Teknik jigging kini semakin tempat di kalangan kaki pancing Malaysia. Ada pelbagai teknik yang sering digunakan seperti jig cast, slow pitch jigging dan micro jigging. Meskipun teknik ini biasanya diaplikasikan di atas bot, tetapi tahukah anda teknik seperti micro jigging boleh juga diaplikasikan di rumah rakit, sangkar ikan atau kelong?
Micro jig merupakan teknik yang menggunakan kepingan besi yang mempunyai renangan seperti ikan di dalam air. Kepingan besi itu biasanya bersaiz 3-20 gram sebab itulah ia digelar micro jig.
Ads
Untuk mengaplikasikan teknik micro jig ini padanan joran dan kekili juga haruslah seimbang. Joran dari P.E 0.6 hinggalah 1.0/1.5 dengan hujungnya yang sensitif adalah yang terbaik untuk digunakan. Kekili pula yang biasa digunakan ialah bersaiz 1000 – 2500 yang dipadankan dengan tali braided 6 lb hingga 10 lb.
Untuk menggunakan teknik ini, pemancing harus tahu menggayakan micro jig anda. Saiz jig yang perlu digunakan haruslah bergantung kepada arus pada waktu itu. Jika arus agak laju, gunakanlah jig yang lebih berat dan begitulah sebaliknya.
Ads
Untuk teknik micro jig di rumah rakit atau kelong, pemancing haruslah mengetahui kawasan yang berpotensi (karang atau tukun) untuk menurunkan jig anda. Caranya mudah saja, dengan hanya melepaskan jig hingga ke dasar, dan unjun jig tersebut beberapa kali (2-3 kali).
Ads
Dan kemudian gulung sedikit dan mainkan kembali jig itu. Selepas beberapa gulungan, jika tiada sambaran, lepaskan kembali jig itu ke dasar dan ulang semula permainan jig berkenaan. Jika kena pada tempat dan waktunya, pasti ada sambaran yang anda dapat. Selamat mencuba!!!
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Nak mancing udang galah pun kena belajar ke? Iya… udang galah bukan dipancing kerana kekuatannya melawan apabila tertusuk mata kail. Sebaliknya ada keseronokan tersendiri yang hanya boleh dirasai oleh penggemarnya. Lebih-lebih kalau dapat udang galah bersaiz besar atau jenggo.
Namun, untuk merasai peluang keseronokan sorong tarik dengan jenggo ni bukanlah mudah. Sedikit sebanyak korang perlu belajar bagaimana nak memancing udang galah.
Fahami Sifat & Tabiat Udang
Udang galah dikelaskan sebagai haiwan omnivor yang boleh makan apa sahaja di hadapannya. Bagi memudahkan kita untuk mengesan udang galah, seeloknya gunakan umpan berbau. Jika di kawasan air jernih, udang galah sangat peka dan agak sukar untuk ditangkap melainkan jika dipancing pada waktu malam atau di lokasi yang didominasi haiwan ini.
Ketahui Jenis Umpan
Umpan yang selalu digunakan untuk memancing udang galah adalah perumpun. Antara perumpun yang digunakan adalah jenis sarang, bakau, pantai, dan nipah. Cacing tanah atau anak udang sebagai umpan juga digalakkan. Isi kerang, remis, dan isi ikan juga selalu dijadikan umpan untuk memperdayakan sang udang galah.
Teknik Mengumpan
Sebenarnya tidak sukar untuk mengumpan udang galah kerana spesies ini tidak cerewet. Udang galah boleh makan ikan longkang sama ada ia mati atau hidup. Ada pilihan lain seperti jantung atau hati ayam tetapi lebih sesuai digunakan jika anda memancing di kolam.
Jangan pasang umpan yang terlalu besar pada mata kail kerana ia akan melambatkan udang galah untuk menelan mata. Sebaiknya sediakan umpan yang sepadan dengan mata kail yang digunakan. Saiz mata kail udang dan jenisnya bergantung pada batang pancing.
Waktu Sesuai
Kebanyakan kaki pancing suka untuk memancing udang galah kerana ia tidak bermusim. Tapi waktu terbaik untuk mendapatkan udang galah adalah pada musim kering (tiada hujan sebelumnya).
Selain itu, menghendap udang galah pada waktu malam juga lebih mudah. Kesimpulannya, udang galah tidak bermusim. Bila-bila masa pun ada! Cuma mungkin kurang sedikit di muara sungai selepas musim hujan atau ketika muara sungai tawar airnya.
Ketahui Lubuk Udang Galah
Seandainya anda memilih kawasan pendalaman seperti hulu sungai atau bekas lombong lama, eloklah ambil berat tentang soal keselamatan. Tempat yang tidak dikenali seperti itu biasanya berbahaya. Jika anda anda terdengar cerita tidak ‘elok’ tentang lokasi itu, tak perlulah menempah bahaya unuk ke sana.
Jika anda mahu mencari udang di muara sungai, biasanya udang galah akan banyak selepas beberapa hari turunnya hujan di tempat itu. Bila hujan, airnya akan keluar ke laut melalui sungai.
Haaa… Air inilah yang membawa udang galah bersama. Pada waktu ini, udang galah akan banyak di kawasan muara sungai. Udang galah akan mudik semula ke hulu sungai apabila air di muara sungai kembali payau atau masin.
Peralatan Memancing Udang Galah
Apa-apa saja joran yang dilabel sebagai joran udang galah boleh dipakai. Kekili pula biarlah sepadan dengan joran. Sebaiknya guna kekili kecil dengan siri 500 – 2000 sahaja. Tali utama sebaiknya tali sulam berkuatan 10-15lb sahaja.
Lagi halus lagi bagus bagi membelah arus. Perambut yang dicadangkan adalah yang menggunakan tangsi 6-12 paun. Ia sudah memadai untuk menampung berat atau kudrat udang.
Kebiasaannya, berat udang galah dalam lingkungan 50-500gm sahaja. Gunakan mata kail nombor 2 hingga mata kail nombor 6 kerana saiz ini paling sesuai. Sementara batu ladung pula bergantung kepada arus. Lazimnya batu hidup saiz 4-6 menjadi pilihan ramai pemburu udang galah.
Dengan harga joran kian mencanak naik, ditambah pula dengan sikap malas nak menjaganya, pasti joran tak dapat nak diguna untuk dipakai lama. Jadi pemancing semua, apa kaedah yang anda gunakan untuk memastikan kualiti joran kalian sentiasa dalam keadaan tip top?
Berikut adalah tip asas untuk menjaga joran anda, mungkinkah anda menggunakan cara yang berbeza?
Bersih & Cuci
Bersihkan joran sebelum disimpan. Sesetengah kaki pancing suka bertangguh untuk membersihkan joran. Sekiranya anda memancing di air masin, membersihkan joran dengan air tawar dan menggunakan sabun adalah paling utama bagi menjamin ketahanan joran. Terutamanya bahagian guide atau cincin joran. Bahagian ini paling mudah bergaram sekaligus mereputkannya.
Sebelum menyimpan joran anda, pastikan ia sudah dikeringkan sepenuhnya. Gunakan kain bersih untuk mengelap joran selepas dibersihkan. Sebaiknya juga ia dibiarkan kering dalam suhu bilik sebelum ia disimpan di dalam almari atau sarung khas.
Fungus & Pembentukkan Garam
Sapukan minyak pada cincin dan lapkan lebihan minyak. Sekiranya tak mampu nak beli minyak yang mahal-mahal, guna minyak Singer pun boleh. Minyak memainkan sedikit peranan bagi menghalang pembentukan garam atau dijangkiti fungus.
Cara Penyimpanan Joran
Dapatkan beg atau rak khas untuk menyimpan joran atau letakkan joran anda di tempat simpanan yang sepatutnya. Jangan sesekali menyandarkan joran secara condong pada dinding kerana ia akan menyebabkan joran melengkung.
Jauhi Panas Terik Matahari
Jika mahu menyimpan joran, pastikan ia tidak terkena panas secara langsung dan bahang panas seperti meletakkannya di dalam kenderaan. Suhu panas berbahang boleh merosakkan joran anda terutamanya joran jenis grafit.
Tidaklah sukar untuk membezakan belida bintik kerana profil bintik hitam bulat pada badannya. Namun, ikan selat yang merupakan spesies terkecil dalam keluarga belida ini sedikit mengelirukan dan ramai yang menyangka ia adalah belida sungai juvenil.
Mari kita lihat profil dan taksonomi ketiga-tiga spesies dalam famili Notopteridae tetapi berbeza genus.
Sebagaimana yang telah diketahui belida atau nama umumnya featherback atau giant featherback merupakan ikan air tawar dengan nama saintifiknya Notopterus lopis. Ia dikenali pasti sebagai ikan asal negara kita yang boleh ditemui di sungai dan tasik utama.
Taksonomi
Kingdom: Animalia
Phylum: Chordata
Class: Actinopterygii
Order: Osteoglossiformes
Family: Notopteridae
Genus: Chitala
Species: C. lopis
Binomial name: Chitala lopis (Bleeker, 1851)
Belida Bintik
Berbeza dengan belida bintik, spesies yang hampir sama dengan ikan belida ini mempunyai tompokan atau bintik (spotted) hitam pada badannya sementara belida mempunyai warna perak keseluruhan badannya.
Nama saintifik bagi belida bintik ialah Notopterus chitala yang juga dikenali sebagai spotted featherback. Ia dipercayai bukanlah ikan asal negara kita sebaliknya diperkenalkan untuk tujuan akuakultur.
Taksonomi
Kingdom: Animalia
Phylum: Chordata
Class: Actinopterygii
Order: Osteoglossiformes
Family: Notopteridae
Genus: Notopterus
Species: N. chitala
Binomial name: Notopterus chitala ( J. E. Gray, 1831)
Belida Selat (Selat)
Lain pula halnya dengan ikan selat. Ikan selat mempunyai warna badan sekata seperti belida namun ia tidak mampu membesar sehingga besar maksimum ikan belida lainnya. Nama binomial ikan selat pula ialah Notopterus notopterus.
Spesies belida terkecil dalam family Notopteridae ini mudah ditemui dalam kepelbagaian habitat dan perairan negara. Ia bukanlah spesies buruan pemancing sukan sebagaimana ikan belida sungai dan belida bintik.
Kesimpulannya, perbezaan antara ketiga-tiga spesies ini boleh dilihat pada corak badan serta saiz maksimum ikan ini. Begitu pun, kesemua spesies ini datang daripada keluarga yang sama iaitu Notopteridae.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...