Fungsi kekili pada asasnya sama dalam pancingan iaitu ditugaskan untuk membantu pemancing mendaratkan ikan. Namun begitu, rekaan jenis kekili sudah pasti direka untuk pengkhususan tertentu.
Dalam soalan ini, kekili baitcaster sememangnya direka untuk padanan set khusus untuk teknik pancingan mengilat atau casting dengan memberi kelebihan ketika masa lontaran,
ketepatan, penggayaan gewang serta lain-lain lagi yang sememangnya diperlukan dalam teknik casting.
Sebaliknya, kekili spinning pula lebih sesuai untuk teknik bottom kerana keupayaan selain tidak terlalu teknikal.
Begitu pun, terdapat juga padanan set kekili spinning lebih digemari untuk dibuat set casting terutama ultralight fishing dek kerana keupayaan membuat lontaran menggunakan gewang mikro atau umpan tiruan yang ringan.
Secara kasarnya, kekili spinning lebih mudah digunakan manakala pengendalian kekili baitcaster pula lebih teknikal.
Adapun, lebih baik menggunakan pilihan kekili anda dengan teknik yang dikhususkan untuk ketahanan jangka masa panjang.
Contohnya, boleh sahaja menggunakan set baitcasting untuk bottom fishing, namun tidak praktikal dan risiko kerosakan mungkin berlaku sama ada pada kekili atau backbone rod anda.
Ketika pertama kali tiba di sini, penulis melihat cukup ramai pemancing memenuhi lubuk di tepi sungai dengan berbekalkan joran masing-masing. Di Gerik, memancing tenggalan boleh dikatakan bermusim dan spesies ini turut menjadi antara spesies kegilaan pemancing di Sungai Perak.
Sebelum ke sini, rakan penulis telah mencuba ‘riki’ tenggalan di sini selama 3 minggu berturut-turut. Menurutnya, dalam tempoh itu, hanya sekali dia pulang hampa dengan tangan kosong. Setelah berkira-kira, kami berpendapat kemungkinan mendaratkan tenggalan masih tinggi.
Namun hari pertama, kami pulang dengan tangan kosong. Keadaan arus sungai yang deras membawa sampah dan daun-daun kering agak mengecewakan. Umpan yang dibaling hanya mendaratkan sampah apabila dikarau.
Menurut pemancing di sini, sampah yang dibawa arus menyebabkan umpan menjadi tersorok antara kemungkinan yang menyebabkan kami ‘kumpau’ sampai ke pagi. Menurut Pak Andak, seorang pemancing tegar yang ditemui, arus deras disebabkan berkemungkinan daripada pelepasan air di empangan sekitar sini.
Hari kedua, kami mencuba lubuk berlainan memandangkan arus sungai masih tidak berubah. Selepas Asar, kami meneruskan misi tenggalan di Gerik ini. Keadaan tidak banyak berubah berbanding semalam, dari petang hingga ke malam langsung membawa ke pagi masih hampa.
Sekitar jam 7.00 pagi, barulah kami dikejutkan dengan lenturan hujung joran. Bergegas rakan penulis menyentap dan berjaya menaikkan tenggalan pertama. Selepas itu, barulah agak galak ikan menjamah umpan. Dah extra time barulah ikan di sini sudi menjamah umpan.
Pak Andak yang tiba pagi tersebut turut tidak ketinggalan menaikkan tenggalan bersaiz sekitar 600 gram. Menurut Pak Andak, saiz tenggalan yang lebih besar sudah sukar diperolehi dengan mata pancing sekarang.
Beberapa pemancing lain yang melabuhkan pancing sekitar kami juga turut berjaya mendaratkan spesies tenggalan. Namun saiznya tiada yang bersaiz lebar dua tapak tangan seperti yang diidamkan. Cuma kateh saja.
Istilah kateh digunakan oleh pemancing di sini bagi merujuk kepada tenggalan juvenil atau tenggalan yang bersaiz kecil. Istilah ‘kateh’ terhapus apabila saiz tenggalan tersebut mencapai saiz ‘secekak’ iaitu mampu dicekak oleh tangan orang dewasa.
Penggunaan Rod yang sesuai adalah dari 12 kaki ke atas. Tujuan penggunaan rod surf casting bersaiz 12 kaki ke atas adalah spot balingan dan jatuhan Jaring Ketam Drone yang agak jauh dari pantai.
Sebaik-baiknya jika di pantai terdapat jeti atau batu-batu pemecah ombak, ia memberikan advantage bagi para pemancing ketam untuk membuat lontaran lebih jauh dari kawasan pantai dan berpotensi untuk mendapatkan ketam yang lebih bersaiz besar dan banyak.
Bagi pemancing di atas rumah rakit, kelong atau jeti, pilihan rod terpulang kepada pemancing sama ada mahu menggunakan rod surf cast 12 hingga 15 kaki atau rod bersaiz 6 hingga 10 kaki (mengikut kesesuaian tempat).
Sebaiknya survey dahulu jadual air kecil atau jadual air pasang berarus perlahan kerana jaring Ketam Drone ini disebabkan apabila jaring berada di dalam dasar air masin ia akan mengembang dengan baik.
Air pasang besar amat tidak sesuai digunakan semasa berada di atas rumah rakit, kelong atau jeti kerana arus air yang kuat serta laju akan menghanyutkan jaring tersebut biar pun batu ladung yang besar digunakan sebagai pemberat namun akan menyebabkan jaring tidak betul-betul berada di dasar air laut.
Saiz batu ladung yang disyorkan bagi pemancing di pantai adalah bersaiz 6 begitu juga jika berada di atas rumah rakit, kelong atau jeti bergantung pada arus air.
Umpan yang disyorkan adalah ikan sardin atau Selayang. Umpan tersebut tidak semestinya segar sebaiknya pilihlah ikan yang agak lama sedikit atau mendapati perutnya hampir pecah ini kerana ketam amat tertarik pada umpan yang agak lama dan sedikit berbau hanyir ikan dan saiznya tidak perlu terlalu besar. Selain itu umpan kulit ayam juga boleh digunakan untuk memancing ketam.
Semasa umpan mula dikutis oleh ketam, di hujung rod akan berlaku sedikit pergerakan naik dan turun (terhangguk-hangguk) seperti memancing udang galah.
Perkara utama sebelum mula menarik jaring dari dasar, biarkan dahulu jaring tersebut dikutis ketam selama 4 ke 5 minit tujuannya adalah bagi memastikan ketam telah mula terperangkap di jaring dan jika anda menariknya dengan cepat, besar kemungkinan ketam tersebut boleh terlepas dari perangkap jaring.
Drag spinning reel haruslah dalam keadaan sedikit longgar, ini kerana jaring tersebut bila-bila masa sahaja ikan akan masuk perangkap jaring, dibimbangi ikan besar yang masuk perangkap Jaring Ketam Drone.
Jadi sentiasa berhati-hati jika drag spinning reel terlalu ketat peratusan rod terbang masuk ke dalam air.
Umpan harus dipantau selalu, andai terlalu lama umpan di dalam air kemungkinan besar umpan hanya tinggal tulang saja dan jangan sama sekali memancing ketam di kawasan berbatu kerana jaring ini mudah sangkut pada batu-batu karang di dalam laut dan juga bahaya pada keselamatan diri anda.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...