1 bekas taufufa kosong (banyak terjual di pasar malam)
1/2 paket yis segera
Ads
1 biji kelapa tua (diparut)
Cara-cara pembuatan:
(Semua bahan-bahan ini boleh dimasukkan ke dalam mesin pengisar tanpa perlu mengikut aturan atau kuantiti. Yang penting kesemua bahan dikisar halus sehingga sama ada dikisar sekaligus ataupun diulang sehingga habis.)
Ads
Tempe dipotong kecil kemudian dimasukkan ke dalam bekas pengisar. Kemudian masukkan bahan-bahan lain dan sebaiknya setiap kali mengisar terdapat kesemua bahan.
Setelah kesemua bahan dikisar sehalus yang mungkin, masukkan sos ke dalam bekas seperti botol sehingga 3/4 penuh.
Ads
Sos ini perlu diperam bagi menjalani proses penapaian sekurang-kurangnya 5 hari sebelum boleh digunakan. Dalam proses penapaian ini gas akan terhasil yang boleh menyebabkan letusan berlaku sekiranya ia disimpan di dalam bekas bertutup dan akan melimpah keluar jika kuantiti terlalu padat di dalam bekas simpanan.
Sos umpan ini amat sesuai digunakan bersama roti. Pada waktu ia digunakan nanti boleh ditambah sedikit perisa seperti pandan atau strawberi bergantung selera ikan di mana-mana kolam pancing.
(Oleh: Naz Damai)
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ikan tengas merupakan penghuni utama di sungai-sungai banjaran pergunungan. Hidupnya memerlukan air yang sejuk, kepekatan oksigen yang tinggi malah menggemari sungai berjeram.
Baginya, menyusur sambil diam setempat dalam arus deras bukanlah perkara sukar. Tabiat ini menjadikannya sangat bertenaga.
Justeru itu ikan tengas mampu melakukan loncatan melepasi air terjun setinggi 3 meter dengan sekali lompat sahaja!
Menurut otai-otai pemburu tengas, ikan tengas yang besar tidak akan muncul ketika siang hari.
Apabila matahari terbenam, barulah makhluk ini keluar daripada tempat persembunyiannya di bawah batu-batu besar dan menyusuri kawasan cetek mencari makanan.
Sebenarnya terdapat dua jenis tengas yang dipanggil oleh orang Melayu. Yang paling kecil, Acrossocheilus deauratus yang turut dinamakan ikan daun atau ikan batu.
Biasanya ia membesar sehingga ke saiz tapak tangan sahaja, berwarna perak kehijauan, dan boleh dilihat bergerak berkumpulan dalam air tenang dan berpasir dalam anak-anak sungai.
Tengas yang sebenar iaitu kejor biasanya bersembunyi dan mendiami lubuk dalam atau jeram yang deras.
Apabila memancing tengas, kita perlu banyak mengendap iaitu bergerak senyap, perlahan dan menyamarkan diri dengan persekitaran.
Kaedah mengendap ini sebenarnya lebih penting berbanding pemilihan umpan. Tengas hidup dalam persekitaran yang terdapat makanan mengalir laju mengikut air, jadi spesies ini tidak begitu memilih makanan.
Walau apapun umpan terbaik yang digunakan, tengas tidak akan menyentuhnya sekiranya ia dapat melihat anda.
Jadi, anda perlu berpakaian hijau, berselindung di sebalik batu atau pokok ataupun duduk di bawah bayangan sekiranya mahu mengendap tengas.
Berkenaan dengan umpan pula, tengas menggemari pelbagai umpan termasuklah palet, biskut (campur sedikit kunyit sebagai pewarna) dan juga roti canai!
Belalang, cengkerik, cacing dan lundi pasir juga merupakan kegemarannya lebih-lebih lagi dalam air keruh. Walau bagaimanapun, umpan terbaik apabila air keruh ialah perut ayam.
Kelah merupakan sejenis ikan yang amat liar dan sensitif kepada persekitarannya.
Ia mudah takut dan cabut lari dengan pantas sekiranya ternampak gerakan bayangan.
Jadi, anda perlu bergerak serendah mungkin dan gunakan pakaian yang boleh menyamari alam persekitaran seperti warna hijau atau biru gelap.
Jangan timbulkan sebarang gangguan atau bunyi yang tidak diingini seperti mengharung air ataupun terlalu kerap melontar umpan.
Sekilas pergerakan joran juga boleh memeranjatkannya. Jadi, cuba bergerak di bawah bayangan pokok.
Persembahan Umpan
Lontarkan umpan ke sudut yang anda fikir kelah berada. Nampak senang bukan? Tetapi sebenarnya ia tidak semudah yang disangka.
Kelah sentiasa bergerak bergantung kepada masa dan yang pelik, tabiatnya berbeza di antara satu sungai dengan sungai yang lain!
Mempelajari tabiat kelah akan memakan masa beberapa hari.
Jadi, jangan sangka begitu mudah untuk mendapatkan walau seekor kelah pada kali pertama memancingnya kecuali sekiranya anda pergi bersama dengan pemancing kelah yang berpengalaman di sungai tersebut.
Dan anda pasti mengalami pengalaman pahit yang pemah dialaminya.
Realiti Umpan
Gunakan umpan yang kelah biasa makan tetapi bukan mudah untuk memilih yang terbaik.
Makanan semula jadi kelah ialah buah-buahan hutan asli seperti buah neram, maris, ara, perah, jambu air dan buah mata lembu.
Jika terdapat salah satu musim buah tersebut, kelah hanya memakan sejenis buah sahaja dan tidak akan memakan benda lain.
Jadi, anda perlu menyampaikan umpan buah tersebut mengikut keadaan semula jadi kalau tidak lebih baik balik ke rumah.
Jika bukan musim buah tersebut, anda akan berpeluang menggunakan umpan yang lain.
Yang penting, bawa umpan dalam jumlah yang banyak kerana anda perlu merangsang kelah terlebih dahulu supaya biasa dengan umpan tersebut, dengan cara menabur umpan ke lubuk berkenaan selama satu atau dua hari.
Antara umpan kegemarannya ialah ubi kayu, kelapa sawit dan biji getah yang dibakar.
Sekarang ini, buah kelapa sawit merupakan umpan yang paling popular kerana mudah didapati dengan banyak serta berbau kuat dan sangat berkesan walaupun dalam air yang keruh.
(Sumber: Aznir malik)
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...