Tinjauan saya ketika bercuti di Kelantan, kedatangan musim tengkujuh ke negeri ini sebenarnya memberi pendapatan tambahan kepada penduduk di sekitar pantai daerah jajahan Bachok.
Penduduk di sini menggunakan alat dikenali sauk ‘Y’ dan menyusuri sepanjang pantai untuk menangguk ikan belanak yang banyak terdapat di kawasan berkenaan dan dipercayai mencari makanan pada buih ombak.
Tinjauan mendapati sekumpulan penduduk tempatan mengambil peluang musim tengkujuh dengan mencari ikan belanak untuk dijadikan bekalan keluarga dan ada juga untuk dijual kepada orang ramai.
Hasil jualan ikan berkenaan membolehkan penduduk terbabit memperoleh pendapatan sampingan kira-kira RM50 sehari dengan meluangkan masa beberapa jam terutama selepas hujan melanda kawasan itu. Jika cuti umum dan hujung minggu, dianggarkan lebih 100 penduduk setempat dan penduduk luar memenuhi Pantai Bachok.
Ada sesetengah orang tidak mengetahui apa itu remis. Remis adalah sejenis moluska bercengkerang yang boleh didapati di pesisir pantai. Sama seperti yang kita selalu dengar, kerang, lala, siput sedut, mentarang, retak seribu, dan lain-lain spesies yang tergolong dalam kumpulan bercengkerang.
Ad ðŸ˜
Ketika ombak membadai pantai di situlah muncul satu lagi rezeki yang digelar remis. Bentuk badan menyerupai kerang tetapi bersaiz kecil dan cengkerangnya licin. Berwarna putih dan ada juga berwarna keperang-perangan bertaburan di permukaan pasir.
Bagi penduduk tempatan ia adalah fenomena biasa tetapi bagi pengunjung luar ianya pasti menjadi satu pesta mengutip remis ini. Aktiviti mencari remis menjadi sebahagian perkara menyeronokkan bagi masyarakat setempat dan pengunjung pantai, tetapi kepada ibu bapa yang membawa anak mereka bersama sentiasalah beringat dan menjaga keselamatan anak-anak.
Saya sendiri turut teruja dan mengikut sama menyauk remis menggunakan bekas plastik yang berlubang-lubang kecil. Remis disauk bersama pasir kemudian diayak bagi memudahkan kerja pengasingan. Remis banyak ketika waktu pagi kerana pada malam hari tiada orang yang mencari remis. Jadi siapa yang dapat dahulu dialah yang punya habuan.
Ad ðŸ˜
Salah satu tip untuk mengeluarkan pasir daripada remis ini adalah dengan merendamkannya dalam air masin (laut) semalaman. Kemudian barulah masak untuk dijadikan santapan.
Remis rasanya agak manis walaupun agak remeh sedikit untuk memakannya kerana bentuknya yang kecil. Tetapi siapa yang telah mencubanya pasti ingin lagi memakannya. Sehinggakan ia menjadi satu ketagihan.
Bagi golongan ini, sudah tentu menghadapi kesukaran untuk turun ke laut pada musim tengkujuh. Kesempatan ini mereka akan menghabiskan masa terluang dengan memperbaiki bot dan jaring. Jaring yang terkoyak tetapi masih kukuh diperbaiki manakala jaring yang reput ditukar dengan jaring yang baru.
Ad ðŸ˜
Jaring yang baru dibeli tidak boleh terus digunakan tetapi kena ditambah aksesori lain seperti tali dan pelampung. Kerja-kerja pembaikan dan pengubahsuaian jaring ini memerlukan kemahiran yang tinggi.
Calang-calang orang tidak dapat memiliki susunan simpulan tali dan jarak ikatan tali yang sama. Ada sesetengah nelayan sendiri tidak dapat kemahiran ini sebaliknya memberi upah kepada pengait jaring untuk memperbetulkan jaring mereka.
Bagi pengusaha bot memancing pula, inilah masa yang sesuai bagi kerja-kerja pembaikan bot memancing. Papan reput digantikan yang baru, enjin diservis agar dapat kuasa yang optimum, kabin di ‘upgred’ untuk keselesaan pemancing dan akhir sekali proses mengecat agar dapat kelihatan seperti baru.
Waktu ini juga tukang-tukang kayu pun akan dapat imbuhan untuk menampung saraan keluarga. Kebanyakan tukang kayu di Pantai Timur sekarang majoritinya berusia 50 tahun ke atas.
Ke manakah generasi muda?. Adakah bidang ini kurang diminati oleh golongan muda. Tepuk dada tanyalah selera. Sepatutnya seni kerja kayu ini patut diambil ilmunya dari orang lama agar tidak hilang ditelan arus pemodenan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Kami menaiki sebuah bot pancing antara yang terbesar di Kota Kinabalu yang boleh memuatkan seramai 14 kaki pancing dengan selasa. Bot besar dengan kabin berhawa dingin memudahkan kami berehat sewaktu 6 jam perjalanan menuju destinasi. Sasaran utama trip kali ini ialah ikan amberjack. Masing-masing ingin mencatat personal best untuk ikan amberjack yang terkenal di Sabah.
Tiba di lokasi, jig segera diturunkan sehingga mencecah dasar. Lantas henjutan demi henjutan dilakukan untuk menarik minat amberjack di bawah laut sana. Pelbagai jenis, warna dan saiz jig dihenjut namun sambutan adalah suram sekali. Mungkin masih awal petang lagi kami membuat andaian.
Di sudut lain, beberapa ekor kerapu dan merah kecil menjadi hiburan kaki dasar. Cuma Zul lebih beruntung apabila seekor kerapu dewasa menelan umpan sotong. Kagum melihat geng Sabah ini yang boleh jigging berterusan tanpa menunjukkan tanda-tanda keletihan atau kehampaan apabila tiada sambaran.
Amberjack pertama anggaran 3 kg memulihkan kembali kekuatan yang kian pudar untuk ramai kaki jig kembali beraksi. Serangan amberjack tidak lama mungkin ia menyambar ketika laluan amberjack tepat dengan unjun jig.
Joran Jigging Master PE3-PE6 yang dipadankan dengan Shimano Stella 10000 menerima sambaran amberjack kedua. Itupun setelah tuannya beberapa jenis dan warna jig ditukar ganti. Kegelisahan akhirnya terpadam tatkala saat matahari mula hampir terbenam apabila beberapa ekor amberjack mula tumpas di tangan kaki jigging yang rajin mengunjun jig.
Kami berhenti memancing sambil bersembang ketika menikmati makan malam. Bertukar cerita dan merangka pelan aktiviti memancing untuk keesokan hari. Ada yang memilih untuk berehat di kabin dan sebahagian kami memilih untuk sambung aktiviti memancing.
Letih jigging kami menukar tumpuan memancing dasar pula. Memancing dasar pada waktu yang tiada arus membuatkan pemancing lebih banyak termenung, terduduk, terperosok mencari tempat redup daripada tiupan angin, setiap getuan terjadi pada selang masa agak lama.
Saat mata hampir terlelap terganggu apabila satu kekili menjerit. Rupanya umpan selayang yang dihanyutkan menerima sambaran. Hasilnya seekor tenggiri 5 kg tumpas. Menyedari kehadiran tenggiri kami mula tukar strategi dari memancing dasar ke pertengahan dan bawah permukaan air. Pada saat itu masing-masing semuanya merasa sambaran tenggiri.
Menjelang awal pagi tenggiri mula menyepi, tapi geng Sabah ini pulih kembali tenaga untuk kembali jigging. Syam membuka tirai awal pagi kedua apabila menerima sambaran padu sebaik sahaja jig dihenjut dari dasar.
Menyedari apa spesies yang membaham jig tersebut, joran jigging yang tersadai semalaman dicapai kembali. Sah amberjack dikesan berlegar di bawah bot kami pada kedalaman 120 meter.
Tatkala Syam masih lagi melayan kerenah amberjack, Plabuk dan Zul turut mengena sasaran. Ketiga-tiga beradik kaki pancing tegar dari Ranau ini bagai enggan mahu mengalah. Saiz amberjack kali ini lebih besar daripada petang hari pertama.
Bot berpindah spot apabila amberjack kembali sunyi sebaik sahaja matahari meninggi. Yang berjaga malam masuk beradu dan yang masuk shift siang membuat persiapan memulakan sesi hari kedua.
Bila waktu petang tiba, masing-masing mula mengambil tempat. Joran dasar rata-ratanya sudah disimpan kerana sambutan yang diterima hanyalah anak-anak ikan sahaja. Aktiviti jigging sahaja ditumpukan berdasarkan ikan lebih berminat menyambar objek yang bergerak tatkala air kekat.
Seperti kebiasaan tiga beradik Sabah ini terlebih dahulu strike. Kerajinan mereka menjadi titik tolak yang lain untuk turut sama berjigging. Bunyi kekili berteriak kasar memeriahkan lagi suasana untuk merasai kepuasan dengan membuat masalah dengan amberjack. Semua ini tidak berpanjangan kerana serangan amberjack hanya seketika dan sepi bila perubahan pasang surut terjadi.
Waktu malam kami sekali lagi menyasarkan tenggiri namun hanya lewat maam gerombolan tenggiri mula menyambar umpan. Ramai ketika itu sudah dibuai mimpi. Untungnya penggunaan umpan dan jig kedua-duanya berkesan ketika itu.
Tapi masalah timbul waktu ini kerana sewaktu semuanya strike serentak, tiada siapa yang membantu menggancu ikan. Disebabkan kedudukan bot yang tinggi, banyak tenggiri lucut dan putus sewaktu ingin dinaikkan. Ikan semakin galak dan ramai yang turut menyertai sesi pancing menjelang masuk Subuh.
Hari ketiga masih ada yang belum menemui sentuhan turut mencuba nasib terakhir. Lazimnya Syam akan membuka tirai diikuti oleh Zul dan Labuk. Masing-masing tahu waktu amberjack bakal hentam jig.
Akhirnya barulah peserta terakhir tersenyum apabila amberjack idamannya tewas. Bila semua merasai ikan buruan, kami memberi isyarat pada tekong untuk menamatkan misi trip Sabah kali ini.
Hasil perbincangan dan dialog dengan rakan-rakan lain berkenaan hasil pancingan hari pertama itu, kami merumuskan bahawa sesudu merupakan gewang yang paling berkesan untuk menerima strike.
Namun untuk memperoleh spesimen yang lebih kasar, penggunaan gewang permukaan terutamanya pencil jauh lebih berkesan berbanding popper.
Oleh yang demikian, pada hari kedua yang juga merupakan hari terakhir kami lupakan terus penggunaan gewang minnow, crank atau popper yang langsung tidak disentuh pada sesi hari pertama.
Selain itu kami turut berkongsi lubuk-lubuk yang mana spesimen kasar berjaya dicungkil.
Tiada rahsia di antara kami demi memperoleh hasil yang lebih memberangsangkan khusus bagi seorang dua ahli rombongan yang belum memperoleh lesen.
Jam 7.00 pagi waktu tempatan (6.00 pagi waktu Malaysia), majoriti ahli trip sudah bangkit dan bersiap sedia untuk meneruskan aksi pada hari terakhir.
Sekadar mengalas perut dengan bubur nasi (walaupun cuma bubur nasi tapi tetap sedap), kami kesemua meninggalkan rumah bot sekitar jam 8.00 pagi.
Walaupun kami keluar casting sedikit lewat namun berpeluang juga menemui aksi sebarau frenzy.
Justeru kami meminta tekong menuju terus ke arah beberapa kelompok sebarau mengerjakan anak ikan di permukaan air.
Bila berhadapan dengan aksi boiling sebegitu tiada gewang paling efektif selain sesudu 12 gm atau lebih yang mampu tenggelam dengan pantas.
Percaturan saya mengena apabila menjadi pembuka tirai tangkapan. Sebelum kumpulan sebarau mula menyepi, Anhar sempat juga mendaratkan seekor lagi sebarau.
Seterusnya kami ke lubuk-lubuk perkongsian bersama hasil hari pertama. Selain dari kebanyakannya sudah dihadiri oleh rakan lain, ia juga seperti tidak berpenghuni.
Matahari yang memancar terik tidak sebagaimana hari kelmarin juga mungkin mempengaruhi suasana.
Masih enggan pulang ke rumah bot untuk makan tengah hari, kami mengambil keputusan untuk berehat dan sempat melelapkan mata sektika di sebuah rumah usang yang ditinggalkan.
Jam 2.00 petang kami menyambung kembali pencari di tebing berbatu yang mana sebelum rehat tengah hari, Anhar berjaya menjinakkan seekor sebarau bersaiz sederhana dengan mengguna gewang pencil.
Ia sekaligus menamatkan teori kami bahawa hanya seberau bersaiz besar saja yang membaham gewang pencil.
Setelah tekong beroleh lesen beliau di sini, kami beralih pula ke suatu tanjung berbatu yang belum diterokai.
Di tanjung ini kami bersilih ganti strike dan mendaratkan sebarau. Kali ini kami hanya menggunakan sesudu dan berjaya membuktikan juga bukan sebarau bersaiz kecil saja yang mengambil sesudu.
Sekurang-kurangnya sepuluh ekor juga kami berjaya daratkan sebarau pelbagai saiz di sini.
Biarpun kami sudah berpuas hati dan ingin kembali ke rumah bot lebih awal, tekong pula seperti keberatan.
Sebelum menamatkan trip pada jam 6.00 petang, kami sempat singgah ke spot ‘lubang pokok’ yang banyak membuahkan hasil pada hari kelmarin.
Mungkin waktu masih awal, tidak banyak reaksi ikan pulang ke sarang yang kelihatan. Namun kami berjaya juga mendaratkan dua ekor lagi sebarau di sini.
Jam 6.00 petang kami semua sepakat untuk kembali ke rumah boat bagi persiapan untuk berangkat pulang sebelum pintu sempadan tutup pada jam 10.00 malam.
Sesi hari kedua ini menyaksikan kesemua ahli trip berjaya memperoleh lesen dan jumlah tangkapan juga mengatasi hari sebelumnya.
Hazren muncul ahli paling cemerlang setelah berjaya mendaratkan spesimen terbesar seberat 1.8kg.
Menurut Neo selaku ketua rombongan, walaupun hasil keseluruhan tidak mencapai sasaran 100 ekor sebagaimana trip yang dianjurkan beliau sebelum ini, namun kami berjaya mencungkil banyak spesimen bersaiz kasar.
Keseluruhan ahli rombongan juga berpuas hati dan bercadang untuk kembali lagi ke Banglang Dam.
Cuma, pada episod akan datang kami bercadang untuk ke Taman Negara Hala Bala pula!
Terdapat pelbagai sungai yang boleh dikunjungi di sepanjang Sungai Tembeling antaranya Sungai Terrengan, Keniam, Sat dan Sephia. Sungai keniam merupakan salah satu cabang sungai yang terdapat di Sungai Tembeling yang terletak di Taman Negara Kuala Tahan, Pahang.
Sungai Keniam amat terkenal dikalangkan peminat atau pemancing ikan air tawar dan kaki trekking. Apa yang menarik tentang Sungai Keniam ini ialah sungai ini masih kaya dengan populasi ikan air tawar paling mahal di Malaysia iaitu ikan kelah merah.
PERANCANGAN
Walaupun hasil Sungai Keniam dikatakan tidak semeriah dulu dan sukar diperolehi, ikan kelahnya tetap masih ada. Dalam merealisasikan memperoleh ikan idaman ini, saya telah mengaturkan satu trip seramai 24 orang ke Sungai Keniam selama 4 hari 3 malam.
Untuk ke sana tidaklah terlalu sukar, kami hanya perlu membuat tempahan bot yang banyak terdapat di Kuala Tahan. Tanpa perlu bersusah payah, hanya taip sahaja perkhidmatan sewa bot ke Taman Negara di Google, pasti memberi pelbagai maklumat tentang pelbagai pilihan pakej untuk ke sana berserta nombor telefon orang yang perlu dihubungi.
Selain itu, pelbagai peralatan perkhemahan dan keperluan makanan perlu kami sediakan sebagai persiapan ke sana. Memandangkan Sungai Keniam amat terkenal di kalangan pemancing sungai pergunungan, lokasi ini pasti dilawati oleh pemancing setiap minggu. Oleh kerana itu, pihak Taman Negara Pahang mewajibkan setiap pengunjung yang hendak ke sana memohon permit.
Antara permit yang perlu dipohon ialah permit sewa tapak perkhemahan dan permit memancing. Ini kerana pihak Taman Negara Pahang akan memantau setiap kemasukan pengunjung di sepanjang sungai yang terdapat di Sungai Tembeling supaya kejadian over fishing tidak berlaku serta menjamin populasi ikan-ikan yang terdapat di sungai-sungai ini.
Pengunjung juga dilarang keras membawa sebarang jaring atau jala, bom ikan, tuba dan senapang ikan ke sana. Jika masih terdapat pengunjung yang berdegil membawa peralatan yang dilarang ini, tindakan tegas akan diambil serta merta oleh pihak Taman Negara.
LATA SAID
Selepas membuat pendaftaran di pos Taman Negara Pahang, kami bergerak menongkah arus Sungai Tembeling untuk ke lokasi yang dirancang. Sebelum itu, kami telah berbincang bersama pengusaha bot tentang lokasi perkhemahan kami nanti. Di Sungai Keniam terdapat beberapa tapak perkhemahan yang di sediakan untuk pengunjung antaranya ialah di Lubuk Rinching, Lubuk Rawa dan Lata Said.
Kami telah memutuskan untuk menginap di Lata Said memandangkan kawasan ini ialah lubuk paling berpotensi mendapat ikan sasaran. Perjalanan untuk ke sana memakan masa selama 3 jam perjalanan menaiki bot dari jeti Kuala Tahan. Selepas 1 jam perjalanan, kami sempat singgah di Kampung Pagi untuk membeli sebarang keperluan tambahan.
Tiba sahaja di Sungai Keniam, kelihatan perjalanan kami menjadi lebih mencabar. Kekipas bot terpaksa ditukar kepada saiz lebih kecil kerana setiap bot akan melalui ruang sempit yang penuh dengan batu-batuan yang banyak terdapat di sepanjang sungai. Sekali sekala kami terpaksa mengerah tulang empat kerat kami membantu boatman menolak bot apabila berada di kawasan cetek yang tidak mampu dilalui oleh bot.
SANG BADONG
Selepas melepasi beberapa cabaran, akhirnya kami tiba di Lata Said. Dengan segera kami mengangkat segala kelengkapan kami di tapak perkhemahan. Selepas menyediakan khemah, kami sudah tidak sabar-sabar lagi untuk memancing. Yuhilmi yang mencuri-curi memancing ketika kami sibuk menyediakan khemah terus mendapat sambaran sebarau yang layak digelar sang badong.
Sang Badong yang mempunyai berat hampir 3kg ini menyambar sesudu Abu Island miliknya dan lokasin tangkapan hanya di depan tapak perkhemahan kami. Ia pasti menggujakan kami untuk memancing. Baru depan tapak perkhemahan kami sudah boleh mendapat Sang Badong, ini belum lagi kami singgah ke lubuk-lubuk lain yang berpotensi.
Hari pertama kami di Keniam, banyak kami habiskan masa memancing di lubuk-lubuk berhampiran dengan tapak perkhemahan kami. Beberapa ekor tengas bersaiz juvenil berjaya kami perolehi. Apabila malam menjelma, kami berpesta pula dengan ikan baung yang rakus menyambar umpan cengkerik yang kami bawa. Kebanyakan baung akar yang kami perolehi sebesar saiz 3-4 jari orang dewasa sahaja. Sudah pasti hasil tangkapan kami pada hari pertama ini dijadikan hidangan makan malam kami.
MENONGKAH ARUS
Pada hari kedua, awal-awal pagi lagi boatman menyarankan kami supaya berpecah kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama akan berjalan kaki meredah hutan rimba untuk naik lebih jauh ke hulu untuk memancing ikan. Kumpulan kedua akan menaiki bot menuju lubuk-lubuk di bawah seperti Lubuk Rawa atau Lubuk Rinching.
Sambil menuju ke lubuk tersebut, kami boleh mengilat sepanjang perjalanan di atas bot. Saya sendiri bercadang untuk mengikuti kumpulan trekking. Perjalanan ke lubuk yang dicadangkan oleh boatman mengambil masa 1 jam. Sepanjang perjalanan, kumpulan kami terpaksa menongkah arus sebanyak tiga kali untuk ke seberang sungai.
Menurut boatman, lubuk ini merupakan syurga buat ikan kelah dan tengas jika kena dengan masanya. Dengan segera kami terus melabuhkan umpan sawit yang dibawa dengan harapan mendapat lesen ikan idaman. Tanpa menunggu lama rod milik Cho’ort terus melengkung tanda telah disambar oleh ikan. Ikan kelah bersaiz 1kg berjaya dinaikkan.
Sekali-sekala kelihatan hamburan air berdekatan lokasi kami memancing tanda sang sebarau sedang galak menyambar anak-anak ikan. Lantas rod casting dicapai dan lontaran spoon dibuat ke arah kawasan hamburan tadi. Serta-merta sesudu Abu Island II disambar oleh sang sebarau seberat 750gram.
Selepas beberapa jam bertandang di sini, kami mula bercadang untuk pulang ke kawasan perkhemahan. Sempat juga boatman yang menjadi guide kami mencari cacing sungai sebagai persediaan untuk memancing malam dan hari seterusnya.
Apabila malam menjelma, kami hanya bersantai-santai di kawasan perkhemahan kami sambil memancing. Perbincangan tentang rancangan esok lebih diberi tumpuan. Selain itu bagi yang berhati waja, mereka meneruskan memancing di lokasi yang berhampiran hingga lewat malam.
LUBUK RAWA
Hujan pada lewat malam membuatkan kami liat untuk bangun awal. Tetapi semangat hendak memancing masih membara di dalam diri kami. Turunnya hujan, membuatkan air yang jernih di Sungai Keniam menjadi keruh. Hari ini saya bercadang untuk bertandang di Lubuk Rawa untuk memancing. Seperti semalam, umpan dasar yang kami gunakan ialah umpan biji sawit. Selain itu buah ara masak yang banyak terdapat di sana juga digunakan sebagai umpan.
Air sungai yang keruh dan berarus laju membuatkan ikan menjadi sukar dipancing. Hanya lampan, anak tenggalan, baung dan beberapa ikan kecil yang berjaya kami perolehi. Hingga ke lewat petang kami memancing tanpa sebarang hasil yang boleh dibanggakan.
KELAH MASAK TEMPOYAK
Alhamdulilah, hasil yang diperolehi mereka amat membanggakan jika dibandingkan dengan hasil tangkapan kami di Lubuk Rawa. Ikan kelah dan tengas banyak diperolehi mereka. Selain itu, baung akar juga banyak diperolehi menggunakan umpan cengkerik dan cacing sungai.
Ikan yang diperolehi segera diuruskan oleh tukang masak kami. Memang menggiurkan bila mana tukang masak memberitahu akan masak menu masakan gulai tempoyak. Memang tidak mampu kami tolak jika menu masakan terkenal negeri Pahang terutamanya apabila masakan ini melibatkan ikan kelah.
Ikan selebihnya akan kami bakar sebagai hidangan sampingan. Pucuk paku liar dan pucuk hutan menjadi hidangan sayur dan ulam-ulaman. Selain itu siput sungai yang dikutip oleh boatman menjadi salah satu hidangan istimewa kami. Beginilah keistimewaan apabila berkhemah di dalam hutan, setiap hidangan masakan seboleh-bolehnya diambil daripada sumber alam semula jadi.
Selepas selesai makan, kami meneruskan usaha memancing pada malam terakhir ini. Terasa amat rindu dengan suasana damai dan hening apabila berada di dalam hutan. Udara segar dan pemandangan indah amat berbeza dengan hiruk pikuk di bandar. Sekurang-kurangnya trip singkat ini telah banyak menghilangkan stress.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...