Pancingan kolam air tawar sememangnya unik. Umpan dan persembahan umpan menjadi kunci utama untuk berjaya. Roti sandwich yang berasaskan tepung gandum sememangnya diet yang sesuai untuk makanan ikan. Namun, tanpa sebarang perisa atau bau-bauan, ia akan menjadi sia-sia khususnya dalam perlumbaan memancing ikan.
Bagi menarik perhatian ikan pada kepalan roti yang bersifat kosong, ia memerlukan bahan perisa bukan saja yang memiliki sifat rasa, bau-bauan dan juga warna yang menyerlah.
Bahan-bahan umpan:
(Boleh guna apa saja pilihan perisa umpan yang anda sukai. Ini merupakan pilihan kami)
Roti sandwich (potong dadu)
Musang Strawberry A1
Sos Raya A1
Esen Badam
Esen Nenas
Esen Pisang
Ads
Cara-Cara Penyediaan Umpan
Tutorial 1
Satu bungkus roti sanwich dipotong dan dimasukkan ke dalam bekas bancuhan. Kemudian masukkan Sos Raya A1 (kuning) sebanyak 6 penutup.
Tutorial 2
Kemudian masukkan Musang Strawberry A1 sebanyak 6 penutup atau lebih. Goncang bekas bancuhan agar sos mengenai roti lebih sekata.
Di pasaran sekarang sedia terjual pelbagai jenis, rupa dan bau-bauan umpan memancing. Jika anda seorang yang rajin dan kreatif, tambah pulak dalam keadaan inflasi ini, adalah lebih baik anda buat sendiri umpan untuk memancing ikan kolam. Bahan-bahan keperluan pun tak susah nak cari dalam radius 10km yang dbenarkan.
Bahan-bahan keperluan:
1 kotak air kacang soya (1 liter)
4 sudu besar Milo
3 biji telur itik
1 bekas taufufa kosong (banyak terjual di pasar malam)
1/2 paket yis segera
1 biji kelapa tua (diparut)
Cara-cara pembuatan:
(Semua bahan-bahan ini boleh dimasukkan ke dalam mesin pengisar tanpa perlu mengikut aturan atau kuantiti. Yang penting kesemua bahan dikisar halus sehingga sama ada dikisar sekaligus ataupun diulang sehingga habis.)
Tempe dipotong kecil kemudian dimasukkan ke dalam bekas pengisar. Kemudian masukkan bahan-bahan lain dan sebaiknya setiap kali mengisar terdapat kesemua bahan.
Setelah kesemua bahan dikisar sehalus yang mungkin, masukkan sos ke dalam bekas seperti botol sehingga 3/4 penuh.
Sos ini perlu diperam bagi menjalani proses penapaian sekurang-kurangnya 5 hari sebelum boleh digunakan. Dalam proses penapaian ini gas akan terhasil yang boleh menyebabkan letusan berlaku sekiranya ia disimpan di dalam bekas bertutup dan akan melimpah keluar jika kuantitinya terlalu padat di dalam bekas simpanan.
Sos umpan ini amat sesuai digunakan bersama roti. Pada waktu ia digunakan nanti bolehlah ditambah sedikit perisa seperti pandan atau strawberi bergantung selera ikan di mana-mana kolam pancing.
Setiap kolam pancing boleh dikatakan ada umpan rahsia yang jarang didedahkan kepada pemancing. Namun Kolam Pancing Guar Jentik ini bersikap terbuka untuk berkongsi rahsia umpan yang digunakan untuk memikat tongsan di kolam tersebut.
Bahan-Bahan:
500 gm dedak 929
200 gm serbuk roti masam
5 keping roti kering
1 peket serbuk pandan
5 penutup perisa pandan A1
½ botol esen nenas
1 kotak air susu kacang soya
LANGKAH 1
Masukkan 500 gm dedak 929 ke dalam bekas acuan.
LANGKAH 2
Masukkan kesemua serbuk roti masam. Kemudian hancurkan 5 keping roti sandwich yang telah dijemur sehingga kekeringan. Masukkan ke dalam campuran dedak.
LANGKAH 3
Masukkan sebungkus serbuk perisa pandan.
LANGKAH 4
Masukkan setengah botol esen nenas, 5 penutup perisa pandan A1 dan sekotak air susu kacang soya ke dalam adunan dedak. Bancuh dan tambah air jika sekiranya adunan terlalu peroi.
LANGKAH 5
Kepal bancuhan dedak pada spring dan lekatkan gabus pada mata kail. Umpan siap untuk digunakan.
Umpan ini bolehlah dianggap sebagai umpan bajet kerana tidak memerlukan kos tinggi untuk menyediakannya. Ia hampir sama seperti umpan tepung atau umpan minyak, bezanya ia perlu diadun dengan air terlebih dahulu. Namun keberkesanannya untuk menjerat ikan seperti patin amat tinggi.
Bahan-Bahan Keperluan:
Tepung gandum
Minyak sawit
Pes pandan
Esen pisang
Air
(apa-apa perisa boleh digunakan mengikut kesukaan korang. Sukatan bahan juga korang boleh ubah sendiri)
TUTORIAL 1
Masukkan kira-kira 200 gm tepung gandum ke dalam bekas bancuhan.
TUTORIAL 2
Masukkan air minuman atau air kolam (elakkan penggunaan air paip kerana mengandungi klorin).
TUTORIAL 3
Bancuh adunan sama seperti menghasilkan adunan untuk lempeng.
TUTORIAL 4
Campurkan esen pisang yang telah dilarutkan dengan air.
TUTORIAL 5
Tambahkan 3 tutup pes pandan.
TUTORIAL 6
Bancuhan campuran yang dimasukkan sehingga sebati dan sekata.
TUTORIAL 7
Tambahkan lagi tepung gandum bagi menghasilkan doh yang sesuai.
TUTORIAL 8
Doh yang sesuai tidak terlalu keras dan melekit.
TUTORIAL 9
Tuangkan minyak sawit ke atas doh (tak perlu digaul sekata).
TUTORIAL 10
Lekatkan jajan atau keropok jagung yang sudah lemau pada mata kail.
TUTORIAL 11
Ambil seketul kecil doh dan balutkan pada mata kail yang dilekatkan jajan.
TUTORIAL 12
Lilit dan tekan doh secara memanjang pada mata kail.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...