Habitat bagi spesies ini ialah kawasan sungai yang berarus deras. Spesies ini juga mampu hidup bertahun-tahun sehingga mencecah berbelas kilogram atau berpuluh kilogram. Kenerak juga mendiami kawasan sungai yang berarus deras Ini termasuk kawasan berbatu jeram, batang-batang kayu, tiang-tiang jambatan.
Ikan kenerak mempunyai kepala yang besar serta bergigi tajam mendatar ke bawah hingga ke bahagian mulutnya. Bahagian kepala memiliki tengkorak yang agak keras untuk melindungi kepalanya. Badannya mempunyai bentuk agak memanjang. Bahagian badannya mempunyai warna yang agak kekuningan bercorak seperti coloreng. Bagi yang tidak pernah melihat ikan kenerak mereka mengatakan ikan bandaraya.
Kenerak merupakan spesies yang mempunyai barbell atau misai yang digunakan untuk memburu. Mereka mengesan mangsa atau makanan melalui filament barbel ini dan tidak menggunakan mata terutama dalam keadaan air yang keruh.
Kenerak yang mempunyai bentuk badan yang mampu melekat di batu dan kayu-kayu duduk mengendap mangsa di kawasan berarus deras atau jeram berbatu dan berkayu.
Teknik Pancingan
Teknik bottom dan juga casting selaman arus deras. Teknik bottom menjadi pilihan saya. Saya lebih suka menggunakan teknik bottom sebab baling dan tunggu sambaran. Bagi kawasan yang deras haruslah menggunakan batu hidup atau ladung yang bersaiz 7 ke atas.
Set pancing yang tahan lasak, bergantung pada kederasan air. Bagi saya umpan ikan kenerak adalah sangat mudah hanya menggunakan cengkerik. Adakala saya mengunakan anak ikan keli dan juga ulat lundi. Cengkerik yang disangkut penuh pada mata kail dibaling di kepala jeram. Kepala batang-batang kayu, kepala tiang-tiag jambatan atau pun bawah jambatan.
Apabila umpan telah dimakan pertarungan bermula tiada tarikan manja hanya tarikan yang kuat. Tali perambut juga harus la kasar dan kuat kerana gigi kenerak sangat tajam. Bukan senang untuk mendaratkan ikan kenerak kerana tarikan yang kuat malah faktor air yang deras menyukarkan untuk didaratkan.
Ibarat tarik batang kayu yang hanyut. Bagi setengah orang tidak berani atau geli dan juga takut untuk memakan ikan kenerak. Saya sangat menggemari ikan ini kerana mempunyai isi yang sedap. Bagi orang-orang Pahang gulai masang kenerak dan gulai gulai asam rom menjadi pilihan utama untuk memasak ikan ini.
Ambil tali perambut yang korang suka berkekuatan 20-50lb bergantung kepada saiz ikan yang korang target.
Buat dalam 1 depa hingga 3 depa bergantung pada kedalaman kolam tu macam mana. Lepas tu bahagi sama panjang dan buat satu simpulan dropper loop.
Kalau tak tau nak buat dropper loop, korang boleh buat carian dalam website umpan ni ada tutorial siap video lagi.
Batu ladung
Ikat la batu ladung ikut saiz dan bentuk yang korang berkenan. Batu ladung memainkan peranan dalam menanam (menggantung) umpan korang dan juga jarak balingan umpan. Batu ladung yang terlalu ringan akan menyebab umpan korang timbul.
Perambut mata kail
Hujung perambut gantung satu lagi korang ikat la mata kail. Terlebih dahulu saya suka buat sambungan perambut dengan tali sulam dengan teknik ikatan improved Albright. Tali sulam berkekuatan 50 lb yang disulamkan sikit lebihan talinya.
Umpan
Bancuh la roti dadu dengan umpan pilihan korang. Sebelum cucuk roti dadu pada mata kail, korang cucuk dulu marshmellow melepasi mata kail. Tujuan marshmellow ini untuk mengapungkan lagi umpan.
Satu trip bot panjang anggaran kos dia RM300 untuk 3 hari 3 malam. Biasanya ia meliputi kos bot, guide dan permit. Maksimum ahli trip 10 orang.. pukul rata dalam dalam RM300 seorang. Itu pun kalau cukup korum… kalau tak cukup maka bertambahlah kos.
Lazimnya masa yang diambil menaiki bot ke check point untuk memulakan trekking memakan masa 3 jam. Semua duduk mencangkung je dalam bot tu. Bot langsung takde bumbung atau kabin.
Seratus peratus open air. Bergerak dari jeti pulak sebelum Subuh. Bayangkan kesejukannya… silap-silap belum start trekking betis dah krem!
Yang pastinya kena trekking sekurang-kurangnya 3 jam. Ada juga lubuk yang kena trekking sampai 8 jam. Lagi jauh berjalan lagi cantik lubuk yang akan korang jumpa.
Kalau lubuk dekat-dekat setakat trek landai susur sungai, boleh tahan lagi. Tapi kalau panjat bukit pacak mau lutut cecah dagu jadinya.
Khemah yang didirikan biasanya khemah terbuka. Kanvas atas bawah… atas buat bumbung, bawah buat tilam. Ada masanya selamat dari nyamuk dan agas. Ada masanya nyamuk dan agas berjuta-juta.
Biasanya nyamuk dan agas masih boleh handle lagi walaupun tak selesa sangat menyanyi kat telinga. Yang tak tahan kalau ada member yang berdengkur sebelah telinga.
Bukan senang nak menewaskan kelah sebenarnya. Kalau ikan tengas, umpan cengkerik dalam tin pun jalan. Baung guna umpan isi ayam atau ikan pun boleh naik.
Tapi kelah… walaupun guna umpan feveret dia, kalau tak kena dengan cara… dia pandang sebelah mata je umpan korang tu. Memang tak berbaloi jawabnya dengan penat lelah dan modal yang dilaburkan.
Kalau dah jumpa lubuk dan gasak kaw-kaw… jangan mulut lembik. Up status dan sebar lokasi lubuk pada umum.
Kesannya sudah banyak berlaku. Banyak lubuk terbaik kena bom… kena karen… kena tuba! Harap simpan rahsia untuk kaki-kaki pancing yang masih kumpau nak tarik kelah.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...