Awal pagi lagi, saya dikejutkan dengan riuh rendah di hadapan khemah. Rupa-rupanya, joran pak Abu yang ditambat telah mengena. Sah… bila melihat Pak Abu menahan asakan lenturan joran, kelah besar yang telah mengena. Akhirnya kelah yang dianggarkan 4 kg berjaya ditewaskan. Senyum lebar Pak Abu bila umpan sebiji sawit berjaya menggoda kelah.
Selesai sarapan, saya, Zack, Encik Mohd dan Ajak bersiap sedia untuk ke bahagian hulu untuk casting. Kami ditemani oleh guide Janggut dan Khairul. Banyak juga sebarau dan tengas berjaya kami perolehi dan hampir kesemua sebarau yang kami perolehi dilepaskan semula.
Tiba di Lubuk Panjang (mendapat nama kerana terdapat lubuk dalam yang panjang), saya yang berada tidak jauh dari Zack telah dikejutkan oleh Zack yang tiba-tiba sahaja kelihatan sedang menahan asakan padu. Memandangkan dia hanya menggunakan rod Storm Discovery 4-10lb, tali 10lb & perambut 20lb, Zack agak lama bertarung.
Selepas lama dia bergasak, akhirnya dia menjerit keriangan apabila badong rupa-rupanya yang menyambar sesudu jenama Bakau warna tembaga 12 gram yang harganya bawah RM5 sahaja. Kami meneruskan lagi trip berkenaan sehinggalah petang sebelum kembali semula ke khemah.
Malam itu, kami menikmati hidangan ikan kelah bakar dan juga hidangan lain iaitu masak lemak cili api berserta hidangan sayur pucuk paku yang banyak tumbuh di sekitar khemah.
Kami meneruskan kembali aktiviti, sama seperti pecahan kumpulan semalam. Manakala Zaki, Acang Kopeng dan Pak Abu setia membottom tidak jauh dari khemah sambil, Acai Kopeng dan Pak Abu cuba-cuba juga membottom hingga ke pertengahan Lubuk Panjang.
Apa yang menyeronokkan bagi saya adalah, hari ketiga ini, saya lebih banyak memperoleh tengas menggunakan sesudu. Asalkan baling sahaja di lubuk dan spot berpotensi, pasti ada tengas yang rata-ratanya sebesar lengan kanak-kanak dan orang dewasa mengena.
Bagi saya, Zack dan Encik Mohd, kegilaan tengas menyambar sesudu seperti Abu Island II (warna perak dan tembaga), Bakau dan gewang murah seperti Ofmer membuatkan kami amat seronok, apatah lagi merasai henjutan dari rod yang melentur dan keluarnya tali dengan laju apabila drag dilonggarkan sedikit.
Zack nampaknya seakan mengulangi kejadian hari kedua apabila umpan sawit peram yang dilontarkan di hujung kepala lubuk pada malamnya berjaya menarik perhatian sang kelah.
Pada hari terakhir, kami hanya casting sekejap sahaja berhampiran kawasan khemah dan selesai makan tengah hari, kami bertolak pulang semula ke Sungai Kejar di mana tempat bot kami ditinggalkan.
Sesungguhnya, memori casting di hulu Taman Negeri Royal Belum akan terpahat dalam ingatan saya dan saya teramat rindu untuk menjengah lagi ke sini.
Madai jigging merupakan satu teknik memancing (jigging) yang mana jig yang digunakan adalah meniru aksi renangan sotong.
Teknik pancingan yang berasal dari negara Jepun ini mula popular di negara kita sekitar lebih 10 tahun yang lalu. Jig yang berupa kepala sotong dengan rambu-ramba ini turut dikenali sebagai jig tengkorak.
Madai jigging juga adalah satu cara yang bagus untuk menjerat ikan dasar. Cara menggunakan madai ialah dengan perlahan sekali tetapi tidak perlu menghenjutkan joran kita.
Selepas madai diturunkan dan sampai ke dasar, kita hanya perlu mengangkat joran kita naik ke atas dengan cara yang paling perlahan sekali dan turunkan joran untuk madai sampai ke dasar dan mengetuk dasar.
Cara ini perlu dimainkan dengan cara yang paling perlahan dan mengetuk dasar.
Selaku jig yang dimainkan di dasar, tentu saja ikan sasaran adalah dari spesies bersisik terutamanya jenahak dan kerapu.
Hari ini, madai jigging sudah kurang dipraktikkan setelah ditenggelami oleh populariti jigging perlahan yang mana ia ternyata jauh lebih berkesan memburu spesies demersal berbanding madai.
Terkini, teknik tai rubber yang diadaptasi dari madai jigging terbukti lebih berkesan berbanding madai jigging sekaligus seperti menutup ruang sepenuhnya ke atas madai jigging.
Ikan tuna kaya dengan vitamin B12 dan D dan kaya dengan kandungan kalsium dan besi. Daging ikan tuna juga mengandungi protein rendah lemak. Kanak-kanak dan ibu hamil kerap disaran untuk memakan pelbagai variasi menu ikan tuna.
Pun begitu harus dipantau adalah ketika pengambilan ikan tuna kerana dagingnya mengandungi kadar sodium yang tinggi. Bagi yang sangat mementingkan kadar garam, pengambilan tuna dengan kerap bukanlah pilihan yang sihat.
Ikan Kod dianggap sebagai salah satu makanan terbaik di dunia. Ikan penuh sisik ini merupakan sumber yang bagus untuk vitamin B12 dan omega 3. Kod dipilih sebagai alternatif pengganti terbaik untuk daging merah sebagai protein dan dapat melawan pelbagai penyakit.
Daging ini sangat memberi manfaat bagi pengidap atherosclerosis dan mereka yang memiliki masalah jantung dan diabetes. Yang paling penting adalah ikan kod sangat bagus bagi kesihatan jantung.
Pengambilan ikan trout segar selalu menjadi pilihan terbaik. Ikan bintik-bintik yang hidup di air tawar ini mengandung lemak omega 3, yang bagus untuk kesihatan jantung. Para pakar kesihatan menyarankan ikan trout pelangi beranding trout liar.
Alasannya adalah karena ikan trout pelangi biasanya diternak sehingga terlindungi dari kontaminasi. Pilihan bagi kita yang ketiadaan ikan trout ini mungkin boleh cuba beralih ke ikan sikang.
Ikan ini mirip seperti ikan sardin. Ikan kecil ini merupakan sumber yang bagus untuk vitamin D dan zinc. Ikan hering memiliki rasa sedikit berbeza karena dagingnya yang lembut.
Pengambilan ikan hering setiap hari dalam pola makanan akan membuatkan sel darah merah semakin sihat. Protein yang ditemukan pada ikan hering berfungsi sebagai sumber dari asid amino yang diperlukan untuk memproduksi haemoglobin dalam tubuh.
Sardin (selayang) adalah satu-satu ikan berminyak yang tinggi kandungan vitaminnya. Sardin menyediakan nutrisi yang lebih banyak untuk kulit dan tulang. Salah satu kelebihan kesihatan dari ikan sardin ini adalah perlindungan dari penyakit jantung, perlindungan dari kanser tertentu, dan membantu menguatkan tulang. Selain itu, ikan sardin juga menguatkan sistem kekebalan tubuh dan mengawal tekanan darah.
Ikan keli memiliki banyak manfaat kesihatan. Terlepas dari rasanya yang manis, dagingnya dapat memenuhi keperluan nutrisi tubuh. Daging ikan keli kaya dengan vitamin dan lemak sihat. Ikan keli memiliki banyak kandungan yang rendah kalori dan lemak.
Jadi, menyenaraikan keli sebagai salah satu makanan dalam pola diet sihat sangat disarankan.
Daging ikan keli memiliki asid lemak sihat seperti omega 3 dan omega 6. Menurut sumber, ikan lele merupakan ikan yang paling banyak diambil sebagai sumber makanan kerana potensi kandungan merkurinya yang paling rendah. Selain itu, ikan keli juga mengandung vitamin B22 yang membantu tubuh mengendali sistem saraf.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...