Ikan belitong merupakan antara spesies yang agresif dan mempunyai kekuatan. Lantas spesies ini menjadi antara kegemaran bagi pemancing sukan untuk didaratkan. Dalam pertarungan ikan ini sangat pantas dan mampu memperlihatkan aksi akrobatik semasa cubaan melepaskan dirinya daripada mata kail.

 

Belitong sering menarik kunjungan pemancing rekreasi dan terdapat juga beberapa kawasan yang menangkap ikan ini untuk tujuan komersil. Kebanyakan kaki pancing memburu ikan ini kerana kekuatan pertarungan, pesona warna badannya serta populasinya. Beberapa kawasan menjadikan ikan ini sebagai menu hidangan untuk dimakan.

 

Begini Cara Paling Mantap Untuk Strike Belitong

 

Belitong sering berkumpul di sekeliling serpihan laut seperti papan terapung, pelepah hanyut dan sering kali dijumpai di kawasan yang mempunyai sargassum, iaitu sejenis rumput laut. Kawasan yang mempunyai sargassum selalunya merupakan suatu kawasan ekosistem yang sempurna bagi organisma mikro seperti ketam kecil, kuda laut dan ikan kecil yang menjadi diet bagi ikan besar.

IKLAN

 

Dalam pancingan spesies ini, antara teknik yang digunakan ialah teknik menunda atau trolling. Bot perlu ditumpu ke arah kawasan yang mempunyai kedalaman sekitar 30-40 meter, lebih-lebih lagi kawasan rumput laut. Kekuatan tali utama yang biasa digunakan untuk pertarungan dengan spesies ini ialah sekitar 30-50lb.

 

Begini Cara Paling Mantap Untuk Strike Belitong

 

IKLAN

Selain teknik menunda, teknik jigging dan casting juga popular untuk merasai tentangan akrobatik sang belitong. Oleh kerana belitong gemar bergerak dalam kumpulan, apabila seekor belitong mengena pancing, kebiasaannya balingan jig ke kawasan berhampiran pasti tidak mengecewakan.

 

Selain penggunaan gewang tiruan, penggunaan umpan hidup seperti ikan tamban dan selar juga mampu memikat spesies ini. Teknik drifting umpan hidup menjadi pilihan peribadi penulis kerana telah beberapa kali teknik drift ini berjaya menaikkan sang belitong.

 

IKLAN

Begini Cara Paling Mantap Untuk Strike Belitong

 

Saat pertarungan, anda pasti dapat merasai pesona tersendiri spesies ini. Asakan yang kuat, pecutan larian yang meluncur laju dan lompatan akrobatiknya cukup membuatkan adrenalin dalam badan anda menjerit kepuasan.

 

Apatah lagi dengan pesona warna terang pada badannya. Cukup berbaloi untuk pertarungan dan pastinya lensa kamera tersedia untuk tugasan mengambil foto kenangan bersama spesies trofi ini.

 

Begini Cara Paling Mantap Untuk Strike Belitong

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI