Guna gunting yang agak besar dan tajam untuk memotong kesemua siripnya yang tajam. Terutamanya sirip dorsal dan pektoralnya. Gunting hingga ke pangkal sirip merapat badannya.
Buang sisiknya menggunakan pisau dengan cara mengikisnya dari bahagian ekor ke arah kepala. Buang kesemua sisik yang melekat pada badannya.
Ads
Potong dan buang bahagian kepala dengan cara memotongnya pada bahagian leher di penghujung penutup ingsangnya. Kepala puyu tidak memiliki banyak isi yang boleh dimakan, malah ia boleh mendatangkan rasa hanyir.
Ads
Potong bahagian sirip perutnya terlebih dahulu sebelum membuang isi perutnya.
Potong bahagian ekor hingga ke pangkalnya. Semua ikan air tawar perlu dibuang ekor kerana pada bahagian ekor ini agak berlendir dan berbau hanyir.
Ads
Ikan puyu yang telah dibersihkan. Selepas dicuci bersih, sebaiknya lakukan proses membuang rasa hanyirnya sama ada merendamnya dengan air beras, tepung gandum atau sebagainya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Setiap rod atau joran pancing biasanya akan dicatatkan aksi dan kekuatannya oleh pengilang. Oleh boleh dilihat daripada nombor kekuatan yang diberikan, kita boleh mengagak jenis aksi joran terbabit.
Contoh, jika joran memaparkan kekuatan 20Ib-30Ib maknanya kekuatan joran adalah dari 20lb di bahagian hujung (tip) hingga maksimum 30lb di pangkal joran.
Kalau perbezaan kekuatan tidak ketara antara 20lb hingga 30lb, joran ini adalah joran aksi perlahan dengan lenturan parabolik. Sebaliknya, jika kekuatan dipaparkan ialah 8Ib – 30Ib maknanya joran ini adalah aksi cepat dengan lenturan tertumpu di bahagian hujung terlebih dulu.
Semakin besar jurang perbezaan kekuatan yang dipamerkan pada sebatang joran bermakna joran berkenaan memiliki aksi cepat dan sebaliknya. Aksi ‘ultralight’ pula merujuk kepada joran kecil seperti joran udang yang kekuatannya daripada 2lb hingga 8lb Status ‘heavy action’ pula merujuk kepada joran berkekuatan melebihi 80lb atau minimum aksi hujung dengan 50lb.
Salam semua. Pastinya Umpanian mahukan tips lebih senang apabila mengambil gambar waktu malam! Kebanyakan pemancing pergi mengail pada waktu malam, kerana senang nak dapat habuan besar.
Yang menjadi sukar apabila ikan-ikan yang diperolehi cantik, besar tapi bila nak ambil gambar pakai kamera mesti blur, tidak jelas, gelap sangat, goyang dan overexposed.
NIGHT-POTRAIT MODE
Semua kamera DSLR atau kamera digital biasa mempunyai mode night potrait seperti gambar di Mode ini menggabungkan flash dan exposure yang lama.
Dengan adanya flash, gegaran dapat dielakkan kerana fungsi flash adalah untuk ‘freeze’ objek. Mode ini adalah mode asas untuk mencuba fotografi malam.
HIGH-ISO
Dengan mengubah setting ISO kepada yang lebih tinggi (400,800,1600,3200), kelajuan shutter akan bertambah walaupun berada didalam keadaan yang kurang cahaya.
Cari dekat kamera anda NIGHT-POTRAIT MODE semua kamera DSLR atau kamera digital biasa mempunyai mode night potrait seperti gambar di Mode ini menggabungkan flash dan exposure yang lama.
Dengan adanya flash, gegaran dapat dielakkan kerana fungsi flash adalah untuk ‘freeze’ objek. Mode ini adalah mode asas untuk mencuba fotografi malam.
HIGH-ISO
Dengan mengubah setting ISO kepada yang lebih tinggi (400,800,1600,3200), kelajuan shutter akan bertambah walaupun berada didalam keadaan yang kurang cahaya.
Cari dekat kamera anda mengambil gambar sendiri, letakkan kamera diatas tripod dan gunakan setting self timer. Tripod ini juga bertujuan untuk mengambil gambar-gambar tanpa ada gegaran.
SABAR
Kesabaran amat penting ketika mengambil gambar begitu juga ketika memancing. Tidak sukar sebenarnya mengambil gambar ketika waktu malam.
Yang penting, fokus dan gunakan teknik seperti depth of field (DOF), depan blur belakang sharp untuk menghasilkan gambar yang lebih menarik.
Tip tambahan
Sekiranya anda mahu memberhentikan larian seorang atlit, penunggang basikal atau apa saja objek yang bergerak, gunakan kelajuan yang pantas atau tinggi seperti 1/500 atau 1/1000 saat. Kelajuan pantas sebegini juga boleh membekukan percikan air atau kereta F1 di atas trek.
Saya ada satu persoalan yang memeningkan kepala. Sebagaimana yang kita tahu ikan siakap boleh dipancing di kawasan muara. Namun, ketika musim tengkujuh lubuk-lubuk siakap di muara menjadi kosong. Ke mana siakap pergi?
JAWAPAN:
Soalan yang kedengaran mudah tetapi sulit untuk dihurai jawapannya. Memandangkan admin bukanlah pemburu siakap tegar, yang sentiasa memantau pergerakan siakap tanpa mengira musim, sudah tentu admin tidak dapat menyatakan di mana siakap menyorok pada musim tengkujuh.
Namun untuk tidak menghampakan, admin jelaslah serba sedikit berkaitan dengan habitat dan tabiatnya. Dalam keadaan semulajadi ikan siakap lazimnya akan mendiami sungai dan air laut.
Diet utamanya adalah anak-anak ikan (termasuk anaknya sendiri) dan juga udang, serangga kecil seperti cengkerik dan cacing. Kajian juga mendapati bahawa ikan siakap muda akan makan zooplankton (hidupan halus dalam air).
Ikan ini merupakan jenis katadromous yang tinggal di sungai dan menyusur sungai dan ke kuala dan lembah takungan banjir bagi proses bertelur. Selalunya pada permulaan musim hujan ikan jantan menyusur ke hilir bagi bertemu ikan betina dan seterusnya akan bertelur dengan banyaknya (berjuta setiap ekor).
Ikan dewasa lazimnya tidak menjaga telur atau anaknya yang memerlukan air payau untuk terus hidup dan membesar. Ikan ini adalah jenis dikatakan ‘hermaphroditik turutan’ di mana kebanyakan ikan matang sebagai jantan dan menjadi betina selepas sekurang-kurangnya satu musim mengawan dengan itu kebanyakan ikan siakap besar adalah betina.
Oleh yang demikian, untuk memburu ikan siakap pada musim tengkujuh, mungkin anda perlu menyusur lebih jauh ke kawasan air payau yang menjadi lokasi ia bertelur.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...