Ikan dorado atau mahi-mahi yang biasa kita sebut sebagai ikan belitong merupakan sejenis ikan yang sangat digemari karena rasanya yang enak.
Di Barat, restoran-restoran di sana sering menjadikan ikan mahi-mahi sebagai hidangan istimewa ramai pelanggan begitu menggemarinya.
Sebaliknya di negara kita, ikan belitong hanya popular sebagai ikan sukan dan bukannya di meja hidangan.
Di pasaran, harganya juga rendah berbanding spesies predator lain terutamanya tenggiri. Struktur dagingnya yang agak pejal juga kurang dari segi rasa.
Ads
Namun, di sebalik rasanya yang menggoda di negara luar, ikan belitong memiliki kandungan histamin yang berkeupayaan menyebabkan keracunan dan alergi.
Histamin terbentuk dari asid histidin yang diuraikan oleh bakteria. Kandungan zat histamin ini hanya dapat dicegah apabila ikan mahi-mahi diproses secara sempurna setelah ditangkap.
Ads
Jika zat histamin sudah terlanjur terbentuk, maka akan agak sukar untuk menghilangkannya. Tidak ada cara pencucian atau pemasakan yang dapat menghilangkan zat berbahaya ini.
Tapi adakah kita sudah sedia maklum tentang bahaya ini dan mengambil sikap untuk menyukainya? Atau kerana isinya yang kurang sedap menjadi sebab sebenar kita tidak memakannya.
Ads
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Pokok tapak kuda merupakan sejenis pokok menjalar yang terdapat di tepi pantai. Ia mempunyai bunga yang cantik berwarna ungu terang.
Nama sainsnya adalah Ipomoea pescaprae dalam family Convolvulaceae dan order Tubiflorae.
Pokok tapak kuda merupakan sejenis pokok perintis. Batangnya yang menjalar merebak dengan cepat dan membentuk tutup bumi, mendakan sampah-sarap yang terperangkap
membantu pasir membentuk tanah yang stabil. Ia berkait dengan pokok kangkung dan kembang pagi.
Pokok yang mempunyai daun selebar 8-10 cm ini mendapat namanya bersandarkan pada daunnya yang menyerupakai tapak kaki kuda.
Tanaman ini sesuai ditanam sebagai landskap untuk menghiasai tepi jalan dan juga kawasan taman. Mempunyai bunga yang cantik berwarna ungu terang.
Apa kaitan pokok ini dengan dunia memancing?
Ada petua mengatakan pokok ini mampu menjadi penawar sekiranya terkena sengat ikan berbisa seperti sembilang dan pari.
Memandangkan ia tumbuh meliar di tepi pantai maka ia sangat berguna kepada pemancing pantai atau surfcasting.
Cara menggunakannya ialah ambil getah pokok ini dan letakkan pada bahagian anggota badan yang terkena sengat itu.
Sekiranya luka pada tempat kena sengat itu sudah tertutup, cucuk sikit dan letak getah pokok ni. InsyaAllah berkesan.
Masalah kebanjiran ikan pendatang bukan perkara baru di perairan kita. Tambah parah apabila tindakan segelintir pengusaha atau individu ikan hiasan yang ‘membuang’ ikan peliharaan mereka ke dalam sungai, lombong atau kolam takungan mengundang gangguan keseimbangan biodiversiti, habitat dan spesies ikan asli di perairan umum.
Ikan berkenaan boleh menjadi dominan dan membiak dalam perairan umum serta menjadi pemangsa kepada ikan asli yang sedia ada di perairan negara. Ia juga boleh menyumbang kepada bawaan penyakit baru dan punca sebaran serta rebakan penyakit dalam perairan umum.
Difahamkan, pengusaha atau individu terbabit dikatakan tidak mampu memelihara habitat berkenaan disebabkan beberapa faktor antaranya kos makanan yang tinggi selain tidak mahu membelanya lagi.
Sehubungan itu, Jabatan Perikanan (DOF) sudah mewartakan di bawah Peraturan-Peraturan Perikanan beberapa jenis ikan hiasan yang dilarang import.
Terdapat kajian yang membuktikan sifat agresif ikan larangan import ini di perairan negara hingga menjejaskan kawasan berkenaan.
Ikan yang disimpan dalam keadaan terkawal seperti di rumah tidak begitu membimbangkan namun apa yang dikhuatiri apabila ikan ini tidak lagi mampu dijaga atas faktor usia atau memerlukan belanja tinggi.
Jalan yang mudah diambil adalah dengan melepaskan ke perairan umum. Ikan asing ada yang bersifat agresif seperti ikan peacock bass (genus cichla).
Ia cepat membiak dan pemangsa kepada ikan tempatan dan dikenal pasti sebagai penyebab ketidakseimbangan ekologi di habitat baru didiaminya.
Ikan flower horn bersifat lasak termasuk mengadaptasi di kawasan dilanda banjir. Ia membiak dengan mudah dan mempunyai tabiat makan yang aktif.
Spesies ini boleh mengganggu ekosistem. Ikan yang bersifat memberi tuah akan dijaga dengan baik sementara yang tidak digemari penternak berkemungkinan dibuang ke perairan.
Ikan arapaima boleh membesar hingga tiga meter dan berkemungkinan dilepaskan ke perairan umum apabila penternak tidak mampu menampung kos makanan.
Peraturan Perikanan berhubung larangan mengimport, menjual, memelihara dan menyimpan genus ikan larangan dalam jadual sudah diwartakan sejak 1990 dan juga penambahan genus dalam jadualnya melalui pindaan 2011.
Segelintir masyarakat seperti kalangan pekedai akuarium dan pengguna masih tidak peka dan tidak mengambil berat mengenainya, walaupun DOF membuat hebahan meluas melalui pelbagai medium termasuk program dialog, pameran dan siaran akhbar.
Ini berlaku kerana sikap tidak peka dan tidak prihatin kepada kepentingan, keselamatan serta ancaman kepada sumber perikanan semasa.
Ia berlaku kerana sikap mementingkan keuntungan dan keseronokan serta tidak mahu sama-sama bertanggungjawab menjaga ekosistem asli perairan kita selain tidak sama-sama berusaha mencegah ancaman spesies ikan asing yang boleh membahayakan.
Peraturan ini melarang mengimport, menjual, memelihara dan menyimpan genus ikan yang disenaraikan dalam jadual kecuali dengan kebenaran bertulis Ketua Pengarah Perikanan.
Pelanggaran kepada larangan dalam peraturan perikanan mengikut Akta Perikanan 1985 boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya.
Sementara pelanggaran kepada Akta MAQIS 2009 boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya.
Ciri fizkal: Berkulit keras dan bergigi kapak serta tajam
Habitat: Kawasan karang
Diet: Sisa ikan, krustasea, hidupan karang kecil serta moluska
Taburan: Laut China Selatan, Laut Sulu, Selat Melaka hingga Lautan Hindi
Terdapat enam jenis ikan jebong atau nama Inggerisnya trigger fish yang ditemui di sekitar perairan Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak. itar perairan Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak. Yang paling banyak ialah jenis Abalisters stellatus yang biasa dijumpai di pasaran tempatan.
Manakala 5 jenis jebong lain memiliki kombinasi warna dan corak badan yang lebih cantik. Ia disifatkan sebagai ayam laut kerana isi pejal seperti haiwan darat berkenaan. Malah isinya diambil setelah dikupas keras di bahagian luar. Ikan ini amat diminati di Pantai Timur berbanding Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
Ciri utama jebong ialah kulit keras hingga serata bahagian badannya. Berbeza dengan ahli keluarga rapatnya ikan barat-barat yang kulit luarnya lebih lembut di seluruh bahagian badan. Biasanya ia dibarisi gigi kapal terjojol di hadapan serta gigi-gigi kecil atas bawah serta mulutnya amat kecil berbanding saiz badan. Bentuk badan leper tetapi agak tebal isinya dan bahagian kepala amat keras.
Setiap jenis jebong memiliki corak warna tersendiri berwarna-warni kecuali dari jenis jebong putih ini. Jenis yan menjadi kegemaran masyarakat pantai timur ini mempunyai bahagian atas berwarna kelabu disusuli tompokan keperakan di tengah. Corak kelabu putih ini lebih ketara di atas garis lintang hidup sehingga bahagian ekor.
Bahagian ekor berbentuk bulan di tengah tetapi menirus kedua-dua hujung. Sirip dorsal pertama memiliki tulang agak keras dan saiznya pendek berbanding sirip dorsal kedua. Saiz biasa ialah hampir 30cm panjang dan paling besar dilaporkan 44.5cm.
Tahap tumbesaran setiap jenis jebong tidak sekata. Di kalangan keenam-enam jenis jebong yang dicatatkan, jebong kuning ekor berduri (Pseudobalistes flavimarginatus) dan jebong perang ekor bercabang (Odanus niger) mampu membesar sehingga 60cm.
Lazimnya jebong mudah ditemui di kawasan yang kaya dengan terumbu karang. Jebong amat jarang keluar dari kelompok terumbu karang. Kawasan wilayah buruan atau lingkungan mencari sumber makanan juga tertumpu di kawasan berkenaan.
Ia banyak berlegar di atas karang bawah dan pertengahan air. Gemar mendiami kedalam sederhana di mana kadar ketelusan cahaya lebih menyerlah iaitu sekitar 6meter hingga 60meter. Ikan jebong bersifat kewilayahan dan bergerak dalam kumpulan tersendiri.
Ikan jebong tidak begitu kuat meronta apabila dinaikkan tetapi suka mengeluarkan bunyi seakan-akan ikan gelama. Gigi yang kuat digunakan untuk memecahkan karang kecil, cengkerang dan menggeledah kawasan karang mencari makanan yang terdiri dari krutesia, organisma Benthic serta cebisan ikan, sotong dan sebagainya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...