Tidak dapat disangkal lagi pemancing kolam air tawar merupakan seseorang yang kreatif dan inovatif dalam menghasilkan umpan memancing buat sendiri. Sebagai contoh, penghasilan minyak pandan wangi ini. Hanya berbekal bahan asas iaitu minyak masak yang dicampur dengan beberapa bahan bau-bauan, ia sudah boleh dijadikan bahan utama umpan memancing.
Bahan-bahan keperluan:
Minyak masak – (1 paket / 1kg)
Daun Pandan – (10 helai diracik halus)
Kulit kayu manis – (2 batang)
Cara Proses:
Ads
Masukkan 1 paket minyak masak ke dalam periuk di atas dapur.
Kemudian masukkan kesemua daun pandan yang telah diracik halus serta 2 batang kulit kayu manis.
Hidupkan api dan panaskan dengan menggunakan api paling kecil sehingga minyak menggelegak atau mendidih.
Ads
Setelah minyak mendidih biarkan sehingga sejuk dan kemudian keluarkan kulit kayu manis.
Masukkannya ke dalam bekas pengisar dam kisar minyak dan daun pandan hingga menjadi halus.
Tapis atau perah bagi mengambil minyak sahaja. Untuk hasil tapisan yang sempurna, gunalah penapis teh kain yang biasa digunakan di kedai-kedai mamak.
Ads
Kegunaan minyak pandan wangi
Ia merupakan minyak terbaik untuk menghasilkan umpan tepung (campuran minyak dan tepung gandum).
Bagi kaki rohu pula bolehlah campurkan sedikit minyak ini pada roti atau pellet yang dicucuk pada mata kail.
(Perkongsian Oleh: Naz Damaift)
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Untuk menjerat ikan-ikan liar khususnya di lombong, umpan yang digunakan haruslah berkesan bukan saja untuk memakan umpan, bahkan lebih utama agar mendekati umpan tersebut. Pelbagai resepi dibuat dan hasil tangkapan menjadi kayu pengukur. Berikut merupakan salah satu resepi yang telah terbukti keberkesanannya.
Bahan umpan:
Dedak ayam
Dedak 929
Dedak 928
Perisa strawberi Original
Minyak belangkas
Pelet / roti dadu
Tutorial 1
Masukkan kesemua satu paket dedak ayam ke dalam bekas bancuhan.
Tutorial 2
Masukkan pula satu paket dedak 929 ke dalam bekas bancuhan.
Tutorial 3
Masukkan kira 1/3 paket dedak 928 dan gaul sekata kesemua bahan tersebut.
Tutorial 4
Masukkan kira-kira 5 penutup pes perisa strawberi dan gaul sekata.
Tutorial 5
Masukkan air sedikit dan gaul sehingga adunan boleh dikepal.
Tutorial 6
Adunan terbaik adalah adunan yang boleh dikepal dan tidak terlalu mudah berderai.
Tutorial 7
Akhir sekali barulah masukkan minyak belangkas dengan anggaran 10 penutup dan gaul adunan hingga sekata.
Tutorial 8
Guna spring 2 mata kail atau lebih dan cucukkan roti dan pelet yang telah dicampurkan minyak belangkas.
Tutorial 9
Kepalkan dedak pada spring dan selit 1 atau 2 mata kail bersama di dalam dedak tersebut.
Tutorial 10
Baling umpan ke spot yang sama beberapa kali dan ikan akan segera menjamah umpan apabila menemuinya.
Ramai yang beranggapan tidak perlu bersusah payah menyediakan umpan semata-mata untuk memancing ikan keli.
Guna saja cacing, habis cerita. Memang betul… cacing merupakan umpan universal untuk memancing ikan air tawar.
Tetapi, harus diingat juga bahawa ikan turut memiliki selera dan citarasa tersendiri. Adakala langsung ia tidak mahu buka mulut (makan), jadi perlulah ada umpan yang mampu membangkit selera makannya seperti umpan Minyak JS ini.
Bahan-Bahan:
Minyak JS
1 Paket burger ayam
3 biji telur ayam
Nestum
Cara-Cara Menghasilkannya:
Terlebih dahulu nyah bekukan burger daging ayam.
Masukkan kesemua 1 paket burger daging ayam ke dalam bekas.
Pecahkan 3 biji telur ayam, ambil telur kuning sahaja kemudian campurkan ke atas burger daging ayam dan ramas sehingga ia sebati.
Perap atau peram adunan burger daging ayam dan telur ini di dalam bekas selama 3 hari.
Cara Menggunakannya:
Ambil satu genggam adunan itu dan letak di dalam bekas berasingan.
Kemudian ambil 1 penutup botol minyak JS dan tuang ke atas adunan. Uli adunan ini hingga sekata.
Kemudian ambil segenggam atau lebih serbuk nestum dan taburkan ke atas adunan. Uli adunan sehingga memperoleh doh yang sesuai untuk dilekatkan pada mata kail.
Sebaiknya mata kail dicucukkan jajan (keropok udang) terlebih dahulu sebelum dilekatkan adunan agar adunan dapat terbentuk dengan kemas pada mata kail.
Jika dibuat perbandingan antara buah sawit segar dengan buah sawit yang telah diperam, kelah lebih memilih untuk mengambil buah sawit peram. Oleh yang demikian, sebaiknya gunalah umpan sawit peram. Tapi bagaimana nak menghasilkan sawit peram? Ini dia petua dan teknik yang kami kumpulkan sebagai perkongsian untuk anda.
Kaedah Memeram Sawit
Dapatkan buah kelapa sawit yang dah masak sebanyak mungkin. Buah sawit yang betul-betul sudah masak adalah buah yang gugur di pangkal pokok. Atau cari saja buah-buah lerai berdekatan dengan kawasan pokok.
Bungkus semua buah sawit dengan kertas surat khabar. Pastikan semua buah dapat dibungkus dengan sempurna. Selepas itulah ikat bungkusan dengan apa-apa tali bagi mengelakkan bungkusan tersebut terburai.
Seterusnya masukkan sawit yang dibungkus surat khabar itu ke dalam beg atau karung plastik yang besar dan tahan koyak. Pek plastik beras 5kg atau 10kg amat sesuai digunakan. Atau pek plastik pampers bayi pun bagus sebab tahan lasak. Bungkus dan ikat dengan ketat supaya udara tak boleh masuk.
Selepas 7 hari atau seminggu, buka ikatan dan tengok hasilnya. Lazimnya surat khabar yang membungkus sawit akan jadi basah atau lembab kerana proses pengewapan. Jadi, gantikan kertas surat khabar ini dengan kertas yang baru. Kemudian ulangi semula proses sama dan peram lagi selama seminggu.
Selepas minggu kedua, biasanya sawit sudah lembut dan sesuai untuk jadikan umpan. Tapi jika inginkan aroma sawit yang lebih dan buahnya lebih lebih lembut, boleh ulangi proses menukar kertas surat khabar dan bungkus atau peram untuk tempoh seminggu lagi.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...