Mata dua (double hook)
Jarum besi bercangkuk
Perambut
Mula-mula sekali buat ikatan pilihan anda untuk menyambungkan perambut pada mata kail double hook (mata dua). Kemudian cucukkan dawai tajam yang bercangkuk pada hujungnya atau jarum ke mulut ikan sehingga keluar pada pangkal ekornya.
Ads
Kemudian letakkan simpulan perambut pada cangkuk jarum dan tarik perlahan-lahan sehingga simpulan perambut turut sama keluar pada pangkal ekor ikan gelama.
Ads
Tarik simpulan perambut sehingga mata kail berada di luar mulut gelama. Pastikan point mata kail berada di bahagian atas kepala umpan bagi mengelak dari situasi tersangkut pada dasar.
Ads
Perambut mata dua umpan gelama yang sedia untuk disambungkan pada set pancing. Jika tiada mata dua, boleh saja gunakan mata kail tunggal. Ia juga berkesan namun peratus hook up lebih baik jika menggunakan mata dua.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Pengunjung ke Tasik Kenyir tentu terbiasa melihat gerombolan ikan lampam sekitar boathouse. Namun jangan ingat mudah nak pancing lampam walaupun kelihatan macam jinak. Berikut disediakan sedikit tip berguna untuk memancing lampam liar dari pemancing-pemancing otai.
Selalunya pemancing otai akan gunakan perambut sepanjang 6-12 inci yang berketahanan 6lb untuk memancing ikan ini. Jenis mata kail Mustad berlengkok bulat bersaiz 4-6 atau mata kail udang bersaiz 9-11 boleh digunakan.
Batu ladung hidup adalah amat sesuai untuk dijadikan pemberat. Bagi mereka yang mensasarkan sungai yang terdapat rumpai atau sampah disyorkan guna batu ladung dipasang atau berada di bahagian bawah mata kail (lebih kurang sekaki atau lebih) supaya umpan bergerak bebas dan mudah dilihat oleh ikan.
Ada juga pemancing sungai yang suka menggunakan pelampung di mana ia merupakan teknik yang paling popular. la sangat sesuai digunakan di tempat-tempat berarus tenang yang dikhuatiri mempunyai banyak tunggul kayu di dasarnya.
Panjang perambut daripada pelampung bergantung kepada kedalaman sungai. Umpan pancing perlu tergantung beberapa inci dari dasar dan dibiarkan hanyut di bahagian pertengahan air. Batu ladung kecil perlu diletakkan pada jarak tertentu pada perambut supaya umpan boleh turun pada kedalaman yang dikehendaki.
Ikan lampam sungai lazimnya akan meragut umpan dengan agak kasar yang kemudiannya tercangkuk sendiri pada mata kail. Bagaimanapun apa yang mereka sering lakukan adalah kita perlu menyentap supaya cangkukan lebih teguh dan ikan tidak akan terlepas lagi.
Oleh kerana ikan ini saiznya ada yang kecil kadang-kadang kuasa tarikannya tidaklah begitu kuat namun dengan teknik yang disebutkan tadi ianya akan menjadi lebih menarik.
Sesetengah Orang Asli di beberapa tempat juga ada ramuan tersendiri untuk menyediakan umpan ikan lampam sungai.
Mereka menyediakan jenis umpan khusus untuk memancing ikan lampam sungai atau serupa dengannya dengan guna umpan dedak kuning (dedak ayam), gandum dan serbuk kunyit.
Bahan-bahan digaul biar sebati dan gentel di mata kail (mata rambai atau guna perambut selari 5-6 mata pancing).
Jenis umpan kedua yang mereka selalu gunakan adalah dengan pakai isi kelapa sawit di peram, gandum dan serbuk kunyit kemudian bahan ini digaul sebati dan gentel di mata kail (mata rambai atau guna perambut selari 5-6 mata kail). Sebaiknya menggunakan jenis mata saiz kecil yang sesuai untuk mulut ikan di sesuatu lokasi memancing.
Dalam pada itu dinasihatkan agar untuk memasang banyak mata kail pada pancing dan jangan hanya gunakan mata satu. Dalam beberapa laporan dinyatakan ikan lampam sungai adalah diantara jenis ikan yang menjadi penyelamat kepada para pemancing.
Ini kerana ikan ini jarang kecewakan pemancing setelah seharian tercongok memancing di tepi sungai dan tasik.
Umpan merupakan kelengkapan utama memancing. Umpan yang tepat untuk memperoleh hasil di sesuatu padang pancing amat penting sebelum memancing di lokasi tersebut. Sebagaimana padang pancing yang lain, untuk memperoleh hasil bagi sesi memancing di rumah rakit Teluk Gong juga perlu bijak memilih umpan sepadan dengan ikan sasaran.
Berdasarkan pengalaman para pemancing yang pernah memancing di sini, berikut merupakan senarai umpan dan spesies ikan yang telah didaratkan.
Udang hidup
Udang hidup merupakan umpan nombor satu jika anda berhajat untuk menaikkan spesies sasaran utama di sini iaitu pari, siakap, senangin, kerapu, tetanda, atau siakap merah. Malah banyak lagi ikan gred A akan melahap umpan udang hidup.
Udang kopek
Tiada pembaziran umpan di sini. Udang hidup yang telah mati tetapi masih segar dan dikopek kulitnya boleh digunakan untuk memancing ikan daun baru, duri, gelama, sembilang, atau ketuka. Jika bernasib baik, siakap merah atau siakap juga mengambil umpan udang kopek.
Ikan Tamban
Sama ada digunakan ketika masih hidup atau dijadikan hirisan, umpan ikan tamban berpeluang untuk mendaratkan ikan seperti pari, duri, kerapu, senangin atau kurau.
Hirisan ikan selayang
Sebagai mana hirisan sotong, hirisan ikan selayang juga berpeluang mendaratkan ikan berkualiti seperti sembilang, kerapu, atau duri sekiranya ia tidak banyak digetu dan dihabiskan oleh ikan-ikan kecil.
Hirisan sotong
Boleh dikatakan pelbagai spesies akan membaham umpan hirisan sotong terutamanya yang masih segar. Jika bernasib baik anda akan menaikkan kerapu, pari, atau tetanda.
Anak Gelama
Sekiranya anda memperoleh anak ikan gelama sebesar ibu jari, jadikan ia sebagai umpan hidup dan tagan. Anak gelama ini biasanya digemari oleh pari, senangin, kurau atau malong.
Umpun-umpun
Umpun-umpun merupakan umpan wajib hampir setiap rumah rakit. Walaupun ia sinonim sebagai umpan gelama, namun kadangkala ikan berkualiti seperti tebal pipi, tetanda, sembilang malah siakap turut membaham umpan ini.
Ada sedikit perkara penting dalam pengurusan dan penyimpanan sejuk ikan tangkapan anda. Biasanya, Apabila selesai memancing dan hasil tangkapan kemudian dikeluarkan di akhir sesi pancingan di bawah cuaca yang terik untuk disiang, situasi ini sering dilihat tidak dikendalikan dengan baik. Ini mengakibatkan daging ikan menjadi lembik.
Gunakanlah kebijaksanaan anda. Proseslah tangkapan anda di tempat yang terlindung. Pastikan tangkapan anda berada dalam ais semasa anda memproses setiap ikan, sebelum menggantikan ikan yang telah dibersihkan ke dalam peti simpanan ikan itu.
Sememangnya berbaloi mencuci tangkapan dan peti simpanan, sebelum ikan diagih-agihkan. Tujuannya mempastikan ikan yang diproses sentiasa bersih. Ia lebih bersih dan kemas, jika persekitaran kerja turut bersih dan kemas.
Sebab itulah proses ini lebih baik dilakukan di rumah, bukannya di jeti. Di rumah, kita juga tak perlu tergesa-gesa dan dapat menguruskannya betul.
Jika ikan hendak disejuk beku, ia perlulah dibuang kesemua insang dan perutnya. Pastikan semua usus dan darahnya tidak tertinggal. Ruang perut yang kosong sebaiknya digosok dengan berus bagi memanjangkan hayat simpanan. Selepas membasuh, pastikan air dibuang sebelum dibungkus untuk pembekuan.
Kalau daging ikan dilapah atau fillet untuk dibekukan, ianya hendaklah dibungkus dalam paket saiz hidang. Kemudian labelkan ia dengan nama spesies dan tarikhnya menggunakan marker pen, sebelum disusun kemas dan rata dalam peti sejuk.
Penambahan maklumat tarikh menyenangkan anda untuk menguruskan bekalan, di mana ikan yang paling lama disimpan akan digunakan terlebih dahulu.
Sebaik-baiknya jangan simpan ikan anda terlalu lama dalam peti sejuk sehingga lebih 5 bulan. Sekiranya anda berniat untuk simpan beku sehingga 5 bulan, disarankan ia dibungkus dalam pek kedap udara.
Ataupun disimpan dalam beg sejuk beku khas, kemudian disusun dalam bekas sebelum direndam air. Dengan cara ini, air akan membeku dan menghalang ikan menjadi lecur beku.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...