Casting atau mengilat merupa kan salah satu teknik memancing yang menyeronokkan.
Dengan mengunakan gewang atau umpan tiruan sebagai alatan utama, ia juga merupakan sukan memancing yang berisiko tingi ditimpa kemalangan jika cuai atau kurang waspada .
Terutamanya jika aktiviti casting bersama rakan menggunakan sampan atau bot kecil.
ETIKA 1
Sentiasa pastikan di mana kedudukan gewang dan selamat dari terkena rakan sebelum. membuat balingan.
Terutamanya teknik over head cast yang mana rakan berada di belakang anda.
Ads
ETIKA 2
Cuba elak daripada mengamalkan balingan secara henjutan kuat sebagaimana balingan surf casting kerana akan menghasilkan impak yang besar jika mata tiga gewang tersebut tersangkut pada rakan atau diri sendiri.
ETIKA 3
Setiap kali membuat balingan, panjang perambut antara hujung cincin dan gewang sebaiknya tidak lebih dari sejengkal atau 6 inci kerana jika terlalu panjang, hayunan gewang itu akan mudah menyentap sesuatu .
Ads
ETIKA 4
Elakkan juga dari melakukan aktiviti casting di atas bot atau sampan dengan kapasiti pemancing melebihi had.
Jika saiz sampan sesuai untuk 3 pemancing, maka jangan lebih daripada itu.
Ads
ETIKA 5
Gelojoh atau gopoh ketika mahu membuat balingan khususnya apa bila melihat kelibat ikan yang ingin dipancing adalah perkara yang wajib dielakkan kerana banyak insiden berlaku disebabkan olehnya.
ETIKA 6
Sentiasa memakai jaket keselamatan kerana banyak insiden yang tak diduga boleh berlaku ketika aktiviti casting di atas bot.
ETIKA 7
Banyak kemalangan berlaku ketika menangalkan mata kail dari mulut ikan, jadi berhati -hatilah dan gunalah kelengkapan seperti tanguk, lip grip serta playar.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Merujuk kepada Kamus Dewan, fenomena kepala air membawa maksud permulaan atau penghabisan air bah. Atau dalam kata lain ialah limpahan air yang besar yang membanjiri sungai dan berlaku secara tiba-tiba. Ia turut dikenali sebagai ibu air atau lidah air.
Fenomena kepala air ini berpunca dari aliran air dalam kuantiti yang besar. Ia mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama. Lazimnya ia berpunca daripada hujan lebat yang berlaku di hulu sungai. Fenomena ini berlaku di seluruh dunia dan kadangkala meragut nyawa.
Punca kejadian Punca atau sumber kepala air:
Hujan dihulu sungai dengan kadar luar biasa, akibat daripada itu akar pokok tidak dapat memainkan peranan menahan air untuk diserap ke dalam tanah.
Begitu juga dengan kawasan takungan atau tadahan di hulu menjadi penuh maka ia terus melimpah dan masuk ke sungai dengan banyak.
Berlaku tanah runtuh akibat pembalakan atau semulajadi. Pokok-pokok yang dipotong dibiarkan atau runtuhan semulajadi menumbangkan pokok dan ini akan menghasilkan empangan-empangan kecil yang menakung air.
Kesannya, jika ia tidak dapat menahan tekanan untuk menakung air ia akan pecah dan berlakulah limpahan air yang besar.
Hujan di kawasan tanah tinggi pergunungan lebih dari kebiasaan. Walaupun akar pokok memperlahankan proses air mengalir kesungai namun jika hujan berlaku lebat dan lama, maka air akan melimpah masuk kesungai dengan kadar yang banyak dan laju.
Jika empangan pecah dan berlakunya gempa bumi. Namun kedua-dua kejadian amat jarang dan hampir tidak berlaku di negara kita.
Dan tentu saja kefahaman tentang kepala air ini perlu diambil berat oleh pemancing terutamanya pemancing yang menggemari aktiviti memancing di sungai pergunungan.
Di kawasan sungai pergunungan inilah lazimnya berlaku kejadian kepala air.
Perambut mata kail merupakan kelengkapan terpenting dalam pancingan air tawar terutamanya kolam. Bagi pancingan air tawar atau kolam, pemilihan perambut mengikut spesies yang hendak dipancing. Se Sebagai contoh, kalau hendak memancing rohu maka gunakanlah perambut rohu seperti perambut spring dan sebagainya.
Pemilihan perambut juga bergantung kepada lokasi memancing dan situasi semasa sama ada konsep pancingan harian atau pertandingan. Oleh yang demikian, amat penting untuk menjaga dengan baik perambut ini agar tidak menyusahkan diri sendiri apabila hendak menggunakannya nanti.
Bersihkan dan keringkan perambut selepas digunakan terutamanya perambut yang dihasilkan dari tali braided. Ramai yang tidak mengendahkan perkara ini.
Sapukan sedikit minyak pada mata kail terutamanya mata kail yang senang karat. Jika tiada minyak yang sesuai, minyak masak pun boleh.
Periksa ikatan dan simpulan pastikan semuanya kuat dan ketat.
Periksa tali perambut sama ada ada luka atau tidak, kalau terdapat luka buangkan sahaja dan buatkan yang baru. Jangan menyesal di kemudian hari.
Sebaiknya letakkan perambut dalam bekas yang terdedah udara dan terkena cahaya matahari yang tidak terlalu terik.
Penting! Asingkan perambut anda. jangan campur adukkan pelbagai jenis perambut di dalam satu bekas, nanti jadi mee goreng susah nak leraikan.
Pastikan juga perambut disimpan di tempat khas yang jauh dari kanak-kanak dan haiwan peliharaan.
Hutan yang bising dengan suara dan bunyi unggas pada waktu malam adalah lebih baik daripada hutan yang sunyi sepi. Bila hutan sunyi sepi, pasti ada sesuatu yang tak kena…! Namun itu cuma salah satu panduan jika kita ingin camping atau berkhemah di dalam hutan. Banyak lagi panduan yang perlu dipelajari sebelum melakukan aktiviti ini.
Pilih Kanopi Hutan
Apabila sudah dapat tapak untuk mendirikan khemah, sebaiknya dongak ke atas melihat persekitaran pokok dan rimbunan daun (kanopi) yang masih hijau. Maksudnya, bukannya kanopi yang dah mati kering supaya dapat mengelakkan risiko dihempap dahan atau ranting pokok apabila angin kencang.
Pantau Paras Air
Pastikan jarak tapak untuk mendirikan khemah sekurang-kurangnya 5 kaki dari aras air sungai. Jangan dirikan khemah di kawasan landai tepi gigi sungai, biasanya kawasan landai akan ada banyak pokok rendah dan renek macam pokok senduduk. Itu tandanya air selalu naik kat kawasan tersebut. Dirikan di kawasan yang pokoknya besar-besar.
Perhati Laluan Denai
Tentukan laluan denai di dalam radius kawasan 20 meter dari khemah. Jangan dirikan khemah di dalam laluan denai kerana laluan denai bukan untuk kegunaan manusia sahaja, ia juga adalah laluan binatang lain. Gajah atau seladang tentu tak suka kalau laluannya terhalang oleh khemah korang.
Bersihkan tapak
Bersihkan lantai tapak perkhemahan daripada daun-daun, ranting-ranting dan pokok-pokok renek. Bersihkan dengan menggunakan alatan atau ranting-ranting pokok sehingga kelihatan lantai tanah. Ia bagi mengelakkan risiko terkena sengat serangga atau binatang berbisa seperti lipan atau kalajengking yang bersembunyi.
Unggun api
Ketika membuat unggun api, selitkan beberapa batang kayu panjang. Ia sebagai senjata segera. Bila ada bahaya contohnya perimeter diceroboh, capai saja kayu yang ada api ini sebagai senjata. Lazimnya binatang lebih takutkan api berbanding pisau atau parang.
Pagar perimeter
Jika perlu, buatkan perimeter tapak perkhemahan dengan memagarnya menggunakan tali tangsi dan loceng. Ia sebagai alarm sekiranya ada binatang yang menceroboh masuk ke dalam perimeter. Boleh juga taburkan karbaid atau belerang kuning pada perimeter ini bagi menghadang ular atau binatang berbisa yang merayap.
Awas Kepala air
Jika berkhemah di kawasan aliran sungai atau air terjun, jangan dirikan khemah terlalu hampir di kawasan tersebut. Lebih molek andai jauh sedikit dari kawasan tersebut dan kawasan perkhemahan agak tinggi kerana apabila hujan, kawasan yang rendah akan ditenggelami air apabila dan datangnya kepala air. Jika ada batu besar berhampiran aliran air, tandakan batu tersebut sebagai penunjuk paras air.
Bahaya Rimbunan Buluh
Elakkan berkhemah di bawah rimbunan pohon buluh. Rimbunan buluh dan daun yang sudah mati kebiasaannya dihuni oleh makhluk berbisa seperti ular. Andai tiada tempat, bersihkan dulu kawasan tersebut dan pastikan kawasan sekeliling ditabur dengan belerang untuk tujuan keselamatan. Pohon buluh juga amat sinonim dengan makhluk halus yang menjadikan pohon tersebut sebagai tempat tinggal.
Air Masak
Jika nak memasak air, jangan ambil air di bahagian tepi atau gigi sungai. Ambil kat bahagian tengah sungai atau tempat yang mengalir deras. Rasionalnya tikus, rusa, kancil, babi dan lain-lain binatang kencing kat tepi sungai, arus akan tolak air kencing tu ke tebing.
Sisa Makanan
Sebaik-baiknya habiskan semua makanan tanpa meninggalkan sisa. Jika ada sisa makanan, hanyutkan atau tanamkan. Ini kerana bau sisa makanan ini akan menarik perhatian beruang, gajah, kera dan pelbagai binatang lain untuk bertandang.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...