Guna gunting yang agak besar dan tajam untuk memotong kesemua siripnya yang tajam. Terutamanya sirip dorsal dan pektoralnya. Gunting hingga ke pangkal sirip merapati badannya.
Langkah 2
Buang sisiknya menggunakan pisau dengan cara mengikisnya dari bahagian ekor ke arah kepala. Buang kesemua sisik yang melekat pada badannya.
Ads
Langkah 3
Potong dan buang bahagian kepala dengan cara memotongnya pada bahagian leher di penghujung penutup ingsangnya. Kepala puyu tidak memiliki banyak isi yang boleh dimakan, malah ia boleh mendatangkan rasa hanyir.
Langkah 4
Ads
Potong bahagian sirip perutnya terlebih dahulu sebelum membuang isi perutnya.
Langkah 5
Ads
Potong bahagian ekor hingga ke pangkalnya. Semua ikan air tawar perlu dibuang ekor kerana pada bahagian ekor ini agak berlendir dan berbau hanyir.
Langkah 6
Ikan puyu yang telah dibersihkan. Selepas dicuci bersih, sebaiknya lakukan proses membuang rasa hanyirnya sama ada merendamnya dengan air beras, tepung gandum atau sebagainya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Pantai Merdeka yang terletaknya di negeri Jelapang Padi Malaysia, Kedah iaitu di daerah Kuala Muda dan turut berhampiran dengan perkampungan nelayan seperti Tanjung Dawai, Telok Nipah dan Pulau Sayak.
Bagi penduduk di sekitar Kedah dan Pulau Pinang, Pantai Merdeka sebenarnya sudah cukup tidak asing sebagai destinasi bersantai mahupun memancing bersama keluarga. Kemudahan yang ada di sini bolehlah dikatakan serba mencukupi.
Saya yang berkunjung ke Kedah baru-baru ini turut berkesempatan mencuba memancing di pantai berkenaan. Trip ini turut disertai oleh beberapa orang rakan Addin dan keluarganya.
Pada awalnya, kami mengambil keputusan untuk memancing di sekitar muara yang mengunjur ke arah Pantai Merdeka. Kawasan ini juga turut dikenali dengan nama Bakar Arang ataupun Bukit Penjara.
Untuk ke kawasan tersebut, terpaksa berjalan kaki hampir 1 kilometer sebelum tiba di lokasi yang sesuai untuk aktiviti memancing. Ini kerana, di kawasan muara ini terdapat banyak langgai yang dipasang di sekitar muara.
Memancing di kawasan langgai ini bukanlah pilihan yang bijak kerana potensi untuk mata kail tersangkut di jaring langgai adalah amat tinggi.
Mujur semasa perjalanan ke lokasi, air masih surut. Kalau tidak penatlah juga meranduk air. Setelah tiba di lokasi yang sesuai, kami pun mula memacak khemah dan menyediakan unggun api untuk sesi pancingan sebelah malam.
Pada masa yang sama Pak Hassan cuba menjala tidak jauh dari khemah dipasang untuk mencari bekalan umpan udang. Sementara menunggu umpan dicari, kami mengambil kesempatan untuk mengikat perambut dan mata kail untuk sesi pancingan kami nanti.
Mat yang terlebih dahulu menyiapkan set pancingnya mengambil keputusan untuk mencuba nasib dengan berumpankan isi ikan termenung. Tidak sampai seminit umpan dihulurkan, pancing Mat terus direntap penghuni muara. Hasilnya, terkulai seekor ikan duri berskala 100 gram di hujung mata kail Mat.
Melihatkan ada getuan dari sang ikan, kami pun terus bersemangat untuk memulakan sesi pancingan. Apa lagi satu persatu ikan duri dan gelama berjaya kami daratkan. Memang seronok memancing di sini. Apa tidaknya setiap kali umpan tiba di dasar ada sahaja yang sudi menyambar. Tidak menang tangan kami melayani penghuni muara pada petang itu.
Menjelang senja, bekalan umpan untuk kami sudah lebih daripada mencukupi. Bayangkan sahaja satu tong yang kami bawa dipenuhi dengan udang pelbagai saiz hasil daripada Pak Hassan menjala. Ini belum lagi dicampur dengan umpan isi ikan termenung yang dibawa sebagai umpan tambahan.
Menurut Pak Hassan, untuk menjerat ikan pari, tuka, siakap, kerapu, tanda, serkut, dan gelama di sini, umpan udang hidup adalah yang paling sesuai sekali. Manakala bagi ikan duri pula, umpan isi ikan termenung lebih umphh untuk menarik perhatian spesies bersengat ini.
Apabila suasana bertukar gelap kami terus dihujani dengan pelbagai spesies ikan. Kali ini bekalan umpan yang ada semakin bertambah. Kebanyakan hasil yang tewas di tangan kami adalah ikan duri dengan berat skala 100 – 200 gram.
Adam yang baru berusia 8 tahun menjadi hero pada malam ini apabila jorannya paling kerap digetu ikan. Hasilnya, spesies duri dan gelama yang bersilih ganti.
AIR PASANG MALAM
Sekitar jam 9 malam, air mulai bergerak pasang. Dalam waktu ini kami perlu lebih berhati-hati kerana air bergerak pasang dengan sangat pantas di kawasan muara ini.
Disebabkan kawasan tebing yang sangat terhad di kawasan muara ini, kami mengambil keputusan untuk menuju ke hilir muara yang lebih dekat dengan kawasan parkir kenderaan kami. Ini bagi mengelakkan daripada kami terpaksa mengharungi air yang dalam.
Setibanya di kawasan yang agak bertebing, kami pun meneruskan sesi pancingan kami. Di sini, lebih banyak spesies ikan lain yang turut meragut umpan kami. Jika sebelum ini hanya duri dan gelama sahaja yang mendominasi, kini, ikan gerut-gerut, kuku, cermin, tanda dan bolos (atau turut dikenali dengan nama puting damak bagi orang Utara) turut tumpas di tangan kami.
Pesta ikan ini berlanjutan hingga ke jam 11 malam sebelum kami mengambil keputusan untuk pulang. Disebabkan keadaan air yang mulai penuh, kami terpaksa juga meredah air sebelum tiba di kawasan parkir kenderaan kami.
Pelbagai kaedah dan cara bagi sesebuah syarikat jualan bagi memperkenalkan perniagaan atau produk jualannya.
Begitu juga dengan premis perniagaan alatan memancing, Sri Rampai Fishing Tackle (SRFT)yang berpusat di Lembah Kelang.
Namun kaedah yang diguna pakai oleh kedai pancing ini sedikit berbeza. Ia tidak mengadakan jualan promosi sebaliknya mengambil pendekatan berhubung terus dengan
bakal pelanggan, yang pastinya dari kalangan pemancing, dengan mengadakan aktiviti memancing.
(Saksikan video aksi komplot)
Komplot memancing merangkap mini pertandingan memancing Sri Rampai Fishing Tackle, yang dilangsungkan di pusat rekreasi Kolam Seri Bayu Tekala, Semenyih berjaya menarik perhatian seramai hampir 60 pemancing.
Menurut pemilik SRFT, Aidi Hj Senin, antara lain objektif komplot ini diadakan adalah bagi merapatkan hubungan antara keluarga, para pekerja dan juga pemancing-pemancing itu sendiri.
Program yang bermula pada jam 9 pagi hingga 2 petang itu diakhiri dengan aturcara penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Larry Crumrine, seorang jurutera dan pemancing tegar, memiliki idea sederhana untuk mereka bentuk batu ladung yang lebih mudah digunakan oleh pemancing bass bagi persekitaran heavy cover.
Dia akhirnya mencipta pemberat berbentuk `peluru’ yang akhirnya menjadi kegunaan hampir setiap pemancing di dunia.
Pemberat berbentuk unik dilancarkan pada tahun 1970 oleh perusahaan baru Crumrine yang dinamakan Bullet Weights, Inc. dengan fasiliti pengilangan pertama yang berlokasi di Grand Island, Nebraska.
Crumrine mempromosikan pemberat baru dengan penuh semangat melalui kejohanan memancing tempatan dan regional dan produk tersebut berhasil dengan cepat.
Anak lelaki Larry, Doug mula bekerja dengan perusahaan baru itu pada tahun 1972 di bahagian operasi mesin, memenuhi pesanan dan mengawasi pengiriman produk.
Dengan peningkatan perniagaan dan produk baru yang dikembangkan dan diproduksi, Bullet Weights memindahkan fasiliti pengeluaran mereka ke Alda, Nebraska, pada tahun 1973.
Di bawah kepemimpinan Larry dan Doug, perusahaan kecil tumbuh dengan pantast, dan produk Bullet Weights segera diedarkan secara nasional dan internasional.
Doug diangkat sebagai presiden Bullet Weights pada tahun 1985 dan Larry adalah Ketua Dewan. Doug akhirnya membeli perusahaan dari ayahnya pada tahun 1998.
Pengeluaran produk terus tumbuh pesat dengan produk-produk baru ditambah setiap tahun.
Kemudian pada 1995, Bullet Weights mendemonstrasikan inovasinya sebagai sebuah perusahaan dengan menambahkan produk Ultra Steel dan Ultra Tin ke dalam jajarannya.
Produk-produk ini ditawarkan kepada pemancing sebagai alternatif untuk memimpin, tetapi yang lebih penting sebagai garis pemberat yang memiliki keunggulan penangkapan ikan yang unik.
Beberapa produk Ultra Steel juga ditawarkan dengan fitur PermaScent dan PermaColor yang telah dipatenkan.
Pertumbuhan cepat dari produk baru dan lama mendorong perluasan fasiliti pengeluaran dan pengedaran Bullet Weights di Loup City, Nebraska, pada tahun 1999. Namun ibu pejabat kekal di Alda dan jumlah pekerja mencapai 100 orang.
Bullet Weights menjadi perusahaan generasi ketiga pada tahun 2004 ketika anak lelaki Doug (cucu Larry), Joe, diangkat sebagai presiden.
Joe mula bekerja sebagai pekerja sementara dengan Bullet Weights pada tahun 1994 dan akhirnya diangkat sebagai pengarah pemasaran setelah menjadi pekerja tetap pada tahun 1998.
Hari ini, Bullet Weights adalah salah satu pengeluar pemberat terbesar di dunia dan dilaporkan memiliki pilihan produk pemberat memancing terbesar di pasaran.
Produk-produknya diedarkan ke seluruh dunia dan boleh ditemui hampir semua kedai-kedai pancing.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...