Selain penggunaan umpan tiruan seperti gewang replika ikan atau jig, terdapat dua jenis umpan yang diguna ramai pemancing untuk memancing tenggiri. Penggunaan umpan ikan hidup dan ikan mati  iaitu umpan hidup dan umpan mati sudah lama dipraktikkan oleh nelayan dan juga pemancing. Untuk kali ini kita bincang pula cara menggunakan umpan ikan hidup.

 

Cara Betul Menggunakan Umpan Ikan Hidup Menjerat Tenggiri

 

Umpan hidup yang paling biasa digunakan adalah terdiri dari jenis-jenis ikan pelagik. Ikan pelagik seperti kembung, pelaling, selayang, selar, selar pucat, tamban beluru, tamban sisik dan lolong mudah ditemui di kawasan unjam dan perairan tempatan. Selain itu sotong, anak kerisi, kacang-kacang atau alu-alu kecil, anak seer, tongkol kecil boleh digunakan sebagai pilihan.

 

Sotong hidup yang mudah ditangkap pada malam hari amat efektif digunakan pada sebelah malam selain jenis ikan yang mempunyai sisik yang berkilau.

 

Cara Betul Menggunakan Umpan Ikan Hidup Menjerat Tenggiri

 

IKLAN

Masalah utama yang dihadapi oleh kebanyakan pemancing ialah ketiadaan bekas umpan hidup yang sesuai dari segi kapasiti umpan dan ketahanan ikan untuk hidup dalam tempoh memancing.

 

Amat berbeza memasang mata kail pada ikan hidup dan mati. Untuk umpan hidup mata kail tidak dapat disembunyikan sebagaimana umpan mati.

 

Persembahan umpan hidup memerlukan teknik betul supaya ikan umpan ini dapat bertahan lama dan boleh bergerak aktif.

 

Cara Betul Menggunakan Umpan Ikan Hidup Menjerat Tenggiri

IKLAN

 

Di antara cara mencangkok mata kail yang paling banyak diamalkan untuk ikan hidup ialah; di atas garis lateral ikan berdekatan sirip dorsal kedua (1/3 dari pangkal ekor), sebelum sirip dorsal pertama berdekatan bahagian kepala, masuk melalui mulut/insang dan mata kail dicangkok atas belakang ikan, bawah perut ikan terutama ikan tamban, dan bahagian mulut dan lubang hidung berdekatan mata ikan.

 

Mengunakan umpan hidup kita boleh mengagak bila ikan tenggiri akan menyerang mangsa. Bagi pemancing mengunakan koyan, getaran pada tangsi waktu ikan umpan cuba melarikan diri menandakan ia takutkan sesuatu.

 

Cara Betul Menggunakan Umpan Ikan Hidup Menjerat Tenggiri

IKLAN

 

Ikan umpan akan menegangkan tali pancing sebelum ikan pemangsa datang menyerangnya. Kelebihan mengunakan koyan terletak kepada sensitiviti dan deria rasa tangan pemancing.

 

Kalau joran sukar sedikit dan deria semulajadi ini tidak dapat berfungsi dengan baik terutama ketika ikan umpan hendak dirembat oleh tenggiri.

 

Bila penggera berbunyi barulah joran dicapai dan dalam keadaan tergopoh-gapah hasil akan rabut dan senyap begitu sahaja.

 

Cara Betul Menggunakan Umpan Ikan Hidup Menjerat Tenggiri

 

Kekili perlu dikarau secepat mungkin agar tali pancing tidak kendur ketika ikan menghela ke arah pemancing.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI