Budak Sekolah Rendah Daratkan Patin Mekong 20kg

Share

 

Percaya atau tidak, berat ikan yang mendahului senarai datangnya dari kategori TUNAS, bukannya dari kategori dewasa. Nur Alieya Nafiesha Aman Huri berjaya strike dan ikan patin Mekong seberat 20.26kg.

 

 

Menurut bapa Nur Alieya iaitu Amanhuri Hassan, dia sangat seronok dan bangga dengan kehebatan anaknya yang berjaya mendaratkan patin Mekong kerana sebelum ini dia selalu strike patin.

 

“Saya tengok dia seronok betul sebab dah lama berhajat nak strike patin patin Mekong dan sudah banyak kali daratkan Patin”, ujarnya.

 

 

Pertandingan pemancing Kolam Battle anjuran Kelab Pemancing Wanita Malaysia (WAC) ini diadakan di Kolam Pancing Seksyen 24 Shah Alam, yang mana ia menghimpunkan seramai 122 Lady Angler

serta 16 Tunas (Kategori Kanak-Kanak) dari seluruh negara.

 

 

Bagi kategori Dewasa, mendahului senarai ialah Suziana Mohamad (patin – 11.60kg) diikuti Rohida Abd Rahman (patin 11.60kg) & tempat ketiga disandang oleh Rosnani Abu@Saad (patin 6.63kg).

 

  

 

Kategori Tunas tidak kurang hebatnya kerana rekod berat strike yang dicatatkan melebihi hasil tangkapan kategori dewasa kerana pemenang tempat Kedua seberat 10.04kg milik  Nur Aleeya Natasha Aris.

 

 

“Mula-mula saya risau takut dia menangis tapi bila tengok semangat dia saya rasa bangga sebab sebelum ini pun dia pernah daratkan siakap seberat 3kg”, kata bapanya.

 

IKLAN