain yang memiliki kelebihan masing-masing. Ia menjadi trending kerana citarasa pemancing yang sentiasa berubah-ubah. Apatah jika seseorang pemancing yang tersohor, atau ada nama, atau juga pengusaha produk memperoleh tangkapan dengan gewang tersebut. Maka dalam masa yang singkat saja ia akan trending.
Secara peribadi saya juga penggemar gewang rattlin. Malah saya gemar menggunakan gewang ini kerana ia boleh dipersembahkan dengan kepelbagaian teknik terutamanya untuk menjerat spesies pemangsa di lokasi berair keruh di mana tahap penglihatan berkurang. Dengan getaran dan kilauan gewang ini banyak membantu memperoleh strike.
Tahniah kerana berani dan tidak malu untuk bertanya. Ia adalah satu pembelajaran yang bagus untuk anda menaikkan ilmu dalam arena memancing ini.
Situasi yang anda alami sebenarnya dialami oleh ramai pemancing. Dan saya memahaminya dengan amat jelas situasi tersebut.
Dalam pancingan haruan terutamanya mengilat atau casting menggunakan umpan hidup (katak) dan gewang, situasi di mana haruan menyambar umpan ketika ia sudah hampir tiba ke pemancing adalah sesuatu yang lumrah.
Dalam soal ini, sedikit kesulitan sekiranya menggunakan umpan katak berbanding gewang. Jika menggunakan gewang, sentapan atau strike boleh dilakukan secara terus. Sebaliknya jika menggunakan umpan katak, kejadian rabut atau tidak lekat sering berlaku.
Bagi mengatasi masalah ini, sebaiknya dibiarkan beberapa saat sebelum melakukan sentapan. Caranya ialah dengan memberi tali terlebih dahulu.
Bila mendapati ada pergerakan tali keluar dari kekili barulah melakukan sentapan. Dan bagi mengelakkan kejadian rabut dan mata kail terpelanting ke arah pemancing maka lakukan sentapan ke arah sisi badan.
Jika mata kail terpelanting sekalipun ia tidak akan mengenai mana-mana anggota badan pemancing.
Sebaiknya amalkan teknik strike ke arah sisi badan dalam apa juga keadaan sekali pun kerana ia adalah lebih selamat.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...