Selain anak-anak ikan terbul, kawan atau lampam yang biasa dijadikan umpan hidup, ikan-ikan kecil atau ikan yang tidak diperlukan untuk hidangan juga boleh dijadikan umpan. Jangan fikir anak-anak ikan sebegini tiada nilai dan dicampak begitu saja/
Caranya buangkan sisik dan kemudiannya hiris badan ikan berkenaan untuk ambil isinya. Kemudian potong kecil mengikut saiz mata kail anda. Kemudian lontarkan sahaja ke lubuk.
Berbeza dengan pancingan air tawar yang majoritinya boleh menggunakan apa sahaja jenis isi ikan (terbaik gunakan ikan terbul), di laut, umpan isi ikan yang paling sesuai digunakan adalah ikan belanak, tongkol, kembong.
Ads
Kerana ia cukup liat dan tidak mudah di getu ikan kecil berbanding isi udang pasar yang bukan sahaja cepat habis, tetapi juga mahal harganya.
Caranya sama sahaja, buang sisik, hiris, potong dan cangkuk pada mata kail.
Ads
Kelebihan umpan isi ikan (pro)
Tahan lama, kerana isi ikan biasanya liat dan tidak mudah dihabiskan oleh ikan-ikan pengacau umpan.
Ads
Jimat dan tidak perlukan kos.
Boleh digunakan berulang kali pada tangkapan berikutnya.
Kelemahan umpan isi ikan (kontra)
Agak lambat mendapat strike, terutama jika dilontarkan bukan di kawasan lubuk atau air yang mengalir deras, kerana ia tidak berbau kuat.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Spesies Pegasius yang biasa disebut ikan patin merupakan jenis ikan air tawar yang kebanyakan masanya bermain di dasar perairan. Untuk pemancing ikan jenis, ada beberapa teknik, tips dan trik tersendiri.
Rangkaian set pancing ikan patin lazimnya menggunakan pelampung atau pemberat. Rangkaian perambut biasanya pula terdiri dari 1 atau 2 mata kail ukuran kecil hingga sederhana. Perkara ini penting kerana ikan patin tidak memiliki mulut yang terlalu besar.
Sekiranya anda lebih suka menggunakan pelampung, pastikan jarak antara mata kail hingga ke pelampung harus sepanjang dalamnya sungai atau kolam agar umpan dapat menyentuh dasar.
Walaupun kebarangkalian ikan patin makan di pertengahan air ada namun patin yang bersaiz besar lebih gemar mencari makan di dasar.
Teknik perambut (tanpa pelampung)
Masukkan pemberat (batu ladung hidup / buah kana) ke dalam tali pancing utama dan sambungkan kili di hujung tali utama. Sebaiknya juga ikat stopper kira-kira sejengkal sebelum hujung tali utama supaya batu ladung hidup ini tidak bergerak terlalu jauh.
Ini akan menyebabkan umpan timbul jauh dari dasar sekaligus berkemungkinan tidak akan disentuh ikan patin. Anda boleh menggunakan perambut 1 atau dua mata kail sepanjang 5-7cm (perambut nilon atau braided). Sebaiknya perambut ini disambungkan dengan kili supaya ia tidak berputar di dalam air.
Setelah umpan yang terpasang dilontar ke lubuk, pastikan tali pancing berada di garis lurus antara pemancing dan umpan. Tidak perlu menarik tali pancing sehingga tegang, biarkan agak kendur sehingga tali pancing terlihat terapung di atas air membentuk satu garis.
Apabila ikan menyambar, maka pemancing akan melihat garis yang terbentuk dari tali pancing di atas air tersebut berjalan.
Ikan patin tidak akan membawa umpan dalam satu kali sentapan, sebaik saja tali pancing bergerak beberapa saat cepat-cepat sentap joran anda. Terlewat menyentap akan mengakibatkan umpan dimuntahkan oleh ikan dan terlepas.
Ikan patin akan terasa mengasyikan apabila dipancing dengan tali pancing kecil. Untuk pemula disarankan berukuran berukuran 10-15lb, bagi yang menyukai teknik fight disarankan menggunakan tali berukuran 2-6lb.
Jangan lupa tetapkan drag yang disesuaikan dengan ukuran tali pancing. Hentakan pertama tidak akan membuat ikan patin berukuran besar melawan dengan kuat, anda biasanya akan merasa berat, tetapi semakin ke pinggir maka ikan akan mulai mengamuk.
Seperkara lain yang perlu diperhati, sentapan mendadak dari patin terhadap tali pancing kecil dapat memutuskan tali pancing. Ketika ikan sudah dekat dan siap untuk diangkat, siapkan tangguk untuk mengangkat ikan.
Awas! Jangan memegang tali pancing apabila ingin mengangkat ikan untuk ditangguk. Apabila menggunakan tali pancing kecil, ikan patin yang hendak ditangguk biasanya akan melawan dengan kuat dan kemungkinan besar putus.
Mata kail tugas berat ini diperbuat daripada keluli tahan karat gred tinggi. Ia didatangkan dengan kemasan yang digilap.
Mata kail ini mempunyai reputasi meluas di dunia kerana kualiti pembuatannya dan ketajamannya. Tentu saja ia merupakan pilihan utama untuk memancing ikan-ikan air masin berstatus monster sebagaimana nama mata kail itu sendiri.
Mata lingkar khusus untuk memburu ikan berstatus mega dengan penggunaan peralatan berat. Mungkin inovasi terbaik dalam pembuatan mata kail terbaik masa kini.
Ia bukan saja mesra ikan tetapi juga mesra alam. Reka bentuk cangkuk itu sendiri, apabila digunakan dengan betul, menghalang ikan daripada tertelan hingga usus.
Ramai pemancing mempunyai masalah menggunakan kerana mereka tidak memerlukan sentapan untuk strike ikan. Mata kail ini direka untuk bergerak ke sudut mulut ikan dan tertancap dengan kemas.
Mata kail yang sering digunakan untuk pancingan laut menggunakan umpan hidup. Juga boleh digunakan untuk memancing toman menggunakan umpan hidup. Mata kail ini biasanya mempunyai teras yang lebih pendek. Mata kail ini datang dalam reka bentuk tetap dan kebulatan.
Memandangkan ia datang dalam bentuk teras yang pendek, maka penggunaan dawai atau kabel diperlukan terutamanya jika memancing ikan bergigi tajam seperti tenggiri dan toman. Ia adalah mata kail untuk pancingan ekstrem.
Mata kail berteras pendek yang kuat khusus untuk pancingan ikan yang menyedut umpan dan tidak bergigi tajam. Mata kail ini ini mempunyai gape yang luas dan kedua-dua belah teras yang selari kecuali pada point atau hujung mata kail yang sedikit melengkung.
Ia semakin digemari oleh pemancing berikutan kekuatan dan sukar lucut apabila tertancap pada mulut ikan. Ia juga merupakan mata kail untuk pancingan ekstrem.
Octopus hooks adalah satu mata kail yang mempunyai bentuk bengkok pada hujung mata kailnya sehingga proses hook up akan terjadi dengan cepat apabila umpan dimakan. Ia dibentuk dengan lubang cincin yang 45 darjah dari teras batang.
Ia membolehkan perambut diikat pada teras akan selalu lurus dengan mata kail tersebut sehingga keberhasilan hook up akan lebih tinggi. Ia sesuai untuk pemancing yang menyukai pancingan dasaran dan lain lain.
Mata kail yang terkenal dengan ketahanan dan kekuatannya. Ia hampir boleh digunakan untuk semua bentuk pancingan.
Mata kail tradisi untuk pancingan air masin. Sesuai untuk menyangkut banyak jenis umpan. Ini juga antara salah satu mata kail kegemaran pemancing negara kita. Ia tersedia dalam jenis stainless ataupun carbon steel dalam teras batang panjang ataupun pendek.
Teras yang panjang lebih baik untuk cangkukkan umpan yang besar seperti potongan sotong dan hirisan ikan. Ia juga bagus untuk pancingan ikan bergigi tajam seperti tenggiri, alu-alu atau toman.
Mata kail yang diperbuat daripada karbon tinggi yang sangat kuat dan ringan. Ia dibentuk bagi menghasilkan cengkaman tinggi dan membantu proses tancapan yang sempurna. Ketajamannya diasah dengan kimia.
Pateri mata kail ini membantu meningkat nisbah cangkukan terutamanya apabila menyasarkan spesies ikan menggigit dan mengunyah umpan.
Mendaratkan kerapu di sini salah satu habuan terbaik. Mana tidaknya, permainan kerapu yang mendiami di dasar laut dan pergerakannya yang kadang kala tidak boleh diduga mampu menguji kesabaran kami.
Terjahan kerapu terhadap umpan yang kemas dipasang pada mulanya dianggap biasa. Namun, asakan kerapu yang dikendalikan oleh James Lim sekitar pukul 2 petang ini penuh cabaran berliku yang terpaksa dilalui. James Lim terpaksa menunggu hampir 12 minit untuk menenangkan kerapu ini.
Kerapu ini meronta-ronta cuba melepaskan diri kemudian bergerak dari kiri ke kanan menyukarkan henjutan berlaku. Namun, apabila kerapu ini tertewas saiznya tidaklah berapa menarik. Inilah keunikan mendaratkan Kerapu!
PERSEDIAAN & PENGETAHUAN PERLU ADA!
Mendaratkan kerapu di laut perlukan pengetahuan yang luas mengenai spesies ini. Selalu ikan kerapu yang memiliki diameter badan yang besar akan meragut umpan dengan berhati-hati.
Walaupun ramai pemancing tegar yang beranggapan kerapu adalah spesies ikan yang bakal melahap apa sahaja umpan yang dipasang namun kami tidak bersetuju kerana kerapu tidaklah sebegitu.
Paling penting, sekiranya balingan pada spot yang dibaling mengena kerapu, teruskan membuat balingan atau lontaran pada spot yang sama ini kerana lubuk dan sarang kerapu selalunya didiami 5-6 ekor kerapu.
Elakkan daripada menggunakan kekili mahupun saiz tali pancing bersaiz sederhana. Jika sambaran kerapu bersaiz besar membaham umpan, mungkin penyesalan bakal diterima kerana tidak bersiap sedia lebih awal.
Melihatkan saiz kerapu yang didaratkan oleh Sunny sememangnya kecil, namun membiarkan umpan yang direndam lebih lama bagi membenarkan umpan dilahap perlahan-lahan oleh sang kerapu kemudian jika tali didapati sedikit menegang bersiap sedia merentapnya naik ke permukaan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...