Jangan tak percaya apabila diberitahu bahawa buah pokok lakum boleh dijadikan umpan memancing terutamanya bagi memikat ikat baung sungai.

Agak pelik juga ikan baung yang banyak dipancing menggunakan umpan tapa yang berbau busuk ini turut gemar memakan buah yang bersifat masam.

 

Pokok lakum merupakan sejenis tumbuhan menjalar yang mudah dijumpai di belukar di negara kita terutamanya kawasan tepi sungai.

Daunnya yang muda berwarna putih di bahagian bawahnya.Bahagian yang putih ini akan bertukar warna menjadi coklat keperangan setelah agak tua.

Daunnya mempunyai bahagian tepi yang bergerigis. Lakum merupakan antara tumbuhan liar yang mempunyai khasiat perubatan yang tinggi.

 

IKLAN
Buah Lakum Umpan Pancing Baung Sungai ©
Pokok menjalar menghias pagar rumah

 

Bahagian yang digunakan untuk perubatan ialah daun dan ubinya. Lakum digunakan untuk rawatan wanita selepas bersalin.

Ia juga digunakan untuk mengubati bisul yang tidak mempunyai mata.Untuk rawatan selepas bersalin, beberapa helai daun lakum yang telah dikeringkan direbus, dan airnya yang telah suam diminum setiap hari.

 

IKLAN

Proses pengeringan daun lakum yang hendak digunakan dalam perubatan perlu dilakukan ditempat teduh dan bukannya secara terus kepada cahaya matahari.

Ubi lakum digunakan untuk merawat bisul dengan cara mengasah ubi tersebut pada buntut pasu dan campurkan dengan air dan disapu pada bahagian yang sakit dan dibiarkan kering.

 

Selain daripada khasiat perubatan, buah lakum yang berwarna hitam juga merupakan umpan pancing yang paling digemari oleh spesies ikan sungai terutamanya ikan baung.

IKLAN

 

Buah Lakum Umpan Pancing Baung Sungai ©

 

 

Tips Menggunakan Umpan Buah Lakum

 

  • Pilih buah lakum yang masak ranum yang lazimnya berwarna ungu kehitaman.
  • Cucuk lima hingga sepuluh biji buah lakum pada mata kail dan perambut seperti sate.
  • Cuci tangan dengan air selepas menggunakan buah lakum kerana dikatakan getah atau air buah lakum ini boleh menyebabkan kegatalan.

Buah Lakum Umpan Pancing Baung Sungai ©

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI