Tidak dapat dinafikan kos memancing yang semakin meningkat sejajar dengan peredaran zaman membuatkan pemancing merasa sedikit terikat dengan bebanan perbelanjaan untuk kos memancing. Namun tidak semestinya peralatan atau aksesori itu itu perlu dibeli.
Batu ladung adalah salah satu aksesori yang semakin meningkat harganya. Kalau satu trip memancing lebur 10 biji dek kerana tersangkut semestinya ia membebankan ditambah lagi dengan mata kail dan swivel yang putus.
Di sini kita berkongsi membuat batu ladung dari timah pemberat rim kereta.
IKLAN
Peralatan yang diperlukan:
IKLAN
Timah pemberat kereta yang dibuang
Penunu bunsen
Senduk atau kuali kecil
Dawai untuk pin
Daun Pisang
Tanah
IKLAN
Cara-caranya… (biar gambar berbicara)
Timah pemberat rim kereta yang tidak digunakan (boleh juga gunakan timah dalam bateri kereta terpakai).Senduk yang tahan panas dan sesuai digunakan.Buatkan lubang pada tanah mengikut saiz batu ladung yang dikehendaki.Bentukan daun pisang seperti ini. Letakkan dawai sebagai cangkuk pada hujung daun pisang.Leburkan timah sehingga cair.Gunakan playar untuk menambah timah sekiranya kurang. Sila berhati-hati kerana suhunya amat panas.Tuangkan timah ke dalam daun pisang yang telah di bentuk tadi.
Perambut 2 mata kail atau perambut Y mata merupakan antara perambut yang digunakan bagi pancingan muara. Ia merupakan perambut yang mudah dihasilkan jika anda sudah biasa melakukan simpulan drooper loop.
Ia sama saja dengan perambut Y, yang membezakannya ialah kedudukan batu hidup. Biasanya batu hidup dimasukkan pada tali utama, namun batu hidup ini dimasukkan pada perambut bagi memboleh umpan dihantar tepat pada lubuk yang dikehendaki.
Tutorial 1
Pegang bahagian tengah perambut sepanjang 60 cm (atau sepanjang mana yang dikehendaki) dan buat satu lingkaran penuh. (Ini merupakan cara menghasilkan drooper loop. Atau boleh lakukan cara yang anda sudah biasa buat dropper loop).
Tutorial 2
Lakukan silangan antara dua tali.
Tutorial 3
Lakukan silangan tali sekurang-kurangnya 10 kali pintalan.
Tutorial 4
Masukkan tali yang melengkung bulat ke bahagian tengah pintalan yang dihasilkan tadi. Tali perlu dimasukkan agak banyak bagi membolehkan batu ladung dimasukkan nanti.
Tutorial 5
Tarik perlahan-lahan kedua-dua bahagian tali sambil membentulkan simpulan yang terbentuk dan pastikan lingkaran di tengah pintalan tidak terlucut keluar.
Tutorial 6
Tarik dengan kuat sehingga simpulan menjadi ketat dan rapat.
Tutorial 7
Seterusnya ikat mata kail pada kedua-dua hujung bahagian tali perambut (anda boleh buat apa saja ikatan yang anda suka).
Tutorial 8
Masukkan lingkaran bulat pada bahagian tengah perambut ke dalam lubang batu ladung hidup dan kemudian bolehlah disambung terus pada set pancing.
Gewang tersangkut memang mengusarkan kita terutama kaki-kaki casting, apatah jika ia gewang yang baru dibeli (belum kena ikan), gewang yang killer, gewang mahal atau limited edition.
Penyelamat gewang atau Lure Retriever adalah perkakasan yang wajib ada dalam kotak memancing kita.
Selain membelinya dari kedai, ia juga boleh dibuat sendiri sekali gus menjimatkan wang & juga menjadikan kita lebih kreatif .
Barang-Barang Keperluan:
2 biji batu ladung buah kana saiz 6 (Untuk lebih berat, boleh gantikan batu ladung bersaiz besar).
Tali sulam 80lb
Dawai lembut & dawai keras
Playar
Marker pen.
Cara-Cara Menghasilkannya:
Langkah 1
Tanggalkan klip pada dawai keras. Jangan dibuang, akan guna semula. Potong klip berkenaan (rujuk anak panah).
Langkah 2
Gunakan dawai lembut untuk bina model terlebih dahulu.
Langkah 3
Selepas reka bentuk siap, barulah gunakan dawai keras mengikut model yang telah dibuat. Gunakan marker pen sebagai tanda bahagian dawai yang perlu dibengkokkan.
Langkah 4
Masukkan sebiji batu ladung pada kaki pendek.
Langkah 5
Masukkan batu ladung yang satu lagi pada kaki dawai panjang & lipat dawai ikut yang telah ditandakan.
Langkah 6
Betulkan kedudukan dawai yang melintang & cantumkan.
Langkah 7
Tiruskan sedikit pada bahagian muncung (rujuk anak panah).
Langkah 8
Dan sekali lagi di bahagian tengah.
Langkah 9
Lipat hujung untuk dibuat cangkuk.
Langkah 10
Ikat penyambung & batu ladung dengan braided supaya lebih kejap.
Langkah 11
Ambil klip yang dipotong tadi, buang lebihan dawai & bentukan balik gelung tersebut. Boleh juga digunakan untuk ganti klip swivel.
Langkah 12
Ikat klip pada pangkal penyelamat gewang dengan tali braided.
Langkah 13
Aplikasi penyelamat gewang. Sambungkannya dengan tali yang panjang & kuat. Sangkutkan klip & hujungnya pada tali pancing.
Langkah 14
Penyelamat gewang telah pun siap & sedia untuk diuji.