Perambut merupakan penghubung antara umpan dan ikan pancingan. Untuk menjerat pelbagai spesies yang berada di pelbagai kedalaman air memerlukan perambut yang pelbagai juga. Berikut merupakan jenis-jenis perambut yang dikhususkan untuk memikat spesies ikan tertentu.

 

Perambut jenahak, kerapu, pari

Gunakan tali perambut minima 60lb. Panjang perambut lebih kurang satu depa setengah yang dipadankan dengan mata kail bersaiz 12 (paling minima). Lagi baik gunakan mata kail bersaiz 1/0 atau 2/0 sebagai bonus jika mendapat strike ikan besar. Perambut ini dipadankan dengan batu ladung saiz 8.

Ladung perlu bersaiz besar kerana ikan-ikan seperti ini hanya menghendap umpan di dasar. Umpan yang terbaik digunakan ialah sotong cumit hidup, tamban hidup ataupun kurita.

 

Pilihan Perambut Terbaik Pancingan Kelong & Rakit

 

Perambut talang, bandang

IKLAN

Gunakan perambut gantung dengan tali perambut 30lb sepanjang sedepa atau sedepa setengah. Mata kail gunakan saiz 10 dan batu ladung kecil maksima saiz 1. Untuk memburu talang, umpan terbaik ialah ikan tamban hidup yang masih cergas, manakala untuk bandang, gunakan umpan udang hidup yang dicangkuk pada badan.

 

Pilihan Perambut Terbaik Pancingan Kelong & Rakit

 

Perambut Alu-Alu, Tenggiri, Talang Besar

Gunakan teknik ‘flying fox’ iaitu dengan cara melontarkan batu ladung saiz 8 sejauh mungkin dan kemudiannya melepaskan perambut mata sepanjang sedepa dari main line dan biarkan umpan bermain di permukaan atau pertengahan air.

IKLAN

Perambut mata yang digunakan haruslah menggunakan tali perambut minima 40lb yang disambung dengan dawai 20lb yang diikat pada mata kail. Umpan yang terbaik untuk memburu spesies ini ialah anak ikan talang hidup, ikan cermin hidup besar tapak tangan, ikan tamban hidup yang besar atau ikan jenjulung hidup.

 

Pilihan Perambut Terbaik Pancingan Kelong & Rakit

 

Perambut Siakap

Untuk pancingan kelong, ikan siakap lebih sesuai dipancing menggunakan koyan. Ini kerana ikan siakap sering bermain di tiang-tiang kelong.

IKLAN

Gunakan koyan dengan tali 100–200 lb yang dipadankan dengan mata kail 1/0 atau 2/0 dan batu ladung besar. Caranya dengan hanya melepaskan umpan kira-kira setengah atau tiga suku dari air.

Jika di kelong Mamod, paling sesuai untuk melepaskan umpan cukup pada paras permukaan air surut habis dan taganlah umpan sehingga air pasang. Umpan yang biasa untuk memburu siakap ialah belanak hidup, udang hidup dan juga ikan tamban hidup.

 

Pilihan Perambut Terbaik Pancingan Kelong & Rakit

 

Perambut daun baru, gelama, ebek, kapas, duri dan sembilang

Gunakan perambut dua mata yang dipadankan dengan mata kail bersaiz kecil. Batu ladung gunakan saiz 4 ataupun mengikut kesesuaian arus pada masa itu. Umpan cukuplah sekadar menggunakan udang kopek atau umpun-umpun.

 

Pilihan Perambut Terbaik Pancingan Kelong & Rakit

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI