Lazimnya pesisir pantai berbatu dan dan berkarang merupakan kawasan tarikan ikan sekaligus menjadi spot yang berpotensi untuk memancing. Ramai pemancing berjaya menjinakkan ikan berkualiti tetapi juga paling kerap kail tersangkut. Batu atau karang di situ menjadi kegemaran ikan berlindung dan memburu mangsa.

 

Namun begitu, ia mendatangkan masalah kepada pemancing lebih-lebih lagi jika kita memancing dari tebing atau pantai. Masalah sangkut adalah lumrah di kawasan sebegini lebih-lebih lagi jika memancing dasar.

 

Buat Macam Ni Untuk Atasi Ladung Tersangkut

 

Ia hampir tidak dapat dielakkan sepenuhnya jika kawasan batu itu ada karang dan teritip. Walaupun tiada jalan penyelesaian mutlak, pemancing boleh mengamalkan beberapa teknik bagi menewaskan ikan batu karang.

IKLAN

 

Gunakan teknik pancing apollo di mana ladung diikat pada bahagian bawah sekali. Jika tidak mahu kehilangan ikan, tangsi yang diikat pada ladung mesti lebih halus daripada perambut untuk mata kail dan tali utama. Oleh kerana ladung mencecah dasar, peluang untuk ia sangkut adalah tinggi.

 

Buat Macam Ni Untuk Atasi Ladung Tersangkut

 

IKLAN

Jika tersangkut, pemancing masih boleh menyelamatkan kail dan ikan kerana tali lebih halus bagi mengikat ladung, akan putus terlebih dulu. Berikutan harga ladung semakin mahal, guna bahan lain seperti batu dan skru terbuang sebagai ganti.

 

Teknik tanpa pemberat (layang/hanyut) juga sesuai jika kawasan itu lemah arusnya atau arus menolak ke arah laut. Umpan seperti isi ikan dipasang terus hingga menutupi seluruh mata kail dan di lontar ke sasaran. Umpan akan mengambil masa untuk sampai ke dasar.

 

Buat Macam Ni Untuk Atasi Ladung Tersangkut

IKLAN

 

Ketika menjunam, umpan menjadi sasaran ikan dan pemancing perlu mengarau tali jika ada tanda sambaran yang biasanya berlaku pertengahan air dan kawasan di mana kadar sangkut mata kail adalah minimum.

 

Teknik menggunakan pelampung memerlukan pemancing bijak menentukan kedalaman air setempat. Untuk teknik ini jika umpan dapat dilabuhkan kira-kira 0.5 hingga 2 meter dari dasar potensi sambaran adalah tinggi. Jika terlalu rendah atau jauh ke dasar kemungkinan sangkut pada karang.

 

Buat Macam Ni Untuk Atasi Ladung Tersangkut

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI