Salah satu cara ikan untuk mengesan makanan adalah melalui deria bau. Sensor mengesan bau yang ada pada ikan bahkan lebih efektif berbanding deria penglihatan khususnya mengesan makanan di dalam air yang keruh atau kawasan yang kurang ditembusi cahaya.
Salah satu medium penyebaran bau yang bagus di dalam air minyak. Khususnya minyak yang telah diolah menjadi umpan untuk memikat ikan. Umpan 3D ini sesuai digunakan untuk menambah daya pikat pancingan air tawar dan air masin.
Cara 1
Kelar sedikit umpan ikan yang akan digunakan.
Cara 2
Picitkan minyak Umpan 3D ke bahagian yang dikelar.
Cara 3
Untuk lebih berkesan, boleh dicurahkan pula serbuk Matsumoto cacing tanah. Kemudian perapkan seketika sebelum dijadikan umpan.
Jika ingin menggunakan minyak pemikat ini di laut atau kolam air masin, berikut disediakan beberapa panduan mudah.
Kopek kulit udang kemudian hiris atau kelar sedikit badan udang. Ia bertujuan bagi minyak meresap ke dalam isi udang.
Picit minyak Umpan 3D pada badan umpan dan kemudian biarkan seketika minyak tersebut menyerap pada udang.
Cucukkan udang atau umpan tersebut pada mata kail. Ia boleh digunakan untuk memancing dasar atau casting.
Untuk kegunaan casting menggunakan gewang, minyak Umpan 3D boleh dititiskan pada tali benang yang diikat secara tambahan pada gewang atau swivel.
Jangkah langkah rod… takut kumpau! Kate deme le. Bkn teman kate. Teman takde hal pun nak langkah pun langkah la. Jangan pijak sudah!
Asrul Amri
Kalau tengah memancing tiba2 ternampak benda bukan2 atau terhidu bau wangi atau busuk diam2 sudah.
Ranting Taib Andak
Lain tempat lain caranya… jgn bwk bende yg bole tarik perhatian makhluk yg x di ingini. Pak mertua rajin pesan, kalau trun sungai ke, masuk hutan ke, panca indera kene peka. Hidung, mata, telinga kene setiasa peka… parang jgn lupa bawa sebagai senjata kecemasan. Malang x berbau.
Syaz Epal Hijau
Langkah rod xkisah la… nk kumpaw cmna pun kumpaw gak… hehe. Pantang jgn pijak rod dh la…
Razib Mokhtar
Jangan basuh tangan kat dalam air tempat mancing… petua pak cik aku. Huhuhuhuhu…
Farid La
Kalo nk bli rod ikt jengkal 21 kalo x silap kalo x nnti kungpaw berdarah. Erkk org lamo cite… huhuii.
Muhsin Maliki
Org tua kata jangan langkah rod takut patah kalo rod murah xpe ni satu dh 3 ratus… mau xpantang… huhu.
Grass Leaf
Jgn bgmbar dgn ikan kecik2 takut org marah buka gmbr ko… Habiskan kuota intnet aku jak. Hehehehe.
Lee Pengyu
Jgn potong tali pncing guna gigi, guna cutter @ bnda lain. Mmbr la yg ckp.. Hihii.
Nak pilih rod ikot pnjng gnggam ponumbuk dr bwh smpai hujung. Mujur x mujur x… buek pai last mujur. Klau last xmujur kompom rod pyh nk strike… hahaha. Nk mancing jgn konyang bona t xdapek ikn. Ikn pon dh konyang… mncing jgn pkai bju torang2… ikan lari… huhuhuhuhu. Ado mcm2 lh… kok ponoh 1buku kang. Akhir kato… but2 tali pogambot, den hulur ko sambot, den ngelak ko ikot…. hakhakhak.
Jgn bwk ayam / lauk ayam etc. Tp kapal semua bwk ok jer… hehe.
Nur D Hatimu
Yang sy thu jgan ckap besar la. Yang lain tak pnah lg degar. Apa pun brgantong pada niat kita.
Ahmad Ferrozam
Petua dulu, kalau pepatung hinggap hujung joran makna ikan nk mkn.. wallahualam.
Shariff Kamal
Lillahi tawakal. Rezeki … Pantang saya tak boleh tengok orang seksa ikan yang dianggap PENGACAU. Kalau tak nak, lepaskan semula. Jangan dihempas atau dibiarkan mati kering di atas bot atau tanah.
Keyna Maktih Nun
“Jangan lupa ludah cacing bila mau pancing” kata arwah mak sedara… tapi lepas dia n dia dapt ikan.
Azmin Kamisan
Ada jugak dgr pantang batang pancing jgn lebih dr tinggi sendiri… xtahu apa tujuannye. Sampai brader tu pthkn yg hujung bg ngam2 tinggi die… tym tu die dpt kaloi 3 kilo.
Haizam Zam
Pantang larang saya x leh dgr mmber pancing dpt ikn byk. msti sya p ke lubok tu utk membuat siasatan terperinci.
Sotong cumit dan sotong kurita merupakan dua spesies umpan yang terbaik di dalam kelasnya. Kedua-dua spesies umpan ini amat digemari oleh hampir setiap ikan pemangsa seperti ikan-ikan snappers, groupers dan trevally. Bezanya adalah habitat yang mereka huni.
Sotong kurita biasanya mendiami kawasan yang berlumpur dan berbatu-batu. Sotong kurita adalah spesies yang paling bijak menyembunyikan diri dengan sifat penyamarannya yang semulajadi. Oleh yang demikian, penggunaannya perlulah bijak memilih dasar lokasi.
Sotong cumit pula mendiami kawasan di pertengahan air disemua kawasan. Ia merupakan spesies yang amat aktif pada waktu malam. Biasanya ia memburu secara berkumpulan dengan turun dan naik mengikut kedalaman air dan pengaruh cahaya bulan.
Jika anda ingin menggunakan kedua-dua umpan ini pertimbangkanlah beberapa faktor sebagaimana berikut:
Sotong kurita lebih berdaya tahan dari sotong cumit. Ia bagus untuk tempoh yang lama berbanding sotong cumit.
Sotong kurita boleh digunakan pada waktu siang dan malam, sedangkan sotong cumit lebih efektif pada waktu malam.
Sotong kurita sebenarnya lebih digemari oleh banyak pemangsa berbanding sotong cumit disebabkan ia mendiami habitat dasar dan senang diburu. Sedangkan sotong cumit mendiami kawasan pertengahan air dan sukar diburu.
Jika memancing pada waktu malam sotong cumit adalah lebih baik dari sotong kurita disebabkan sotong cumit mengeluarkan cahaya apabila ianya di dalam stress dan kesakitan akibat cangkukan mata kail. Fenomena ini membuatkannya lebih mudah dikesan oleh ikan pemangsa.
Dalam keadaan segar setelah mati, sotong cumit masih mampu mengeluarkan cahaya. Oleh yang demikian, ia lebih efektif berbanding sotong kurita yang telah mati walaupun masih segar.
Sotong kurita tidak mudah mati, sedangkan sotong cumit sebaliknya.
Sotong kurita juga dapat dijadikan umpan sedikit demi sedikit dgn cara memotong kakinya, namun ia tetap hidup. Sedangkan sotong cumit harus digunakan seekor sekaligus, jika dipotong ianya akan mati.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...