Pertama sekali perlu pastikan jumlah ahli trip biar sepadan dengan kapasiti boathouse yang ingin ditempah.
Sebaiknya jumlah ahli trip sepadan dengan kapasiti maksimum boathouse tersebut. Setidak-tidaknya ia dapat mengurangkan kos setiap ahli trip.
Ketahui pakej harga yang ditawarkan oleh pengusaha boathouse. Lazimnya sekitar RM 1500 – RM 2000 per malam. Bukan dalam kiraan hari.
Jika pakej harga tidak sepadan dengan kapasiti pemancing bagi sesebuah boathouse, tentu ada sesuatu yang tidak kena.
Sebaiknya tanya servis atau kemudahan yang disediakan dalam pakej tersebut. Jika ada menyatakan jumlah tandas, katil atau bot fiber dan umpan disediakan, pastikan ia sememangnya ada dan boleh digunakan.
Tetapkan lokasi memancing yang ingin ditujui kerana tidak semua sungai di dalam kawasan tasik boleh dimasuki secara percuma.
Dan pastikan tekong boathouse tersebut membawa anda ke lokasi tersebut, bukannya lokasi pilihan beliau.
Bagi memastikan trip berjalan dengan sempurna sebagaimana yang dirancang, bayaran penuh sewa boathouse elok diselesaikan setelah tamat trip, bukannya sebelum memulakan trip.
Walaupun setiap boathouse menyediakan dapur dan kelengkapan memasak namun makan dan minum tidak termasuk dalam pakej tersebut. Jadi, anda wajib bawa barang-barang makan dan masak sendiri jika tidak mahu kebuluran.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Untuk berjaya memperoleh hasil terutamanya ikan sasaran utama seperti tenggiri, dengan mempraktikkan teknik speed jigging, beberapa perkara harus dipertimbang dan dikaji.
Pertama sekali, kita harus memahami serba sedikit info berkenaan spesies sasaran. Ikan tenggiri adalah jenis ikan berenang laju (purata kelajuan 70 km/j) dan tabiat makan secara menyambar.
Oleh yang demikian umpan (jig) yang digunakan haruslah digayakan dengan kelajuan yang sesuai untuk menarik perhatian tenggiri serta mahu menyambarnya. Begitu juga jenis mata kail yang sepadan untuk tabiat ikan yang makan secara menyambar.
Setup Peralatan
Reel
Bagi saya untuk mencari tenggiri dengan lebih efektif ialah pastikan peralatan memancing itu tepat. Penggunaan kekili berkelajuan tinggi adalah satu kemestian. Pilih kekili saiz sederhana (3000-6000) yang mampu mengisi tali sehingga 200 meter.
Rod
Pilih joran yang ringan tetapi berupaya menggayakan jig sehingga berat 100 gm dengan sempurna. Joran yang berat atau aksi perlahan hanya menyebabkan anda keletihan sebelum sempat merasa tarikan tenggiri yang diburu. Ini penting bagi mengelakkan penggunaan tenaga yang berlebihan sepanjang berjigging.
Jig
Manakala jig yang mempunyai warna asas perak berkilau, berat 40-80 gm menjadi pilihan kebanyakan pemancing memburu tenggiri.
Tali utama
Sementara tali utama memadai tali sulam berkekuatan 15-40 lb dengan leader 20-40 lb. Assist hook pula WAJIB daripada dari dawai atau kevlar steel. Untuk insuran tambahan bolehlah menggunakan perambut dawai sepanjang 2-3 inci. Walau bagaimana perambut dawai ini hanya sesuai tatkala ikan frenzy membaham jig, air sedikit keruh dan waktu malam.
Gaya persembahan umpan
Boleh dikatakan hampir kesemua pemancing bersetuju bahawa jig perlu dikarau dengan selaju yang mampu untuk menerima sambaran. Saya bersetuju untuk tidak bersetuju.
Pada saya, tahap kelajuan mengarau jig bergantung pada jenis kekili yang digunakan. Sekiranya menggunakan kekili ratio sederhana, sememangnya perlu dikarau selaju mungkin.
Namun, jika menggunakan kekili ratio tinggi (melebihi 7:1) maka tidaklah perlu mengarau seperti orang kena rasuk.
Jika terlalu laju sehingga mengatasi kelajuan tenggiri itu sendiri sebenarnya tidak membantu juga. Banyak keputusan berakhir dengan perambut putus gara-gara tenggiri gagal menyambar tepat pada jig. Gaya terbaik adalah dengan cara karau stop and go.
Karau dengan kelajuan sepadan dan berhenti untuk beberapa saat sebelum meneruskan kayuhan. Ketika stop and go ini sebenarnya peratusan strike adalah lebih tinggi.
Selain itu faktor stamina juga sangat perlu dititikberatkan bagi semua pemancing. Alangkah ruginya ketika berehat panjang akibat kepenatan, tatkala itulah tenggiri baru aktif membaham jig.
Bagi mereka yang mensasarkan sungai yang terdapat rumpai atau sampah disyorkan guna batu ladung dipasang atau berada di bahagian bawah mata kail (lebih kurang sekaki atau lebih) supaya umpan bergerak bebas dan mudah dilihat oleh ikan.
Ada juga pemancing sungai yang suka menggunakan pelampung di mana ia merupakan teknik yang paling popular. la sangat sesuai digunakan di tempat-tempat berarus tenang yang dikhuatiri mempunyai banyak tunggul kayu di dasarnya.
Panjang perambut daripada pelampung bergantung kepada kedalaman sungai. Umpan pancing perlu tergantung beberapa inci dari dasar dan dibiarkan hanyut di bahagian pertengahan air. Batu ladung kecil perlu diletakkan pada jarak tertentu pada perambut supaya umpan boleh turun pada kedalaman yang dikehendaki.
Ikan lampam sungai lazimnya akan meragut umpan dengan agak kasar yang kemudiannya tercangkuk sendiri pada mata kail. Bagaimanapun apa yang mereka sering lakukan adalah kita perlu menyentap supaya cangkukan lebih teguh dan ikan tidak akan terlepas lagi.
Oleh kerana ikan ini saiznya ada yang kecil kadang-kadang kuasa tarikannya tidaklah begitu kuat namun dengan teknik yang disebutkan tadi ianya akan menjadi lebih menarik.
Sesetengah Orang Asli di beberapa tempat juga ada ramuan tersendiri untuk menyediakan umpan ikan lampam sungai.
Mereka menyediakan jenis umpan khusus untuk memancing ikan lampam sungai atau serupa dengannya dengan guna umpan dedak kuning (dedak ayam), gandum dan serbuk kunyit.
Bahan-bahan digaul biar sebati dan gentel di mata kail (mata rambai atau guna perambut selari 5-6 mata pancing).
Jenis umpan kedua yang mereka selalu gunakan adalah dengan pakai isi kelapa sawit di peram, gandum dan serbuk kunyit kemudian bahan ini digaul sebati dan gentel di mata kail (mata rambai atau guna perambut selari 5-6 mata kail). Sebaiknya menggunakan jenis mata saiz kecil yang sesuai untuk mulut ikan di sesuatu lokasi memancing.
Dalam pada itu dinasihatkan agar untuk memasang banyak mata kail pada pancing dan jangan hanya gunakan mata satu. Dalam beberapa laporan dinyatakan ikan lampam sungai adalah diantara jenis ikan yang menjadi penyelamat kepada para pemancing.
Ini kerana ikan ini jarang kecewakan pemancing setelah seharian tercongok memancing di tepi sungai dan tasik.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...