Admin percaya ramai yang berminat dan tertanya-tanya bagaimana caranya untuk membuat umpan ikan kuku. Bagi pemancing tegar ikan kuku, lazimnya mereka memiliki ramuan tersendiri untuk menghasilkan umpan bagi memancing ikan kuku.
Berikut merupakan salah satu resepi umpan ikan kuku yang telah dihasilkan oleh seorang pemancing yang telah berjaya mendaratkan ratusan ikan kuku. Umpan ini diwariskan oleh keluarganya yang sudah sekian lama memancing ikan ini dengan sedikit penambahan umpan moden.
Bahan-Bahan:
Isi ayam goreng (ayam goreng berempah)
Majerin (dicairkan sedikit)
Sebiji telur
Tepung gandum
Pati sawit
Perisa buah ara Matsumoto
CARA BUAT UMPAN
Tutorial 1
Racik isi ayam (anggaran 3-5 ketul ayam goreng) ke dalam bekas. Sebaiknya ayam digoreng dengan sempurna supaya isinya senang untuk dileraikan.
Tutorial 2
Masukkan 3 sudu besar majerin yang sudah dicairkan sedikit ke atas isi ayam. Gaul sehingga majerin sekata dengan isi ayam.
Tutorial 3
Masukkan pula 3 tutup botol pati sawit. Gaul lagi sehingga ia menjadi sebati dan sekata.
Tutorial 4
Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum dan uli sehingga menjadi adunan (doh) yang dikehendaki (sesuai untuk dikepal pada mata kail).
Tutorial 5
Masukkan setengah biji atau kurang telur ayam yang telah dibancuh dengan beberapa titik perisa buah ara Matsumoto. Uli adunan dengan sebati dan ia sudah boleh digunakan untuk memancing ikan kuku.
Pada awalnya saya sangkakan tekong-tekong tuas Pulau Payar sekadar melawak. Iyalah, bila ditanya nak guna umpan apa pancing cencaru, mereka sepakat sekata menjawabnya… bulu.
Saya sebenarnya bukanlah tak pernah umpan tiruan yang diletakkan bulu itik sebagai aksesori untuk memperdaya ikan. Malah ada individu yang mengusahakan umpan bullet fly. Tapi tak pernah pula tengok sehelai bulu dan mata kail saja yang digunakan.
Untuk memuaskan hati saya, tekong tersebut sedia melakukan tutorial serta demontrasi. Dan saya memerhati dengan tekun. Beliau mengeluarkan sehelai bulu itik dari bekas pancingnya dan sebatang mata kail.
Kemudian dia ambil tali perambut dan tali perambut itu digunakan untuk mengikat mata kail bersama Perambut mata kail berbulu itik sepanjang sedepa itu kemudian disambung ke set pancing yang telah disiapkan dengan pemberat.
Mata kail berumpankan bulu ayam itu kemudian diturunkan ke air sehingga pemberat mencecah dasar lalu dikarau dengan kadar kelajuan yang agak tinggi juga.
Dan ia segera berhasil! Hanya dengan semudah itu cencaru serta alu-alu berjaya didaratkan.
Inovasi bulu
Melihat kepada kesan penggunaan bulu tersebut, saya segera menginovasikannya dengan meletakkan bulu ayam pada assist hook yang digunakan untuk jigging.
Terbukti ia adalah pendekatan yang cukup berkesan kerana bukan saja cencaru yang mengejarnya malah ikan-ikan pemangsa lain juga.
Ambil tepung serbaguna atau tepung gandum tu, campur sedikit dengan bahan perisa atau bau-bauan, kemudian campur pulak minyak masak… gentel-gentel sikit kemudian cangkuk pada mata kail dah boleh dijadikan umpan memancing.
Tak percaya? Ini kami tunjukkan cara-caranya.
Bahan-Bahan keperluan:
Perisa Pandan Papa Paste
Perisa Durian Wangi Papa Paste
Almond Oil papa paste
Minyak masak
Tepung gandum
Cara penyediaan umpan
Masukkan kira-kira 200 gm tepung gandum ke dalam bekas bancuhan.
Tuangkan 25 ml minyak masak, 100 ml almond oil atau minyak badam, 2 penutup botol perisa pandan dan 1 penutup perisa durian wangi.
Gaul atau uli campuran ini sehingga menjadi doh yang sesuai dikepal.
Sekiranya menyukai doh yang lembut, anda boleh tambahkan minyak atau tepung jika menyukai doh yang lebih keras.
Masukkan tepung gandum dahulu
Bahan-bahan yang diguna disukat terlebih dahuu
Cara penggunaan umpan
Terlebih dahulu cucuk mata kail (perambut dua mata kail) dengan jajan atau keropok jagung yang lemau.
doh yang sesuai digunakan
Balut atau kepal umpan tepung pada mata kail mengikut saiz yang anda gemari. Dan lontarkan ke spot pilihan anda di mana-mana kolam pancing air tawar.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...