Boating atau memancing dari atas sampan kecil amat diminati hari ini. Memiliki bot fiber atau aluminium merupakan satu kelebihan bagi pemancing kerana tidak semua lokasi boleh diterokai dengan cara memancing ‘landbase’ sahaja. Harga bot aluminium dan fiber yang masih munasabah di pasaran menjadikan ia semakin laris dan mampu dibeli oleh sesetengah kaki pancing.

 

Begini Caranya Nak Bawa Bot Atas Kenderaan Dengan Selamat
Badan kenderaan yang mempunyai gutter. Roof rack diikat pada gutter tersebut.

 

Kebiasaannya pengilang yang mengeluarkan bot telah menetapkan spesifikasi ukuran bot yang boleh dibawa dengan meletakkannya di atas bumbung kereta. Kelebaran bot sekitar 4 kaki dan panjang 12 kaki ke bawah boleh dibawa di atas bumbung kenderaan.

 

Namun aspek keselamatan adalah perkara yang tidak boleh diabaikan kerana ianya melibatkan nyawa. Beberapa peraturan perlu dipatuhi. Bagi kenderaan yang ingin membawa bot, ia mestilah mempunyai permit kelulusan dari Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).

 

Begini Caranya Nak Bawa Bot Atas Kenderaan Dengan Selamat
Tali dan wrench diikat pada palang roof rack.

 

Beberapa dokumen di perlukan iaitu borang permohonan dari JPJ, salinan geran kenderaan dan lakaran saiz bot yang ingin dibawa. Ia adalah percuma namun dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah lengkap sebelum diserahkan kepada Bahagian Teknikal JPJ untuk dinilai. Borang permohonan kelulusan untuk membawa bot boleh di dapati di laman sesawang JPJ.

 

IKLAN
Begini Caranya Nak Bawa Bot Atas Kenderaan Dengan Selamat
Ketatkan menggunakan wrench.

 

Peralatan keperluan

 

Roof carrier atau palang sangkut di atas bumbung merupakan elemen penting kerana ia akan menjadi penahan bot agar tidak mencalarkan cat kenderaan. Terdapat 2 jenis body kereta yang mempunyai gutter dan tidak mempunyai gutter.

 

Anda boleh ke kedai aksesori atau kedai menjual alat tersebut untuk memasangnya. Tapi perlu diingat, palang hendaklah melebihi kelebaran bot tersebut supaya ia mampu teguh berada di landasannya.

 

IKLAN
Begini Caranya Nak Bawa Bot Atas Kenderaan Dengan Selamat
Gunakan cangkuk tali dan cangkuk pada bibir bot.

 

Terdapat pelbagai jenama di pasaran daripada yang biasa hingga yang berjenama. Roof carrier yang biasa digunakan adalah daripada jenama THULE. Walaupun harganya agak mahal namun pembuatannya amat diyakini untuk membawa beban yang dianggarkan sekitar 40 kilogram di atas bumbung kereta.

 

Cargo Lash atau tali pengikat dengan kekunci wrench juga antara peralatan yang sangat penting untuk mengikat bot.

 

Bagi sebuah bot ia memerlukan 4 tali pengikat yang kukuh bagi memastikan ia tidak berganjak atau meluncur keluar dari palang penyangkut ketika bot dibawa atau kenderaan berhenti secara mengejut.

IKLAN

 

Begini Caranya Nak Bawa Bot Atas Kenderaan Dengan Selamat
Kekunci wrench yang terdapat di pasaran.

 

Caranya, 2 tali perlu di ikat di bahagian palang bumbung kenderaan bagi memastikan ianya tidak berganjak ke kiri atau ke kanan ketika dibawa. Di bahagian hadapan dan belakang pula, tali perlu diikat kemas dan gunakan bahagian penarik kereta kecemasan sebagai lubang pengikat.

 

Begini Caranya Nak Bawa Bot Atas Kenderaan Dengan Selamat
Buat perkara sama untuk bahagian depan bot.

 

Ini amat perlu di beri perhatian kerana ketika kereta berada di atas jalan ia bukan sahaja membawa sebuah bot malah menempuh angin yang boleh mengancam keselamatan orang lain.

 

Tali perlu diikat kemas dan dikunci menggunakan wrench secara ketat. Pilih tali yang berkualiti dan ia boleh di didapati di kebanyakan kedai-kedai hardware.

 

Begini Caranya Nak Bawa Bot Atas Kenderaan Dengan Selamat
Bahagian sisi bot yang telah diikat kemas.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI