Rasanya bukan baru saya diberi peringatan agar jangan letakkan ikan yang berjaya dipancing ke tempat panas terdedah secara langsung pada matahari seperti di atas lantai sampan dari seorang tekong. Dan sepanjang tempoh itu tidak pernah sekali pun saya membantah atau mempersoalkannya.
Bila dah lama, sedikit demi sedikit peringatan itu mula pudar dari ingatan. Begitu juga dengan tekong yang berikan peringatan tersebut pun saya dah lupa. Sehinggalah, peringatan itu tiba-tiba muncul kembali ketika saya sedang memancing udang galah di Bagan Datuh. Ingatan itu muncul secara tiba-tiba tatkala saya lebih banyak menaikkan ikan duri berbanding udang galah.
Mungkin disebabkan rasa terganggu kerana banyak sangat dapat ikan duri bersaiz sejengkal yang sedikit sulit untuk melepaskannya dari mata kail, ingatan tersebut seperti mendorong saya untuk melakukan sedikit uji kaji.
Ads
Saya seperti terdorong untuk melihat apa yang terkesan atau apa impak yang akan berlaku kalau ikan duri itu diletakkan di tempat panas. Ketika itu memang panas pun kerana waktu tengah hari. Korang tentu tau macam mana keadaan lantai sampan fiber tatkala panas lit-lit. Nak letak punggung tanpa alas pun fikir dua tiga kali.
Ads
Sebelum ingatan itu muncul, saya tidak membawa naik mana-mana ikan duri ke atas sampan pun. Sekadar menggantungnya di tepi dinding fiber sambil menanggalkan mata kail.
Bila mata kail tertanggal maka ikan duri itu pun jatuh kembali air. Tapi bila ingatan itu muncul dan dapat lagi ikan duri, saya pun tak fikir panjang lagi dan terus letak ikan duri itu di atas lantai sampan fiber yang terdedah kepada bahang panas.
Ads
Impaknya segera terjadi! Sebaik saja perut ikan duri itu tersentuh lantai sampan, secara mengejut ia meronta dan meloncat-loncat. Ia mungkin tindak balas secara spontan akibat kepanasan. Ketika bertindak balas terhadap kepanasan itulah salah satu sengat ikan duri tersebut tercucuk tangan saya.
Selepas itu barulah saya faham kenapa saya pernah diberi peringatan oleh tersebut. Tapi nak menyesal pun dah tak guna. Nak tak nak terpaksalah saya tanggung denyutan hampir sejam lamanya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Sewaktu kecil dahulu, walaupun sudah mengetahui dan memahami sifat ikan belanak yang memakan rumpai laut atau lumut, saya mengalami kesukaran untuk memancingnya kerana sulit untuk menyediakan umpannya.
Selain kesukaran mendapatkan rumpai yang sesuai, akan berhadapan dengan masalah untuk memasang umpan lumut ini pada mata kail pula.
Namun hati terasa panas bila melihat ikan ini berenang dan bermain di persekitaran kawasan kami memancing.
Dari situ kami mula mencari idea memikirkan umpan alternatif. Maka sisa makananlah yang selalunya dijadikan bahan ujikaji.
Dari sini secara tidak lansung kita dapat mencari panduan dan formula untuk menyediakan umpan sesuai yang mudah di sediakan.
Saya teringat ketika mengunjungi kelong memancing di Bagan Lalang suatu ketika dahulu. Ada beberapa kaki pancing kecewa kerana tidak berpeluang langsung menjerat belanak walaupun telah berusaha keras.
Setelah diperturunkan beberapa petua, sekor demi seekor belanak berjaya dipancing tanpa banyak halangan lagi.
Pengunaan umpan roti digumpal padat kini sudah menjadi lumrah bagi kalangan kaki pancing. Ketika melancong dan memancing di Maldives dulu, saya diajar mengunakan umpan tepung capati yang diuli sebagai umpan.
Tepung capati lebih tahan daya lekatan pada mata kail berbanding roti yang mudah terlerai di dalam air.
Begitupun kedua-dua jenis umpan ini memerlukan kita menabur rasuah terlebih dahulu agar memberi kelekaan serta mengurangkan ikan merasa curiga terhadap umpan yang bakal dilabuhkan kemudian.
Teknik terkini, saya semacam tidak percaya apabila belanak tertarik dengan umpan hirisan ikan yang digunakan pada set mata apollo.
Sama ada ia tertarik kerana adanya manik dan warna-warna kertas berkilat atau umpan sukar untuk saya leraikan untuk sekali pengamatan.
Apa yang saya nampak belanak datang mendekati umpan, hidu atau ambil bau kemudian berlalu.
Lepas itu datang balik, lakukan tabiat yang sama berulang kali tanpa menyentuh sepenuhnya hirisan ikan yang saya gunakan.
Pada awalnya saya hampir berputus asa untuk memancing belanak berumpankan hirisan ikan, tapi menjelang arus surut terjadi buat pertama kali tamok menelan umpan hirisan ikan yang sebelum ini hanya dihidu sahaja.
Untuk memancing belanak, disarankan menggunakan tangsi bawah 12 paun. Lebih halus maka lebih besarlah peluang.
Joran grafit 10-15 Ib, panjang 6.5 kaki dengan kekili mendatar lebih pratikal diguna pakai. Ini kerana roti yang dipasang pada mata kail tidak mempunyai berat mencukupi ketika balingan dibuat.
Penggunaan pelampung sememangnya memudahkan lontaran dibuat tanpa banyak masalah.
Oleh kerana teknik memancing di permukaan air, lebih senang mengunakan pelampung yang diikat pada jarak sejengkal dari mata kail, memadai jangan terlalu panjang.
Saya lebih menyarankan mata kail saiz 16 hingga 18 diikat pada tali tangsi utama 10 paun dan di lontar hanyut di belakang kira-kira 3 meter jarak paling minima.
Ini kerana belanak jarang rapat jika melihat pemancing berhampiran. Apabila kita mula mengesan umpan diusik, biarkan seketika jangan strike lagi.
Beri sedikit tali lagi agar tamok tidak mengesan perangkap. Biar ia leka mengutis dan akhirnya menelan umpan.
Sebaik umpan ditelan pastinya tangsi tegang saat ikan melarikan diri.
Bila mata kail berada dalam mulut tekanan balas diberikan amat mudah untuk lekatan kail terhasil.
Kemudian layan sahaja kerana tamok tidak berenang menjunam ke dasar mahupun ke kawasan reba. Ia berlegar di permukaan kawasan lapang.
Memancing spesies pacu mampu mendatangkan debaran yang agak mengujakan. Rata-rata pemancing di Malaysia mengetahui akan kelebihan tersendiri bagi spesies ini.
Kerakusan dalam melarikan umpan serta pecutan berkuasa tinggi spesies ini mampu menghadirkan kepuasan yang tidak terhingga kepada pemancing, malah tidak kurang juga mendatangkan kehampaan bagi pemancing yang memandang remeh akan spesies ini.
Antara lokasi terbaik memancing pacu ialah di kawasan empangan yang agak cetek, kawasan lombong serta kawasan tadahan hujan yang berarus perlahan. Selain itu, pengusaha kolam-kolam pancing air tawar komersial juga menjadikan pacu antara spesies yang mesti ada di dalam kolam mereka.
Kelebihan utama pada spesies pacu ialah kerakusan ketikan memakan umpan lantas akan membuat pecutan yang deras. Penggunaan rod ringan akan memberikan debaran tatkala melihat rod yang melengkung serta kekili anda menjerit biarpun drag dikunci ketat.
Perlawanan dengan spesies pacu atau tambaqui ini lebih terbuka. Pemancing harus tahu kelebihan yang dimiliki oleh pacu iaitu kekuatan pecutannya serta giginya yang tajam di mana sering kali memutuskan perambut.
Ketika dalam pertarungan, pacu gemar menghenjut rod anda dan melakukan pecutan berkuasa ke arah kawasan tebing yang mempunyai struktur seperti kayu mati.
Namun, oleh kerana habitat pacu biasanya kawasan berair cetek, penggunaan kekuatan drag dan rod yang betul mampu mengekang situasi ini.
Begitupun, pacu masih mempunyai kelebihan pada keupayaan giginya untuk memutuskan perambut anda. Perambut kekuatan 30lb biasanya mudah sahaja diputuskan oleh seekor pacu bersaiz 1 kg.
Jadi pastikan anda menggunakan perambut yang bersesuaian dengan keadaan padang pancing anda.
Selain itu, untuk mendapatkan sedikit kelebihan dalam menangani kelebihan gigi pada seekor pacu ialah anda menggunakan mata kail yang mempunyai shank yang panjang.
Shank yang panjang sedikit sebanyak mengurangkan peratus gigi pacu berada pada perambut anda, sebaliknya akan berada pada shank mata kail anda ketikan tertancap pada
mulut pacu, seterusnya mengurangkan kadar tali perambut anda diputuskan oleh spesies rakus ini.
Pacu juga menjadi antara spesies ikan yang digemari oleh kaki pancing layang. Aksi rakusnya setelah membaham fly yang dilontarkan memberikan kepuasan yang sukar digambarkan.
Memancing udang galah boleh dilakukan dari tebing atau menggunakan sampan atau bot. Tetapi bagi saya, pancingan dari bot lebih sesuai kerana anda boleh bertukar lokasi sekiranya di satu-satu lokasi itu ‘senyap’ tiada sebarang getuan.
Untuk pancingan bot fiber menggunakan enjin 5-8 kuasa kuda, memadai hanya 2-3 orang sahaja dalam satu bot. Ini bagi membolehkan seorang itu memasang lebih dari 2 pancing setiap orang.
Selepas umpan dihulurkan, perhatikan setiap hujung joran. Ketika ini, tali harus sentiasa tegang. Bila sahaja ada getuan, sentap dengan lembut dengan cara mengangkat tinggi joran anda, bagi memudahkan mata kail tertancap kemas di mulut udang.
Terdapat juga kaki pancing yang ‘merasuah’ terlebih dahulu udang galah iaitu datang berkumpul di bawah bot dengan cara menebuk tin sardin, makanan kucing (jenis basah) dan menggantungnya di bawah bot.
Dengan cara ini, udang akan tertarik dan berkumpul dek kerana bau dari tin yang ditebuk ini. Pemancing akan menghulurkan sahaja pancing di bawah bot.
Ketika memancing udang, sikap malas jangan diamalkan. Umpan perlu selalu diperiksa. Caranya selepas 5 minit umpan dilabuhkan dan tidak ada sebarang isyarat, joran perlu diangkat untuk memastikan sama ada ia tersangkut atau pun sudah memperolehi udang.
Jadi kenalah rajin selalu. Jika selepas 15 minit masih tiada isyarat udang, ini bermakna kawasan tersebut tidak sesuai untuk pancingan udang dan perlu beredar ke tempat lain.
Sebaiknya umpan perlulah divariasikan dengan melontar joran dalam kedudukan berbeza iaitu balingan jauh, tepi, depan, belakang dan juga di bawah bot.
FAHAMI GETUAN UDANG GALAH
Perlu diingat, memancing udang galah ada kalanya tidak mendapat respon seperti mana anda memancing ikan.
Kadang-kadang memakan umpan tanpa menunjukkan sebarang gerakan. Ada juga yang menyambar dengan kasar seperti ikan.
Bahkan ada yang menarik umpan dengan keadaan separuh malu. Apa yang perlu ada ketahui lagi ialah, sambaran yang kecil dan perlahan tidak semestinya udang kecil dan sambaran yang kasar dan kuat tidak semestinya udang besar.
Jangan terkejut, kononnya bila anda mahu melihat sama ada umpan ada atau tidak, ketika separuh karauan kekili dilakukan, tiba-tiba sahaja hujung rod anda digetu kuat isyarat sang jenggo telah menelan umpan anda.
SEWA BOT
Kebanyakan spot memancing terkenal di negara kita memang ada menyediakan khidmat sewaan (harga cukup berpatutan) bot dan enjin, bot sahaja (enjin sendiri).
Hanya perlu bawa sendiri bot berkenaan. Jika anda masih baru dalam hobi ini, tanyalah dan berkenalanlah dengan mereka yang arif dan pakar memancing udang galah.
SOAL KESELAMATAN
Walaupun memancing udang galah dianggap tidak terlalu mencabar, soal keselamatan perlu sentiasa dititikberatkan.
Pakailah jaket keselamatan ketika berada di dalam bot. Begitu juga dengan pendayung yang perlu sentiasa ada di dalam bot.
Untuk pengetahuan, pancingan udang galah pada waktu malam sebenarnya lebih galak, namun memerlukan lebih ketelitian kerana pada malam hari pandangan mata amat terhad. Selain lampu suluh, parang juga hendaklah sentiasa dibawa.
Serangan nyamuk dan agas, perkara yang perlu anda hadapi, gunakan losyen penghalau nyamuk, ubat nyamuk, baju lengan panjang, lampu kepala, baju hujan dan sebagainya.
Memancing pada malam hari juga terdedah dengan binatang berbisa seperti ular. Berhati-hati jika anda memancing di bawah pokok. Sebaiknya jika lokasi memancing udang galah itu agak berbahaya, jauh dari penempatan, sebaiknya batalkan hasrat anda.
Memancing udang galah juga tidak terlepas daripada gangguan seperti umpan terlebih dahulu dimakan oleh anak-anak ikan. Sila berhati-hati melepaskan mata kail jika umpan terkena ikan yang berduri tajam. Jika terkena ular air, potong sahaja perambut tersebut.
PERINGATAN
Bercakap soal udang galah, tidak dinafikan memang terdapat hubungannya dengan reptilia bergelar sang buaya.
Apa yang penting ketika berada di dalam bot, mulut jangan cabul. Begitu juga dengan mata dan telinga perlu sentiasa peka memandang dan mendengar keadaan sekeliling.
Dalam soal memancing, soal semangat setia kawan hendaklah diutamakan. Sentiasa muhasabah diri dan bersyukur dengan rezeki pemberian Allah.
Jika anda memancing secara berseorangan atau berdua, maklumkanlah pemergian anda kepada keluarga. Jika trip ramai-ramai bersama rakan, patuhilah arahan ketua yang dilantik.
Untuk pemancing baru, jangan segan minta tunjuk ajar daripada mereka yang berpengalaman dan kaki pancing yang sudah biasa janganlah lokek memberi tunjuk ajar dan nasihat.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...