
Bila tali pancing tidak licin dan berbulu. Perubahan ini kita dapat diperhati dan dirasa dengan sentuhan pada tali tersebut. Jadi, ia perlu dibuang atau ditukar baru.
Bila ia mudah putus apabila direntap, menandakan ia sudah rapuh dan tidak sesuai digunakan lagi.
Bila ia bertukar warna atau warna asal luntur dengan begitu ketara.
Bila ia mempunyai kesan calar dan tahap kerinting yang ketara khususnya pada tali tangsi atau mono.
Bila atau basuh dengan air tawar dengan bersih selepas digunakan. Tidak kiralah sama ada digunakan untuk pancingan air masin atau air tawar.
Keringkan ia di kawasan berbumbung (contoh mudah di dalam rumah) dan tidak kena secara langsung cahaya matahari yang terik.
Jauhi dari lampu ultra ungu (lampu di dalam akuarium atau lampu untuk menyinarkan jig) serta bahan petroleum.
Keluarkan semua tali dari kekili sekurang-kurangnya setahun sekali dan cuci tali (khususnya tali sulam) dan apabila nak digunakan masukkan semula ke dalam gelendong kekili dengan cara masukkan dahulu bahagian tali yang telah digunakan.
Sebaiknya jangan simpan kekili di dalam kenderaan kerana bahang panas kenderaan yang terjemur di tengah panas boleh menjejaskan kualiti tali.
Sekiranya kita menjaga tali pancing dengan baik saya percaya kita boleh menggunakannya antara 5 hingga 10 tahun.
Tip tambahan:
Buang tali pancing dengan sempurna, jangan buang di perairan atau tinggalkan ia begitu sahaja di atas tanah kerana ia mungkin akan memudaratkan hidupan liar lain di habitat air ataupun daratan.
Panduan Guna Marshmallow Sebagai Bantuan Umpan!!

Menggunakan Marshmallow (Teknik Bottom)
Step 1
Cangkokkan marshmallow pada mata kail hingga sebaris pada perambut seperti sate.
Step 2
Cangkokkan pula roti yang dipotong dadu pada mata kail. Pastikan roti dadu dicucuk melepasi mata kail dan selebihnya menutupi mata kail.
Step 3
Tuangkan 3 penutup pes pacak A1, sos sawit A1 dan sos raya A1 ke dalam cawan. Atau boleh saja gunakan perisa umpan yang korang suka.
Step 4
Sebatikan semua sos tadi.
Step 5
Celupkan umpan tadi ke dalam sos yang digaul tadi.
Step 6
Umpan sudah siap dan boleh digunakan dengan teknik perambut batu gantung.
Cara 2: Menggunakan Roti (Teknik apung)
Step 7
Tuangkan gabungan 3 sos yang dibuat tadi ke dalam bekas bancuhan yang berisi roti yang dipotong dadu.
Step 8
Gaul hingga semua roti dadu mengena sos umpan sekata.
Step 9
Roti itu kemudian dicangkok pada perambut 2 mata.
Step 10
Kepalkan roti yang selebihnya pada mata kail.
Step 11
Hingga menjadi seperti ini.
Step 12
Umpan sudah boleh digunakan.
Carta Ikan Sukan Yang Mampu Menari Di Udara!!

Ikan kurau banyak menjadikan kawasan berlumpur dan berstruktur seperti kelong dan pantai berbatu sebagai habitat utamanya. Selain terkenal sebagai antara ikan gred A di Malaysia, ikan kurau juga tergolong sebagai salah satu game fish kerana kelicikannya melarikan umpan dan juga sekali sekala mampu memberikan lompatan bertenaga untuk memuntahkan mata kail. Rekod IGFA pernah menunjukkan spesimen kurau terberat ialah 27.5 lb yang didaratkan di Northwestern Australia pada tahun 1966.

Siakap / Barramundi / Lates calcarifer
Terkenal sebagai salah satu spesies buruan yang dikatakan mampu memberikan tentangan sengit ketika bertarung dengan aksi akrobatik yang menarik di udara. Siakap juga dikenali sebagai spesies predator yang gemar menyerang hendap pemangsa yang lalu di hadapannya. Ia biasanya bersembunyi di celah-calah reba dan juga batu untuk menghendap dan memburu mangsa. 96 lb 6 oz merupakan spesimen siakap yang terberat pernah direkodkan. Ia didaratkan di Monduran Lake pada tahun 2010.

Bandang / Ladyfish / Elops saurus
Seperti siakap, bandang juga menjadi spesies buruan kaki pancing kerana spesies ini dikatakan mempunyai kelajuan yang luar biasa dan mampu memuntahkan mata kail dengan mudah ketika melakukan lompatan akrobatik di udara.
Ikan bandang biasanya menjadikan kawasan pesisir pantai, kawasan berstruktur seperti jeti, pelantar dan juga muara sungai sebagai habitat utamanya. Menurut fishing-florida.com, ikan bandang turut diangkat sebagai “one of the best fighting inshore fish that swims”.
Kini ramai yang gemar memburu bandang denga set ultralight kerana ‘karen’nya dikatakan lebih hebat dengan menggunakan set ringan. Rekod terbesar bandang yang pernah didaratkan di Florida ialah 4 lb 10 oz.

Talang / Queenfish / Scomberoides commersonianus
Talang atau nama biasanya queenfish merupakan spesies yang tergolong dalam keluarga jack / trevally. Spesies ini paling syok kalau dilayan menggunakan set ringan. Di Malaysia, ramai yang gemar memburu talang menggunakan set light jigging kerana ia gemar memburu pemangsa di pertengahan air. Rekod dunia menunjukkan spesimen talang terberat pernah didaratkan ialah pada tahun 2010 iaitu seberat 39 lb di Afrika Selatan.

Belitung / Mahi-Mahi / Coryphaena hippurus
Belitung atau turut dikenali sebagai dorado / mahi-mahi sememangnya layak dikategorikan sebagai antara game fish buruan kaki pancing. Dengan corak warna yang cantik pada badannya dan larian serta lompatannya yang bertenaga, ikan Belitung sentiasa dianggap sebagai “perfect game fish” di kawasan laut lepas. Rekod dunia ikan Belitung terberat pernah direkodkan ialah 87 lb yang didaratkan di Papagallo, Costa Rica pada tahun 1976.

Marlin Hitam / Black Marlin / Istiompax indica
Ikan marlin hitam yang terkenal dengan daya juangnya yang tinggi memang layak diangkat sebagai “ocean ultimate trophies” di dunia. Bilangannya kini semakin berkurangan. Ikan ini layak dinobatkan sebagai antara ikan dengan lompatan yang mengagumkan di lautan. Rekod dunia menyaksikan ikan marlin hitam terberat pernah didaratkan oleh pemancing ialah seberat 1560 lb di Cabo Blanco, Peru padatahun 1953.

Layaran / Pacific Sailfish / Istiophorus platypterus
Disebut sahaja nama layaran pasti ramai yang membayangkan Rompin, Pahang sebagai lokasi utama buruan spesies ini. Tidak hairanlah nama Rompin turut diangkat sebagai salah satu kawasan pancingan terbaik bagi memburu layaran di dunia. Ikan layaran ini amat terkenal sebagai ikan trofi bagi sesetengah kaki pancing. Dengan kelajuan yang mampu mencecah 68 mph dan juga lompatan yang begitu padu di udara, ikan ini sememangnya menjadi antara salah satu ikan kebanggaan di Malaysia. Rekod dunia mencatatkan spesimen terberat pernah dinaikkan di Ecuador pada tahun 1947 iaitu seberat 221 lb.

Apa Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Beli Mata Kail!!

Mata kail merupakan salah alatan memancing yang tergolong dalam perkakasan terminal. Apa itu perkakasan terminal?
Perkakasan terminal merupakan alatan pancing yang berada di bahagian paling hujung dan terkecil dalam kelengkapan set memancing.
Perkakasan terminal ini terdiri daripada mata kail, batu ladung, kili, umpan tiruan, pelampung dan sebagainya lagi yang lazimnya disambungkan dengan tali pancing.
Walaupun bukan alatan utama memancing, tetapi adalah mustahil untuk memperoleh hasil melalui memancing kalau tak ada mata kail.
Mencari dan membeli mata kail bukanlah hal yang susah tetapi pemilihan mata kail dengan konsep pancingan dan ikan sasaran itulah yang terpenting. Jadi, sebelum beli sebarang mata kail, korang perhatikan dulu panduan yang kami sediakan ini.
Fikir sebelum beli
Sebelum membeli sebarang jenis mata kail, ambil dulu sedikit masa untuk berfikir. Bentuk dan saiz mata kail perlu disesuaikan dengan saiz dan bentuk mulut ikan yang akan dipancing.
Selain itu perlu diambil kira juga tentang tekstur dan kepelbagaian saiz umpan yang akan digunakan.
Jangan terpengaruh dengan satu reka bentuk mata kail saja kerana pernah melihat mata kail jenis itu pernah mendaratkan ikan. Jangan takut untuk bereksperimen sendiri.
Malah dengan cara tersebut anda boleh menentukan sendiri reka bentuk mata kail yang sebagaimana lebih sesuai untuk sesatu spesies ikan.
Sifat mata kail
Sifat ketajaman mata kail adalah satu perkara yang tidak boleh bertolak ansur. Menggunakan mata kail yang tumpul, samalah seperti melakukan kerja yang sia-sia.
Jadi, periksalah dengan teliti ketajaman setiap mata kail yang dibeli. Dan periksalah sekali lagi sebelum menyambungkannya pada tali perambut ataupun gewang.
Ibarat kata pepatah, dalam setandan kelapa bukan semuanya busuk walaupun jarang bertemu sebiji yang rosak. Begitu jugalah dalam pembungkusan mata kail.
Memang jarang terjumpa mata kail yang rosak atau terdapat sedikit cela. Tapi kemungkinan tu tetap ada seperti lubang mata kail yang tertutup penuh atau separuh, berteras lembut, bengkuk pelik atau berpemukaan kesat.
Sekiranya tidak diperiksa dengan baik, ia boleh mengundang kekumpauan berlaku sebelum memancing.
Teknik asahan kimia atau chemically sharpened, merupakan salah satu proses pembuatan mata kail agar tahap ketajamannya berkualiti dan tahan lama.
Namun tidak bermakna mata kail tersebut berkualiti dan mahal harganya. Proses tersebut bukan lagi hanya mampu dilakukan oleh pengeluar mata kail berjenama sahaja.
Jadi jangan berfikiran mata kail asahan kimia ini berkualiti tinggi. Kekadang ia hanya hiasan pembungkusan sahaja.
Beli ikut keperluan
Sekarang ini terlalu banyak jenama mata kail dan reka bentuknya. Harganya juga berbeza-beza walaupun kualiti hampir sama.
Apa yang penting, pilihlah mata kail berdasarkan fungsi dan kegunaannya. Bukan kerana harga atau pembungkusannya yang cantik.