Sebenarnya di dalam perut ikan-ikan seperti ini ada objek utama yang menjadi punya hanyir seekor ikan itu jika tidak dibuang. Engkau buatlah macam mana pun, kalau tidak buang bendalah ini, ia tetap hanyir, percayalah.
Step 1
Ikan keli yang diambil dari peti ais. Rendam dulu dalam air. Kalau yang masih hidup, cara mematikannya engkau boleh search di youtube, ada seorang ustaz dari seberang ada mengajarkan kaedah terbaik mematikan tanpa menyeksa ikan ini.
Step 2
Gunting muncung ikan ini untuk buang sesungut dan mulutnya. Tapi, kalau korang nak masak sekali sesungut ini, itu hak korang.
Step 3
Belah perut ikan secara menegak dari garisan bawah mulut ikan keli ini sampai ke titik tengah (pusat). Kalau korang nak mula dari titik tengah ke mulut pun boleh. Ikut keselesaan.
Ads
Step 4
Kemudian, buang segala organ dalaman ikan ini sebersih mungkin. Ingat, sediakan bekas nak kumpul organ ni. Jangan engkau masuk dalam sinki pula, tersumbat pula nanti.
Step 5
Ha ini kaedah nak buang objek hanyir tu, korang tekan belakang ini gunakan jari telunjuk. Sebab nak mudah keluarkan bendalah tu.
Mata besar, berbentuk comel, serta mampu menukar warna… itulah profil utama Rossia pacifica. Rossia pacifica atau dikenali sebagai stubby squid sebenarnya adalah antara spesies sotong katak dengan ciri fizikal menunjukkan kelainan berbanding kumpulannya yang lain.
Makhluk ini sekali pandang seperti mainan anak kecil yang dilupakan, namun si mata besar ini sebenarnya hidupan marin yang pernah menjadi viral di seluruh dunia beberapa tahun lalu.
Saiz matanya yang besar merupakan antara ciri utama yang menjadi perhatian umum, hinggakan ramai yang mengatakan itu adalah ciri haiwan peliharaan yang disukai.
Sesuatu yang mengagumkan tentang sotong ialah habitatnya pada kedalaman 300meter hingga 1,300 meter dalam paras laut dan berasal dari Lautan Pasifik Utara.
Kebanyakannya boleh ditemui pada kedalaman purata 300meter dan akan pergi lebih dalam apabila tiba waktu membiak.Ia juga gemar membenamkan tubuhnya dalam pasir jika sedang bersembunyi di dasar lautan.
Saiz dewasa badan haiwan ini hanya berukuran 5 hingga 6 sentimeter panjang, dan saiz sotong betina lebih besar daripada sotong jantan.
Hidupan yang aktif pada waktu malam ini juga suka berada di lantai laut dan bergerak menggunakan sirip sisinya atau menembakkan air dari rongga tubuhnya.
Apabila diganggu, ia akan mengelirukan musuh dengan memancutkan dakwat hitam lalu melarikan diri.
Jangka hayat haiwan ini hanya bertempoh dua tahun bermula dari waktu di dalam telur dan mati apabila pembiakan dilakukan.
Sotong betina akan bertelur di kawasan tersembunyi seperti di bawah batu dan akan mati selepas bertelur.
Telur-telur ini mempunyai bahagian luaran yang keras sebagai pelindung dan menetas selepas 5 hingga 9 bulan dan mereka akan memakan hidupan lautan dalam yang lebih kecil seperti udang.
Di Malaysia, sebarau juga dikenali sebagai badong yang selalunya merujuk kepada spesies sama yang bersaiz besar sekitar 2 kg ke atas.
Dalam pengelasan taksonomi, Hampala macrolepidota merupakan nama Latin bagi sebarau dan nama global lain termasuklah hampala barb dan jungle perch.
Taburan Spesies
Spesies Hampala macrolepidota ini cukup terkenal bagi kebanyakan kaki pancing di Malaysia.
Selain kekuatan henjutan dan hentaman ikan ini, faktor yang menambahkan keterujaan memancing spesies ini mungkin kerana sebarau merupakan spesies asal perairan Malaysia.
Selain perairan Malaysia, taburan spesies ini turut merangkumi perairan Indonesia, Thailand, Myanmar, Laos, Vietnam dan Sumatera.
Ikan sebarau boleh ditemui di aliran Sungai Mekong, Chao Phraya dan Mae Klong.
Selain itu, tasik dan lembah sungai juga menjadi tumpuan bagi spesies ini. Di Malaysia, sebarau boleh ditemui dibanyak kawasan sungai-sungai dan tasik.
Sungai-sungai kawasan pergunungan pula menjadi antara lokasi yang paling mudah untuk menjejak spesies ini.
Antara lokasi tumpuan dan terkenal bagi sebarau ialah Tasik Kenyir, Royal Belum, Empangan Chenderoh, Temenggor dan banyak lagi.
Bagi sebarau di Kepulauan Borneo, majoriti sebaraunya sedikit berbeza kerana memiliki dua belang berbanding sebarau di semenanjung.
Nama serigala air tawar ini juga bukan sedikit namanya, ada macam-macam nama mengikut dialek masyarakat kaum di sana.
Habiat dan Tabiat
Secara umumnya, habitat ikan sebarau lebih tertumpu kepada kawasan sungai-sungai berair jernih, mempunyai kadar oksigen terlarut yang tinggi, kawasan larian air yang berbatu dan berpasir.
Begitu pun, ikan sebarau juga mempunyai daya kesesuaian dalam kawasan tanah tinggi mahu pun tanah rendah dan boleh menghuni kawasan yang berlumpur dan tanpa arus seperti tasik.
Sewaktu musim hujan atau musim tengkujuh, sebarau akan bermigrasi ke kawasan hulu yang dinaiki air untuk tujuan mengawan dan pembiakan.
Jadi, kawasan sungai pergunungan menjadi habitat yang paling mudah untuk menemui spesies ini.
Bagi kebanyakan spesies sebarau yang bersaiz lebih besar, biasanya sukar ditemui di kawasan sungai berarus deras, jernih dan cetek.
Spesimen yang lebih besar gemar menghuni kawasan yang lebih dalam dan sering tertumpu kepada kawasan yang mempunyai objek seperti kayu atau reba.
Sebarau merupakan spesies pemangsa yang memburu lantas menjadikannya spesies karnivor. Ikan sebarau biasanya menjadikan ikan yang lebih kecil sebagai makanannya.
Selain itu, dalam habitat semula jadinya, serangga dan hidupan akuatik lain turut dijadikan sebagai mangsa dalam buruannya.
Bagi sebarau juvenil, serangga kecil menjadi diet utama selain daripada zooplankton. Spesies pemangsa ini juga menjadikan mamalia akuatik sebagai diet makanannya
terutama yang sering bermain di kawasan permukaan air selain krustasia yang turut menjadi pilihannya.
Morfologi
Sifat luaran bagi sebarau yang paling mudah dikenali ialah garisan hitam yang menegak pada badannya.
Paten warna hitam pada badannya menegak merentasi garisan lateral sehingga ke bawah. Ekor atau sirip kaudalnya pula berwarna oren kemerahan yang terang dan terdapat garisan margin berwarna hitam pada garisan luar ekornya.
Taksonomi
Kingdom : Animalia
Phylum : Chordata
Class : Actinopterygii
Order : Cypriniformes
Family : Cyprinidae
Species : H. macrolepidota (Kuhl & van Hasselt, 1823)
Binomial name : Hampala macrolepidota
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Di kawasan tambak berbatu, cari kawasan lubang-lubang yang agak dalam airnya (Untuk mengetahui lubang tersebut dalam atau tidak boleh survey dahulu kawasan tersebut sewaktu air surut dan tandakan kawasan-kawasan yang berpotensi).
Tekniknya sangat mudah. Jika anda terlupa bawa set pancing pun masih boleh memancing kerapu. Apa yang penting hanya perlu ada tali pancing, mata kail dan umpan.
Anda hanya perlu menghulurkan tali dan mata kail berumpan sahaja. Tidak perlu batu ladung. Namun lebih seronok jika ada set pancing.
Jika ingin menggunakan joran, tidak perlulah menggunakan joran pantai. Memadai joran biasa bersaiz 5 hingga 8 kaki. Kekili pula gunalah kekili yang tahan air masin.
Umpan udang kopek paling efektif digunakan. Boleh juga gunakan udang hidup, umpun-umpun dan hirisan sotong.
Apabila menjatuhkan umpan ke dalam lubang batu, mainkan sedikit umpan itu agar ia bergerak-gerak di dalam air kemudian biarkan seketika.
Jika tiada sambaran mainkan lagi umpan itu untuk menarik perhatian ikan.
Jika lama tiada sebarang sambaran ataupun kawasan tersebut telah dikuasai spesies pengacau seperti buntal dan sesirat, anda bolehlah berpindah ke lubang-lubang batu yang lain.
Penting untuk anda sentiasa menjaga joran anda. Ini kerana, apabila sang kerapu menyambar umpan, ia akan terus membenamkan dirinya masuk ke dalam batu.
Jadi untuk mengelakkan kail anda tersangkut ke batu, anda harus segera menyambar joran apabila kerapu menyambar umpan.
Waktu paling efektif memburu kerapu ialah ketika air gerak pasang sehinggalah pasang penuh.
Selain kerapu, ikan-ikan lain seperti semilang, tetanda, siakap, kitang dan bayan juga boleh dieratkan dengan teknik ini.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...