Pertama kali cuba memancing spesies ini, saya gagal untuk mendapatkan hasil yang positif berikutan jahil tentang teknik memasang umpan dengan betul. Sedangkan tekong asyik mengena.
Pada mulanya saya yakin dengan cara memasang umpan yang biasa diamalkan seperti kaedah memasang hirisan sotong, namun apabila memerhatikan dan diberi tunjuk ajar oleh tekong baru saya sedar perbezaan yang amat ketara.
Saya buat penilaian di mana kumpulan kami memancing menggunakan umpan dan saiz mata kail yang sama, tempat dan masa yang sama, tetapi keputusannya saya mendapat lebih dari 20 ekor berbanding 5 ekor yang memasang umpan dengan cara biasa.
Setelah yakin dan ulangi di lokasi yang berlainan, perbezaan hasil amat ketara walaupun tidak semua spesies yang bolot umpan adalah cermin. Ia juga menjadi pilihan ikan karang dan pelagik yang tertarik dengan persembahan umpan tersebut.
Rahsianya ialah teknik yang betul mampu mengelakkan umpan berbelit dengan tali perambut utama. Jika ini berlaku, seharian tunggu tiada cermin yang sudi dengan umpan anda. Umpan segar paling digemari oleh ikan cermin ialah hirisan sotong, kembong (bukan pelaling), selayang dan selar.
Hirisan ikan segar ini mesti digabungkan dengan teknik memasang umpan yang betul agar ia dapat memberi persembahan yang optimum. Biasanya hirisan ikan mati dihiris memanjang setiap sebelah bahagian. Hirisan ini kemudiannya dipotong memanjang dua atau 3 bahagian merujuk kepada saiz umpan dan mata kail itu sendiri.
Ada dua kaedah mengunakan umpan, pertama mengunakan bulu / benang hijau sebagai penarik dan satu lagi umpan sahaja tanpa benang hijau. Keduanya boleh diterima pakai tetapi saya lebih gemar mengunakan teknik pertama.
Selain itu anda boleh dapatkan apollo yang saiz di kedai bersaiz 20/40 paun tangsi berwarna putih. Pastikan umpan dicangkuk bersesuaian dengan saiz mata kail Apollo.
Tidak semua warna tali rafia menjadi tarikan ikan ini. Saya mengunakan benang hijau gelap untuk apollo biasa dan campur umpan. Jika mengunakan tali rafia sahaja, warna pilihan ialah hijau muda/cerah dan yang berkilat.
Saya berpeluang menilai serta mengujinya ketika memancing di Pulau Redang. Duduk bersebelahan dengan tekong yang cukup berpengalaman memancing cermin dan jemuduk mengunakan tali rafia sahaja.
Saya memilih teknik benang hijau campur hirisan ikan selar serta selayang. Nampak gaya ikan cermin lebih berminat dengan tali rafia hijau di mana kadar ialah 7:3 berbanding saya yang pakai umpan.
Jika menggunakan teknik tali rafia ia hendaklah dihenjut lembut sebaik sahaja mencecah dasar dan beberapa detik kemudian ditarik laju ke atas. Setengah ikan menyambar ketika ia mencecah dasar, ada yang menyambar ketika henjutan dibuat dan ada masa ia menyambar ketika dikarau ke atas.
Teknik ini memerlukan kerajinan seperti yang biasa kita amalkan ketika mencari umpan dengan apollo dan teknik jigging.
Selain tali rafia, bulu berwarna putih (bulu itik atau ayam putih) menjadi pilihan sebelum tali rafia mengambil alih tempat atas dasar ketahanan dan mudah diperolehi. Bulu yang sama juga biasa digunakan untuk menjerat cencaru dan gerepoh.
Serbuk roti jarang digunakan sebagai bahan untuk dijadikan umpan disebabkan harganya yang sedikit mahal berbanding dedak biasa.
Namun keupayaan serbuk roti untuk menyerap bahan perisa sebenarnya memberikan kelebihan kepada serbuk roti ini untuk dijadikan umpan memancing khususnya di kolam.
Bahan-bahan keperluan:
Cara penyediaan Umpan:
➡ Sediakan satu bekas bancuhan. Kemudian masukkan sekilogram serbuk roti. Curahkan 10 penutup botol perisa kelapa original dan gaulkan hingga sekata.
➡ Masukkan pula 10 penutup botol perisa soya Original dan gaul hingga sekata. Kemudian masukkan 5 penutup botol perisa honeydew dan gaul hingga kesemua bahagian serbuk roti mengenai perisa.
➡ Masukkan kira-kira setengah botol serbuk perisa strawberi ke atas serbuk roti. Gaul hingga sebati. Kemudian masukkan kira-kira dua genggam kelapa parut dan gaul sehingga sekata.
➡ Sekiranya adunan serbuk roti terlalu berderai, boleh renjiskan air demi sedikit dan pastikan ia sesuai untuk dikepal iaitu tidak terlalu peroi dan tidak pula terlalu liat.
Cara menggunakan umpan:
Gunakan perambut Y dua mata kail tali sulam atau tangsi. Cucuk kedua-dua mata kail ➡ dengan beberapa keropok jagung.
➡ Buatkan kepalan kecil dengan serbuk roti pada mata kail tersebut dan kepal dengan kuat. Buatkan satu lagi kepala kecil pada mata kail kedua.
➡ Kemudian gabungkan kedua-dua kepala kecil dengan serbuk roti dan kepal dalam anggaran saiz sebesar penumbuk.
➡ Boleh juga kepalkan secara langsung kedua-dua mata kail yang telah dicucuk keropok jagung dalam kepalan besar tanpa perlu membuat kepalan kecil terlebih dahulu.
➡ Apa yang penting adalah kepala tersebut tidak terlalu peroi sehingga sukar untuk membuat lontaran dan tidak terlalu liat sehingga kepala tidak pecah berderai di dalam air.
Pelbagai jenis perisa umpan terjual di kedai-kedai pancing masa kini. Baik dalam bentuk pes mahupun esen. Terpulang kepada anda untuk memilih dan mengadunnya menjadi umpan terbaik untuk memikat ikan patin di kolam pancing.
Sekiranya anda tidak mahu pening-pening kepala, apa kata anda cuba adun umpan yang kami pilih ini. Penyediaan umpan juga tidaklah sesukar mana. Namun ia amat berkesan untuk memancing ikan patin.
Bahan-bahan:
Pelet 920
Strawberi Killer A1
Sos Raya A1
Esen Badam
Esen Pisang
Esen Nenas
Kelapa Parut
Cara-Cara Penyediaan:
Tutorial 1
Masukkan pelet 920 sebanyak 2 kg ke dalam bekas bancuhan. Masukkan air sehingga tenggelam pelet kesemuanya, biarkan seminit, kemudian toskan kesemua air tersebut.
Tutorial 2
Masukkan Sos Raya A1 sebanyak 6 penutup botol.
Tutorial 3
Masukkan pula Strawberi Killer sebanyak 6 penutup botol.
Tutorial 4
Tuangkan esen pisang sebanyak dua penutup botol.
Tutorial 5
Tuangkan pula esen nenas sebanyak 3 penutup botol.
Tutorial 6
Seterusnya masukkan pula esen badam sebanyak 2 penutup botol.
Tutorial 7
Gaul pelet bagi rata dan perap sekurang-kurangnya satu jam sebelum digunakan. Apabila ia agak kering, masukkan kelapa parut secukup rasa (segenggam dua). Umpan ini boleh dimainkan dengan teknik perambut 2 mata kail atau juga atau penggunaan spring.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...