Ikatan jenis juga bagus untuk memanjangkan usia hayat umpan yang digunakan kerana ia kurang mendatangkan rasa beban. Disamping itu juga meningkatkan kadar hook up apabila ikan pemangsa menyambar umpan tersebut.
Step 1
Buatkan satu simpulan pada perambut kira-kira sejengkal dari hujungnya.
Step 2
Masukkan hujung perambut ke dalam lubang cincin mata kail.
Ads
Step 3
Masukkan pula hujung perambut itu ke dalam simpulan yang dihasilkan tadi.
Step 4
Ads
Ketatkan ikatan simpulan itu terlebih dahulu.
Step 5
Buatkan satu simpulan baru di atas ikatan yang dibuat tadi.
Ads
Step 6
Lakukan dua atau tiga lilitan pada simpulan tersebut.
Step 7
Jerutkan simpulan itu dengan ketat sehingga kemas pada ikatan pertama tadi. Potongan lebihan perambut.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Secara asasnya, mata kail hitam (black nickel) dikatakan lebih sesuai digunakan di perairan air tawar. Ini adalah kerana warna hitam itu lebih serasi dengan kegelapan dasar perairan air tawar sekaligus bersifat halimunan.
Sementara mata kail berkilat (aloi atau stainless steel) lebih sesuai digunakan di perairan air masin kerana sifat kilatnya itu sedikit sebanyak memainkan peranan untuk menarik perhatian ikan.
Secara peribadi, admin bersetuju dengan pendapat ini. Malah ada juga yang berpendapat, mata kail berkilat kurang sesuai digunakan di perairan air tawar kerana kilauan mata kail itu akan menakutkan ikan.
Atas sebab itu jugalah kebanyakan mata kail gewang (mata tiga dan mata tunggal) bagi pancingan air tawar kebanyakannya adalah mata kail hitam. Sementara mata kail hitam ini kurang digunakan di laut bukanlah kerana ia tidak memiliki faktor kilauan, sebaliknya ia adalah jenis bahan yang mudah dikakis air masin dan berkarat.
Namun, untuk keberkesanan yang lebih bagi pancingan air tawar, tidak kiralah sama ada mata kail hitam atau berkilat, mata kail itu perlulah disembunyi dengan sempurna di dalam umpan.
Justeru, sebagai contoh jika menggunakan cacing sebagai umpan, cacing itu haruslah dicucuk sehingga menutup bahagian mata kail sepenuhnya. Begitu jugalah jika menggunakan umpan-umpan lain.
Saya masih keliru dengan beza snap, swivel dan snap swivel. Boleh tak admin jelaskan serba sedikit tentang peralatan ini dalam memancing dan kegunaannya juga. Bila perlu pakai snap, swivel dan snap swivel?
JAWAPAN:
Pada asasnya swivel atau kili (cili) adalah peralatan atau perkasasan terminal yang merupakan kelengkapan penting dalam disiplin memancing. Ia merupakan alat yang diperbuat daripada logam yang mampu berputar bebas dengan tujuan mengelakkan tali pancing terutamanya tali sulam dari berpintal (twist) ketika memancing.
Penggunaan swivel ketika memancing sangat kritikal. Pemancing akan menggunakan swivel untuk mewujudkan titik antara tali utama dan alatan terminal bagi mengelakkan pergerakan berpusing (twist) alatan tersebut seterusnya membuatkannya kusut dengan tali utama.
Selain itu, swivel juga berfungsi sebagai penyambung kepada beberapa bahagian seperti perambut dengan tali utama atau batu ladung.
Contohnya apabila kita menarik umpan atau gewang, rintangan daripada arus yang laju akan menyebabkan geseran sekaligus menyebabkan umpan atau gewang akan berputar.
Dalam kejadian ia akan menyebabkan tali pancing yang digunakan (tanpa penggunaan swivel) akan turut sama berputar. Terutamanya jika menggunakan tali sulam tanpa perambut kejutan yang panjang.
Selain bertujuan untuk mengelakkan putaran atau pintalan, swivel turut berfungsi sebagai penyambung alatan memancing. Contohnya tali utama dengan perambut atau perambutan dengan jig dan sebagainya lagi.
Sementara snap adalah terminal penyambung lazimnya antara tali dan gewang. Manakala snap swivel pula adalah snap yang disambungkan dengan swivel.
Jangan terus memancing apabila menemui sesebuah padang pancing yang belum pernah anda pancing sebelumnya. Apatah lagi jika di lokasi tersebut tidak kelihatan pemancing lain yang memancing di tempat tersebut.
Seboleh-bolehnya jangan memancing secara bersendirian walaupun di lokasi yang biasa anda pancing dan dianggap kawasan selamat. Bila keadaan terdesak, penyamun tak mengira lokasi lagi dah.
Elakkan dari memancing di kawasan terpencil atau terlindung dari pandangan orang walaupun di lokasi tersebut ada pemancing lain yang memancing, namun pemancing lain tidak dapat melihat kedudukan anda di kawasan tersebut.
Jika boleh, pilihlah spot memancing yang tidak jauh dari tempat anda memarkir kenderaan. Dalam pada masa yang sama anda turut dapat memantau status keselamatan kenderaan juga.
Elakkan memancing waktu-waktu sunyi seperti tengah malam atau terlalu awal pagi serta ketika tidak pemancing lain yang memancing pada waktu tersebut.
Sebaiknya juga jangan memancing terlalu jauh dengan pemancing lain walaupun hanya memancing di kolam berbayar. Ini kerana kejadian samun turut berlaku di lokasi memancing seperti ini.
Bawa senjata untuk mempertahankan diri terutamanya jika memancing di kawasan yang berisiko atau terdedah kepada sebarang aktiviti jenayah.
Jangan terlalu fokus terhadap memancing dan mengabaikan sebarang aktiviti berhampiran terutamanya kehadiran seseorang yang mencurigakan. Apatah lagi seseorang yang tidak kelihatan seperti seorang pemancing.
Jangan kelihatan terlalu mewah ketika memancing kerana secara tidak langsung sebenarnya ia mengundang untuk disamun. Biarlah kelihatan selekeh kerana penampilan tersebut lebih selamat.
Bawa dokumen dan barangan yang penting sahaja ketika memancing. Jika perlu pisahkan barangan dan dokumen tersebut. Jangan simpan kesemuanya dalam dompet.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...