Pertama, proses yang sama iaitu mencari dan mengumpul buah sawit dalam jumlah yang anda inginkan. Simpan buah sawit tersebut di dalam guni atau karung yang tidak kedap udara dan air boleh keluar dan masuk seperti guni gula atau gandum. Ikat karung akan buahnya tidak terkeluar.
Rendam karung atau guni buah sawit ini di dalam sungai, parit, tali air atau apa saja sehingga tenggelam. Boleh juga letakkan batu atau apa saja supaya guni buah terendam sepenuhnya di dalam air. Jika ingin merendam di dalam bekas yang besar pastikan air yang digunakan bukanlah air paip.
Ads
Selepas direndam selama 2-3 hari (buah dah jadi lembut), ambil kembali guni tersebut dan jemur buah sawit secara terbuka selama satu hari. Hari berikutnya buah sawit ini sudah bleh digunakan sebagai umpan.
Kaedah 2
Ads
Langkah pertama sama sahaja dengan teknik 1 dan 2 iaitu mengumpulkan buah sawit yang masak atau tua. Masukkan buah sawit ke dalam plastik beras atau pampers bayi yang tidak bocor. Sebaiknya masukkan buah separuh penuh atau 3/4 penuh sahaja.
Kemudian masukkan air bersih sama ada air perigi atau sungai tetapi bukannya air paip yang mengandungi klorin. Masukkan air sehingga hampir penuh dan ikat hujung plastik tersebut dengan kemas. Biarkan sawit terendam sepenuhnya di dalam plastik tersebut selama 2 hari.
Ads
Selepas dua hari, buatkan lubang-lubang kecil sekitar 4 inci (1/3 dari paras buah) dari bawah plastik supaya air dapat keluar dan hanya di paras 4 inci ke bawah saja air masih tinggal. Atau hanya 1/3 saja buah yang masih terendam. Biarkan ia diperam selama 3-4 hari lagi. Dalam proses ini kenalah tengok dan picit keadaan buah agar ia tidak terlalu lembik. Selepas dibuangkan air sepenuhnya maka sawit peram ini sudah boleh digunakan.
Cara penggunaan pula, sawit yang teredam lama itu digunakan umpan rasuah ditabur ke lubuk sementara buah yang berada di bahagian itu pula digunakan sebagai umpan cucuk pada mata kail.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Sekiranya anda kreatif dan perlu tetapi gian jugak nak memancing, anda boleh try buat sendiri gewang sesudu berikut. Ikan kalau nak makan tak tunggu gewang mahal-mahal der.
Bahan dan alatan diperlukan:
Tin aluminium
Gunting atau plier
Mata kail
Swivel
Split ring
Paku atau penebuk lubang
Marker pen
Cara menghasilkannya:
Tutorial 1
Guntingkan bahagian bawah tin aluminium. Pastikan gunting tajam dan kuat.
Tutorial 2
Gunting dan kemaskan bahagian tapak tin aluminium.
Tutorial 3
Lakarkan bentuk sesudu atau spoon anda.
Tutorial 4
Gunting tin aluminium mengikut lakaran yang dibuat.
Tutorial 5
Bentuk asas sesudu yang siap dipotong. Anda boleh membuat bentuk berbeza bergantung kepada kreativiti.
Tutorial 6
Tebuk lubang pada bahagian atas dan bawah. Untuk hasil lebih kemas, gunakan penebuk kertas.
Tutorial 7
Pasangkan mata kail dan swivel. Corakkan atau spray spoon anda mengikut kreativiti. Dan siap untuk digunakan!
Ikan rohu yang dilepaskan ke kolam memancing lazimnya akan mengambil masa beberapa hari untuk ‘buka mulut’. Bila dah buka mulut, boleh dikatakan semua umpan untuk pancingannya akan dia sapu. Tapi untuk menarik kumpulan rohu tertumpu pada satu umpan, perlulah ada sesuatu umpan yang mampu memikatnya.
Bahan-Bahan
Minyak belangkas A1
1 kg dedak 929
200 gm dedak 928
3 keping Biskut meri
2 bungkus keropok jagung
2 keping roti sandwich
Air
Langkah 1
Hancurkan biskut meri dan keropok jagung ke dalam 500ml air. Kemudian masukkan 1 kg dedak 929 dan 200 gm dedak 928. Bancuh adunan sehingga menjadi sekata.
Langkah 2
Masukkan pula 10 penutup minyak belangkas. Kemudian bancuh adunan agar dedak dan minyak sekata dan sebati.
Langkah 3
Penyekkan roti sandwich dan dipotong dadu. Tuangkan sepenutup minyak belangkas ke atas roti dadu yang dicampurkan sedikit adunan dedak
Langkah 4
Cucukkan dulu gabus pada mata kail kemudian cucukkan roti
Langkah 5
Kepalkan dedak pada spring sebanyak mana yang diingini
Langkah 6
Umpan yang siap untuk digunakan bagi teknik pancingan dasar atau sub permukaan menggunakan pelampung.
Umpan kongkang merupakan umpan daripada usus ayam yang diproses bersama bahan lain.
Umpan kongkang sahaja sudah boleh dijadikan umpan memikat ikan.
Namun dengan campuran pes perisa Original, ia mampu mempercepatkan proses ikan menemuinya sekaligus membahamnya.
Bahan-bahan keperluan:
Umpan kongkang (umpan usus ayam) yang diproses
Perisa strawberi Original
Perisa soya Original
Roti ban manis
Cara penyediaan Umpan:
Langkah 1
Kupas atau buang lapisan atas roti ban manis. Belah roti potato menjadi dua bahagian. Bahagian
atas dipotong dadu sebagai bahan inti manakala bahagian bawah pula dipotong dadu lebih kecil untuk dijadikan bahan kepal menutup inti.
Langkah 2
Sediakan satu plastik kosong. Masukkan kira-kira dua sudu umpan kongkang (buatan sendiri atau apa saja jenama yang ada dijual).
Kemudian masukkan satu penutup perisa strawberi dan satu penutup perisa soya Original.
Sebatikan campuran ini di dalam plastik. Masukkan roti dadu bahagian inti dan goncang plastik sehingga kesemua roti dadu sebati dengan campuran umpan.
Langkah 3
Ulangi langkah yang sama. Hanya kali ini masukkan roti dadu bahagian kepal dan kembungkan plastik supaya roti dan umpan dapat diseratakan dengan sebati.
Cara menggunakan umpan:
Gunakan perambut Y dua mata kail tali sulam atau tangsi. Cucuk kedua-dua mata kail dengan beberapa roti dadu yang bersalut umpan perisa campuran (inti).
Gabungkan kedua-dua mata kail tersebut (atau salah satu daripadanya) dan kepal dengan roti dadu (kepal) sehingga menjadi seperti bebola. Sebaiknya biarlah kepalan itu tidak terlalu longgar atau terlalu padat.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...