Bot Dari Pulau Perhentian Bawa 15 Pelajar UKM Hilang Kawalan Dan Terbalik
8 Ogos – Seorang Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), meninggal dunia selepas bot yang dinaiki terbalik dalam kejadian 12.15 tengahari tadi.
Mangsa, Nurnasibah Ibrahim, 21 tahun, berasal dari Kampung Alor Pasir, Kota Bharu, Kelantan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Besut, Supritenden Mohd Zamri Mohd Rowi ketika dihubungi berkata, bot dinaiki pelajar dipercayai hilang kawalan selepas dipukul ombak lalu terbalik pada jarak 1 kilometer dari Jeti Kuala Besut.
Ads
Bot berkenaan membawa 15 ahli MPP dalam perjalanan pulang dari Pulau Perhentian.
Ads
Dipercayai kesemua 60 ahli MPP daripada 20 universiti seluruh negara ke Pulau Perhentian bagi mengikuti Program Kepimpinan Pelajar sejak semalam. Sebelum ini kesemua mereka berada di Universiti Malaysia Kelantan.
Ads
5 pelajar lain cedera ringan, seorang patah tangan manakala selebihnya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Kolam Memancing Alang Saleh yang terletak di Rantau, Negeri Sembilan adalah antara kolam air tawar yang menjadi tumpuan kaki pancing terutamanya dari sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan. Jarak pemanduan dari Kuala Lumpur juga tidak jauh hanya memakan masa lebih kurang 45 minit melalui lebuh raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan serta lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS).
Secara umumnya, kolam ini mengenakan bayaran masuk serendah RM10 untuk 3 jam (boleh rujuk yuran terkini dengan pihak kolam) dan pemancing boleh memancing di kolam utama berhampiran dengan kaunter pembayaran. Manakala sebuah lagi kolam di bahagian belakang dikhaskan bagi pancingan tangkap dan Lepas (C&R) dengan kadar bayaran RM20 untuk setiap pemancing tanpa sebarang had masa.
Bagi sesetengah pemancing pasti akan berpersepsi ‘apa kelas main ikan asrama’. Ada juga yang beranggapan bahawa ikan kolam komersial tidak memberi tentangan yang diharapkan. Namun, sekiranya kena dengan kolamnya pasti tanggapan anda akan berubah sama sekali. Salah satu kolam yang saya maksudkan tentulah di kolam Alang Saleh ini sendiri. Tidak keterlaluan saya katakan bahawa ikan-ikan di kolam ini memang kuat tentangannya.
Semasa kunjungan kami ke sini, kami menyasarkan untuk mengilat ikan pacu sebagai target utama kerana pada kunjungan beberapa rakan sebelumnya, pacu di sini begitu ramah meragut gewang dan saiznya begitu mengujakan.
Kami tiba seawal jam 8.00 pagi dan terus memulakan sesi mengilat. Pada pengamatan kami, banyak ikan yang aktif bermain di permukaan air pada waktu ini. Balingan demi balingan dilakukan, pelbagai gewang telah dicuba namun tiada sebarang sambaran diperolehi selama hampir 2 jam. Akhirnya, kami mengambil keputusan untuk menukar strategi.
Mujurlah saya ada membawa 3 buku roti putih yang pada asalnya untuk dijadikan alas perut kami namun bertukar menjadi ‘insurans untuk mendapatkan strike’.
Memandangkan kami tidak membawa sebarang peralatan untuk membottom dan ikan pula masih lagi terus aktif bermain di permukaan air, kami mengambil keputusan untuk mengapungkan roti dengan mengepalnya pada popper yang berperanan sebagai pelampung.
Perubahan taktik membuahkan hasil kerana kami berjaya mendapat sambaran demi sambaran. Patin yang banyak mendominasi tangkapan kami. Perlawanannya begitu menghiburkan dan mendebarkan.
Pacu yang menjadi sasaran juga dapat didaratkan dengan saiz yang begitu mengujakan. Kami berpuas hati kerana masing-masing dapat merasai tarikan padu penghuni kolam pada kunjungan kali ini.
Tidak kira di mana sahaja lokasi kita memancing, keseronokan utamanya adalah dapat menjalankan aktiviti yang sihat bersama rakan-rakan yang berkongsi minat yang sama. Sekiranya memperoleh sambaran itu adalah bonus yang sememangnya diidam-idamkan setiap pemancing.
Hargailah lapangan pancingan kita tidak kiralah sama ada di kolam-kolam komersial mahu pun di lombong, tasik, sungai mahu pun muara dengan sentiasa menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah merata-rata demi keselesaan bersama.
Sama-samalah kita mendisiplinkan diri dengan mematuhi etika pemancing demi menjamin alam sekitar dan perairan awam terpelihara. Dalam masa yang sama, hak pemancing lain perlulah kita hormati.
Tanamkan inisiatif bagi membangunkan sukan memancing serta meningkatkan ilmu sambil menyebarkan pengetahuan yang ada dalam diri kita agar dapat dikongsi bersama.
2 Botol (saiz sederhana) perisa strawberi Original
1 Botol (saiz sederhana) perisa durian Original
1 Botol kosong (500 ml) untuk campuran umpan.
CARA PENYEDIAAN:
Sediakan sebuah bekas atau botol minuman kosong saiz 500 ml. Tuangkan 2 botol perisa strawberi ke dalam botol kosong ini. Kemudian tuangkan pula 1 botol perisa durian ke dalam botol tersebut.
Goncang botol campuran perisa strawberi dan durian sehingga campurannya sebati. Sebaiknya biarkan 10 hingga 15 minit umpan ini sebati sebelum digunakan.
NOTA:
Umpan strawberi durian ini boleh digunakan bersama apa saja roti sandwic, roti kentang, serbuk roti, dedak dan juga palet. Untuk ujian ini palet 920 menjadi pilihan dan digunakan dengan teknik perambut dua mata kail.
CARA PENGGUNAAN UMPAN:
Rendam dan tos dengan segera 1 kg palet di dalam bekas bancuhan umpan. Biarkan seketika sehingga palet menjadi lembut.
Tuangkan umpan strawberi durian (anggaran 10-15 penutup botol) ke atas palet dan goncang hingga sekata. Biarkan seketika sehingga umpan meresap pada palet.
Cucuk jajan atau keropok jagung pada mata kail. Kemudian kepal palet kira-kira segenggam pada kedua-dua mata kail dan pastikan mata kail tergantung kemas di tengah-tengah kepalan palet.
Antara lain kelebihan aktiviti memancing berbanding dengan hobi lain, ia bersifat menyatukan.
Melalui sesi atau trip memancing ia dapat menyatukan hubungan silaturahim tanpa mengira usia mahu pun pangkat.
Begitu jugalah dengan satu trip memancing yang saya sertai ini. Walaupun ia bukanlah satu trip memancing berstatus major atau elit tetapi melalui trip ini, ia berperanan mengerat hubungan persahabatan kami.
Meskipun bekerja di bawah satu bumbung namun disebabkan berlainan bidang tugas dan waktu kerja menyebabkan peratusan untuk bersua muka apatah lagi lepak bersama semakin mengecil.
Namun kami mempunyai hobi yang sama dan melalui hobi inilah silaturahim itu berkekalan.
Sempena cuti yang agak panjang dan kebetulan ada trip memancing di Kuantan, saya mempelawa Faiz, Fadzrul dan Fitry untuk turut serta.
Sebelum menyertai trip memancing pada keesokan harinya, kami singgah dahulu di rumah keluarga Faiz untuk sesi pancingan santai mengilat haruan.
Port atau padang pancing yang menjadi permainan kami merupakan sebuah bekas kolam ternakan ikan yang tidak lagi aktif. Kolam yang semakin cetek dan hampir dilitupi rumpai
sepenuhnya itu sudah lama terbiar dan hanya didiami spesies tegar seperti haruan dan puyu.
Tanpa banyak membuang masa sebelum senja menjelang, kami segera mengayun umpan tiruan pilihan masing-masing Hasil penggunaan umpan tiruan getah lembut atau soft
plastic, Fitry menjadi pembuka tirai dengan mendaratkan seekor haruan yang agak kasar juga saiznya.
Tidak lama kemudian Fitry sekali lagi mendaratkan haruan di spot yang sama sekali gus mendorong kami yang belum merasai sambaran mengerumuni spot tersebut.
Namun tiada lagi haruan yang berjaya dipujuk.
Di penjuru bertentang tidak lama kemudian baharulah Faiz dan Fadzrul memperoleh lesen masing-masing. Fadzrul berjaya memujuk haruan dengan menggunakan katak kayu Faiz atau jump frog sementara Faiz pula menggunakan gewang.
Manakala saya pula terus berputih mata. Hanya sekadar merasai sambaran beberapa kali namun gagal untuk mendaratkannya.
Hampir dua jam mengilat, hasilnya agak memberangsangkan juga. Terbukti kolam terbiar milik keluarga Faiz yang pernah menjadi lokasi penggambaran sebuah rancangan memancing suatu ketika dahulu masih lagi menghiburkan.
Memandangkan keluarga Faiz tidak bercadang untuk menjadikan haruan-haruan tersebut sebagai juadah maka kami lepaskan kesemuanya kembali ke kolam tersebut.
Sekiranya berpeluang suatu hari nanti kami akan kembali untuk memujuknya lagi.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...