Salah satu cara ikan untuk mengesan makanan adalah melalui deria bau. Sensor mengesan bau yang ada pada ikan bahkan lebih efektif berbanding deria penglihatan khususnya mengesan makanan di dalam air yang keruh atau kawasan yang kurang ditembusi cahaya.
Salah satu medium penyebaran bau yang bagus di dalam air minyak. Khususnya minyak yang telah diadun menjadi umpan untuk memikat ikan. Umpan 3D ini sesuai digunakan untuk menambah daya pikat pancingan air tawar dan air masin.
Langkah 1
Kelar sedikit umpan ikan yang akan digunakan.
Ads
Langkah 2
Picitkan minyak Umpan 3D ke bahagian yang dikelar.
Langkah 3
Ads
Untuk lebih berkesan, boleh dicurahkan pula serbuk Matsumoto cacing tanah. Kemudian perapkan seketika sebelum dijadikan umpan.
Untuk pancingan air masin.
Ads
Kopek kulit udang kemudian hiris atau kelar sedikit badan udang.
Picit minyak Umpan 3D pada badan umpan dan kemudian biarkan seketika minyak tersebut menyerap pada udang.
Cucukkan udang atau umpan tersebut pada mata kail.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Seperkara yang harus diingati, pancingan di rumah rakit atau kelong lebih berkonsep pancingan santai. Oleh yang demikian, anda haruslah bersedia sekiranya tiada tangkapan istimewa yang diperolehi. Malah berkemungkinan besar langsung tiada hasil.
Tidak dinafikan umpan memancing merupakan salah satu daripada faktor penting bagi kejayaan memancing di rumah rakit. Selain itu, faktor pasang surut dan pergerakan arus juga perlu diambil kira untuk memperoleh hasil yang baik. Jika sekadar ingin bersantai, faktor ini tidaklah perlu diambil kira.
Biasanya waktu air pasang besar merupakan tempoh terbaik untuk memancing di rumah rakit. Terutamanya rumah rakit yang terletak agak ke dalam sungai berjauhan dari muara atau kuala. Waktu ini ikan-ikan besar dari laut gemar memasuki sungai hingga ke sempadan air payau.
Umpan yang paling biasa digunakan bagi pancingan muara ialah semua jenis ruat atau umpun-umpun. Selain itu, sebaiknya anda bawa juga umpan udang hidup dan udang mati. Udang hidup merupakan umpan paling baik jika sungai di rumah rakit tersebut dihuni siakap, jenahak, tetanda atau sembilang.
Anda juga boleh bawa umpan lain berbentuk hidupan muara. Namun memadai jika membawa udang hidup dan perumpun.
SOALAN: Saya ingin bertanya adakah air, ombak dan cuaca menjadi penentu untuk seorang kaki pancing itu mendapat ikan.
JAWAPAN: Dalam memancing, tentu saja faktor air merupakan perkara utama yang perlu difikirkan. Tak kiralah sama ada pancingan di laut, sungai, tasik atau lombong, apa-apa perubahan pada sifat atau suhu air akan mempengaruhi penghuninya (ikan) dari aspek keaktifan dan kesihatannya. Bila ikan tidak aktif maka umpan yang digunakan untuk memancingnya sudah pasti tidak akan disentuh dan kita akan pulang dengan kecewa.
Begitu juga dengan proses pasang surut air laut. Perubahan pasang surut air laut amat penting malah boleh menjadi faktor dalam hasil tangkapan. Faktor pasang surut air bergantung pada tarikan graviti bulan. Ini kerana ada sesetengah ikan amat aktif mencari makan ketika air surut dan sesetengah lagi ketika air pasang. Dan ada juga ikan yang pasif ketika air surut dan sebaliknya ketika air pasang.
Keadaan angin pula mempengaruhi keadaan ombak. Apabila angin bertiup kencang yang menyebabkan ombak besar, ikan-ikan kecil akan pergi ke kawasan yang lebih terlindung. Oleh yang demikian, ikan-ikan besar yang menjadikan ikan-ikan kecil ini sebagai diet pemakanan mereka akan turut ke kawasan yang lebih terlindung kerana memburu ikan kecil. Jika keadaan hujan pula, ikan akan cenderung pergi lebih ke arah laut kerana saliniti air berkurangan di pantai akibat hujan. Sebaik-baiknya, lihat cuaca dan jadual pasang surut air sebelum memancing.
Paling penting sekali kebanyakan spoon dan spinner adalah berharga ekonomi dan teknik ini dimainkan rapat dengan reba, peratusan sangkut amatlah tinggi. Jika putus sekalipun tidaklah rasa ralat sangat. Saiz yang sesuai antara 7 hingga 20gm, lagi berat spoon lagi cepat ia jatuh ke dasar.
Warna tidak menjadi kriteria utama, asalkan ia berkilat sudah. Saya lebih suka menggunakan spoon berwarna tembaga, emas dan oren jika hari mendung, awal pagi dan lewat petang serta perairan yang keruh dan spoon warna perak berkilat, putih serta pink jika cahaya matahari kuat menyinar dan perairan yang jernih.
Alasannya ketika cuaca redup atau perairan yang sedikit keruh, cahaya matahari kurang menembusi air lantas kilatan sisik anak-anak ikan kurang berkilau. Sebab itu spoon warna tembaga dan emas lebih sesuai kerana cahaya yang dibiaskannya pudar.
Ketika cuaca cerah dan perairan jernih, cahaya matahari kuat menembusi air membuatkan sisik ikan-ikan kecil membiaskan banyak cahaya. Sebab itu spoon warna perak lebih berjaya. Ikan pemangsa selalunya tidak menyerang makanan yang kelihatan pelik dalam habitat semulajadi.
Spoon biasanya dilengkapi dengan mata tiga dan ia adalah agen sangkut nombor satu untuk teknik ini. Anda mesti menukarnya dengan mata tunggal untuk mengurangkan risiko sangkut. Terbaik jika mata tersebut dilengkapi wayar kalis sangkut.
Akan tetapi kerana ia dimainkan rapat dengan reba kejadian sangkut akan berlaku juga. Jika terasa spoon sudah sangkut, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah jangan sesekali merentap joran untuk melepaskan sangkut tersebut, ia akan membuatkan mata kail terbenam dengan lebih dalam lagi.
Apa yang perlu anda lakukan adalah membawa bot melawan arah spoon yang tersangkut itu. Tegangkan tali dan tariklah ia ke atas sedikit kemudian lepaskan tali dan tarik semua, ulang proses sampai mata kail tertanggal dari reba.
Jika masih sangkut lagi barulah gunakan lure retriever yang sesuai. Lure retriever yang mempunyai rantai tidak berapa sesuai lantaran rantainya itu sendiri akan menjadi mudah sangkut di kawasan banyak reba. Jika sangkut lagi, jalan lain terpaksalah menariknya hingga putus.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...