Ikatan nail loop knot atau ikatan simpulan jarum merupakan satu ikatan menyambungkan perambut atau tali utama pada swiwel atau mata kail yang memiliki lubang cincin. Ia ikatan yang bagus jika menggunakan umpan hidup seperti anak ikan. Namun ikatan ini agak sukar dipraktikkan sekiranya menggunakan perambut yang keras seperti flourocarbon.
TUTORIAL 1
Masukkan hujung tali perambut ke dalam lubang cincin kira-kira sejengkal atau lebih.
TUTORIAL 2
Letakkan straw minuman air kotak yang tetapi keras (anggaran 3-4 inci) atau di tengah-tengah tali perambut tersebut.
TUTORIAL 3
Dengan menggunakan bahagian hujung tali perambut sejengkal itu buatkan lilitan pada tali utama dan straw tersebut.
Ads
TUTORIAL 4
Pastikan lilitan yang dilakukan itu bergerak ke arah lubang cincin mata kail bukannya ke arah mata kail.
TUTORIAL 5
Buatkan lilitan tersebut sekurang-kurangnya 5 lilitan. Semakin banyak lilitan maka semakin kuatlah ikatan yang dihasilkan.
Ads
TUTORIAL 6
Masukkan hujung tali ke dalam straw minuman hingga keluar di hujungnya pula.
TUTORIAL 7
Tarik keluar straw tersebut dan ketepikannya. Peranan straw sudah tidak diperlukan lagi dalam ikatan ini.
Ads
TUTORIAL 8
Tarik hujung tali perlahan-lahan sambil menjaga atau menyusun simpulan agak tidak bertindan atau berpintal.
TUTORIAL 9
Kemaskan simpulan yang dihasilkan dengan seketatnya. Jika perlu basahkan simpulan terlebih dahulu.
TUTORIAL 10
Potong lebihan tali setelah berpuas hati dengan kekemasan ikatan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Blood bight dropper merupakan satu kaedah ikan yang paling asas. Ia berasaskan simpulan atau ikatan jerut semata-mata. Tiada langsung sebarang lilitan atau selitan yang memeningkan kepala. Dengan kaedah simpulan ini juga ia boleh digunakan untuk menghubungkan peralatan terminal seperti mata kail, snap, swivel atau sebagainya lagi.
Ikatan jenis ini sangat berguna sekiranya anda menggunakan tali utama atau perambut halus kurang dari 10lb. Saya sendiri biasa menggunakan ikatan ini ketika baru belajar memancing dulu.
TUTORIAL 1
Lipat kira-kira sejengkal hujung tali utama atau tali perambut (tak perlu terlalu panjang tetapi jangan terlalu pendek.
TUTORIAL 2
Kemudian buatkan satu simpulan biasa dengan bahagian U tali menjadi hujungnya.
TUTORIAL 3
Buatkan satu lagi simpulan yang sama atau lebih. Pastikan simpulan dilakukan sekurang-kurangnya dua kali.
TUTORIAL 4
Tarik bahagian hujung tali (U) dan pastikan simpulan yang terhasil tidak bertindan. Pastikan ikatan simpulan yang terhasil cukup ketat. Simpulan ini sudah siap dan boleh digunakan terus atau boleh disambungkan dengan swivel atau mata kail.
(Ini merupakan contoh bagaimana ia boleh digunakan untuk menghubungkannya dengan swivel) Masukkan gelung simpulan yang terhasil ke dalam lubang cincin swivel / mata kail bercincin.)
TUTORIAL 5
Kemudian masukkan pula bahagian atas swivel ke dalam gelung simpulan (bukannya simpulan ke dalam lubang cincin swivel).
TUTORIAL 6
Tarik atau lurutkan gelung hingga melepasi swivel sepenuhnya. Elakkan dari menarik ketat sebelum gelung melepasi swivel sepenuhnya.
TUTORIAL 7
Sambungan peralatan terminal yang sempurna. Ia sangat ringkas tetapi amat kukuh menahan rintangan ketika memancing.
Spider hitch loop knot merupakan satu kaedah simpulan dan ikatan untuk menghasilkan satu loop atau gelung yang sempurna. Gelung yang terhasil ini biasanya digunakan untuk menyambungkan swivel atau boleh juga untuk menyambungkannya dengan tali mono.
Cara menghasilkan loop ini juga mudah dan boleh dihafal dalam masa yang amat singkat. Jom sama-sama buat!
Langkah 1
Lipatkan tali sulam mengikut saiz loop yang anda inginkan. Kalau loop yang besar, panjanglah tali yang perlu dilipat dua.
Langkah 2
Kepit bahagian tindanan tali di bawah ibu jari dengan jari telunjuk sebagaimana di dalam gambar.
Langkah 3
Kemudian lilit tali berkembar pada ibu jari menghala ke arah hujung kuku. Pastikan lilitan ini tidak bertindih.
Langkah 4
Kemudian masukkan bahagian lengkungan tali ke dalam gelung yang dikepit di celah jari.
Langkah 5
Tarik perlahan-lahan hingga lilitan pada ibu jari melurut turun secara satu persatu.
Langkah 6
Pastikan bahagian tali yang dikepit tidak terlepas.
Langkah 7
Simpulan yang terhasil sebelum diketatkan. Sebaiknya perhatikan simpulan ini tersusun cantik agar tidak bertindan apabila diketatkan.
Langkah 8
Tarik bahagian hujung dan pangkal tali dengan kuat sehingga ikatan terjerut kemas.
Langkah 9
Kemaskan ikatan dengan memotong bahagian lebihan tali yang tidak diperlukan lagi.
Langkah 10
Spider hitch loop knot yang telah siap dan boleh digunakan untuk mengikat swivel atau disambung dengan tali leader.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...