Faktor umpan tak mencukupi memang selalu berlaku ketika keluar memancing. Bayangkan, tengah syok layan ikan, tiba-tiba umpan tak cukup, mesti potong stim kan? Jadi, sentiasalah bawa umpan yang mencukupi. Berlebihan sikit pun tak apa, asalkan anda takkan putus umpan.
Ini juga penting kerana, kebiasaannya ikan akan gemar melakukan kejutan di saat-saat akhir. Bayangkan kalau tukang tangguk atau gancu anda terkial-kial hendak menaikkan ikan dan ikan memecut di saat akhir. Pastinya ia akan membawa kegagalan buat anda.
Kes joran terbang ke laut atau sungai, tali habis dan macam-macam lagi memang selalu terjadi bila tiada pengawasan daripada anda.
Ads
Jadi, kalau nak jadi pemancing berjaya, sentiasalah mengawasi rod anda, bagi mengelakkan rod anda lebur menjadi tukun di dasar laut, sungai ataupun tasik.
Ads
Rod, reel, mata kail dan sebagainya harus sentiasa diambil berat kondisinya. Pastikan set pancing anda disimpan di tempat yang selamat lepas digunakan. Ini bagi mengelakkan ia rosak di kemudian hari.
Untuk menjadi pemancing berjaya adalah penting untuk anda sentiasa merancang trip memancing anda mengikut kesesuaian musim. Ambil tahu keadaan tempat memancing, jenis ikan dan teknik terbaik sebelum anda keluar memancing.
Lubuk yang terbaik memang sering menjadi perhatian kaki pancing yang lain. Jadi untuk mengelakkan bersesak-sesak memancing di satu lubuk, adalah baik untuk kita mempunyai ‘back-up plan’ lubuk memancing kita sendiri bila situasi seperti ini terjadi.
Ads
Ini adalah penting untuk keselamatan anda. Jika keadaan benar-benar tidak mengizinkan adalah lebih baik untuk anda membatalkan hasrat keluar memancing. Jangan sekali-sekali cuba untuk menggadai nyawa anda keluar memancing sewaktu cuaca tidak mengizinkan.
Kita tidak akan pernah tahu teknik apa yang akan menjadi pilihan ikan pada hari kita memancing. Jadi, adalah wajib bagi setiap kaki pancing cuba mempelbagaikan teknik yang anda tahu untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Bertempat di salah sebuah pangkalan atau jeti Kampung Sepayang, yang sebenarnya lebih merupakan port parkir sampan, sebanyak 8 buah bot fiber berkapasiti 2-3 pemancing, dengan purata enjin 4-8hp bersama guide dan tekong sambilan sedia menanti untuk memberikan perkhidmatan. Malahan set pancing turut disediakan oleh pihak penyelia trip ini.
Dengan berumpankan cacing tanah dan jantung, tekong-tekong membawa kami ke beberapa spot menarik di sepanjang Sungai Pontian. Sekitar 15 minit menghilir Sungai Pontian, spot yang dipercayai lubuk jenggo segera diuji.
Beberapa sampan yang dinaiki oleh ahli trip yang terdiri dari pengamal media tempatan dan antarabangsa serta pihak Tourism Malaysia tidak menunggu lama untuk mendaratkan spesies yang diburu.
Hilir Sungai Pontian yang cantik persekitarannya, hijau airnya, lembut arusnya dan damai keadaannya ini bertukar suasana umpama berada di fiesta apabila semakin ramai pemancing yang berjaya menarik keluar jenggo dari lubuknya.
Menariknya, memancing udang galah di Sungai Pontian ini kebanyakan jenggo yang dinaikkan mendiami spot di pertengahan sungai terbuka. Sementara udang berstaus udang megi pula mudah dipancing di kawasan berhampiran tebing atau lubuk-lubuk di bawah pokok nipah.
Jantung ayam menjadi umpan pilihan utama jenggo. Biarpun lebih lambat menerima getuan dari berumpankan cacing tanah, hampir majoriti jenggo yang dinaikkan berumpankan jantung ayam.
Selesai sesi pagi, rombongan trip menjenggo ini kembali ke pangkalan bagi menikmati makan tengah hari yang disediakan oleh pihak penyelia.
Juadah istimewa jenggo dan ikan pelaling celup tepung ternyatakan melalikan semangat sebahagian besar pengamal media antarabangsa untuk meneruskan sesi kedua menjenggo.
Hanya pengamal media dari negara China saja yang mula terkena getah tarikan si jenggo. Biarpun sekadar mendaratkan beberapa ekor udang saja, beliau seperti jatu cinta dengan keunikan pancingan udang galah.
Rumusan dari trip ini bolehlah disimpulkan bahawa Sungai Pontian berpotensi besar untuk dimasukkan dalam kalendar lokasi menjenggo bagi pecinta pancingan udang galah .
Dengan sedikit kenaikan taraf jeti atau pangkalan, bot fiber dan servis pakej memancing, nescaya Kampung Sepayang dan Sungai Pontian akan menjadi destinasi utama kaki jenggo.
Dulu-dulu orang memancing dapat ikan. Sekarang kalau tersilap lubuk, memancing bukan dapat ikan tetapi dapat orang. Ini bukan lawak, tetapi kisah benar seperti yang terjadi suatu ketika di Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang.
Seorang nelayan turun ke laut jam 6.30 petang untuk mencari ikan. Sebelum memulakan rutin harian, dia menemui mayat seorang kanak-kanak yang seminggu sebelumnya dilaporkan hilang di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya.
Tidak dapat dipastikan angkara siapa menyebabkan mayat kanak-kanak 6 tahun, yang telah reput terdampar di situ. Apa yang pasti kanak-kanak malang itu bukan yang pertama terapung di situ. Seperti yang dilaporkan media, banyak lagi mayat telah ditemui terapung di kawasan perairan tersebut.
Ini membuktikan bahawa manusia sudah hilang nilai-nilai kemanusiaan dan menjadi lebih ganas daripada binatang buas. Mereka sanggup membunuh, dan mencampakkan mayat mangsa ke dalam sungai atau laut.
Sekiranya sungai dan laut boleh bercakap, pasti mereka menyatakan keluhan dan sesalan di atas perbuatan biadab manusia. Rupanya semakin tinggi peradaban, dan semakin canggih kehidupan, manusia menjadi semakin singkat fikiran. Semakin bodoh dan zalim.
Sungai dan laut yang sejak azali menjadi sumber utama kehidupan, sudah semacam tidak dihargai. Banyak sungai kita diletakkan pada status tidak selamat sebab airnya telah dicemari oleh pelbagai bahan toksik. Usahkan hendak digunakan untuk minuman, untuk dibuat mandi pun sudah tidak selamat.
Sungai dijadikan tempat buangan sisa industri. Kekotoran kilang dan pembangunan di hulu sungai, akan mencemarkan air. Sebab itu air sungai yang dulunya jernih dan dingin, kini sudah bertukar warna. Ada warna teh tarik, malah ada warna kopi-O. Tidak ada siapa yang berani mandi manda, apa lagi untuk minum air seperti itu.
Tidak sahaja sisa industri, sungai kita juga dicemari seribu satu sampah saraf. Orang kita tidak sedikit pun menghargai sungai. Semua yang tidak dikehendaki akan didamparkan dalam sungai – dari tisu pengelap peluh, kulit pisang, kulit durian, lampin bayi, tuala wanita, coli buruk, seluar dalam buruk, pendek kata apa sahaja dibuang ke dalam sungai.
Malah, akhir-akhir ini sungai juga menjadi tempat membuang bayi! Selalu kita membaca berita mengenai penemuan mayat bayi di dalam sungai. Insan tidak berdosa yang masih bertali pusat itu terapung-apung di dalam sungai. Alangkah zalimnya manusia.
Sebab itu memancing di kawasan yang dulu terkenal dengan pelbagai jenis ikan, kini mungkin tidak banyak ikan seperti dulu. Sepanjang hari memancing, ikan tidak menyambar umpan. Puas dan lenguh – malah ada yang terlena – memegang joran, tidak ada ikan yang sudi menghidu mata kail.
Kalau nasib baik, ada yang menyentap mata kail setelah menunggu sekian lama. Bukan main bersemangat melayan ikan di hujung joran. Terasa seperti menarik ikan besar, mungkin bapak haruan, atau paling tidak pun anak toman.
Rupa-rupanya nasib baik menjadi tidak baik, apabila yang ditarik dan melekat pada mata kail bukan anak toman, jauh sekali bapak haruan, sebaliknya seluar dalam yang koyak dan usang. Ku sangka ikan, rupanya seluar dalam saiz XXL. Kalau seluar dalam wanita boleh juga rendam dan airnya boleh buat ubat jerawat!
Bukan sahaja seluar dalam, ada juga benda-benda lain yang tersangkut pada mata kail, termasuk coli wanita, tuala wanita, lampin bayi. Kulit durian dan baldi buruk pun tersangkut pada mata kail. Puas dan bersemangat menarik joran rupa-rupanya yang melekat pada mata kail hanyalah selipar jepun putus tali. Begitulah kotornya sungai kita sekarang!
Maka teringat saya pada Sungai Ring di kampung saya di hulu Muar. Zaman kanak-kanak dulu sungai ini adalah sumber utama kehidupan seluruh penduduk kampung. Setengah abad dulu kampung saya – juga kampung-kampung lain sejiran – tidak ada bekalan air paip. Sungai inilah sumber air utama.
Air sungai ini digunakan untuk minuman, masakan segala makanan. Air sungai ini juga untuk cucian dan mandian harian. Di sini jugalah saya dan kawan-kawan sekolah menjadi ‘Tarzan’.
Setiap kali pulang dari sekolah, kami berhenti di permandian. Lempar beg sekolah di tebing, tanggal baju, tanggal seluar, berbogel kami terjun ke sungai, mandi dan berendam hingga semuanya kecut.
Kalau nasib tidak baik, apabila terlajak menjadi Tarzan dan tiba di rumah lewat, emak akan berleter. Lebih teruk lagi sekiranya abah tahu, saya akan di sesak dengan tali pinggang atau rotan. Ada amaran dari abah:
“Kalau engkau mandi lagi di sungai tu, aku repot rumah pasung, biar polis tangkap engkau!”
Amaran demi amaran, tetapi saya tidak ambil pot. Pertama, saya tahu mana ada polis yang hendak menangkap budak mandi sungai. Kedua, kalau betul polis tangkap dan dimasukkan dalam lokap rumah pasung (balai polis) mesti tidak cukup lokap sebab ramai budak-budak mandi sungai.
Jadi, walaupun kena rotan, saya tidak pernah serik untuk menjadi Tarzan di Sungai Ring. Airnya yang jernih lagi dingin itu terasa segar betul meresap ke seluruh tubuh. Kalau rasa dahaga ketika mandi, teguk terus air sungai itu, walaupun ada teman-teman berkata:
“Ahhh, engkau minum air kentut aku!”
Di sungai itu juga penduduk mendapat sumber protein. Abah memasang lukah sebelah petang – umpannya biji getah yang direbus – dan sebelah pagi sebelum ke sekolah saya mengangkat lukah, gembira sekali melihat haruan, puyu, terbul menggelepar di dalam lukah. Sekali sekala masuk juga ketam air tawar, di tempat saya dipanggil ‘kertah’.
Ada juga yang menjala. Mula-mula taburkan umpan kepala parut yang ditumbuk dan digaul dengan ubi rebus. Campakkan umpan dalam air, sepuluh minit kemudian tebar jala, dan akan tersangkut terbul, tonjeng, anak baung atau sebarau.
Bagi pemancing pula, umpannya cacing atau telur kerengga, pasti tidak akan kecewa. Tidak sampai setengah hari menghulur joran, pasti pulang dengan toman, baung, malah kalau nasib baik dapat pula udang galah sebesar lengan budak.
Sekali turun memancing, cukup makan sekeluarga. Musim air besar, atau bah, ada ikan-ikan besar seperti tapah, ketutu. Tetapi, silap-silap gaya buaya pun ada!
Pendek kata Sungai Ring adalah sumber rezeki untuk penduduk setempat. Itu setengah abad dulu! Hari ini orang gila pun tidak sanggup menjadi Tarzan di situ. Sungai itu telah diluruskan. Pembangunan telah mencemarkan air sungai tersebut. Tidak lagi jernih, airnya kita keruh sepanjang masa, bertoksik dan tidak boleh diminum.
Pelbagai spesies ikan sudah pupus. Jangankan seluang dan kertah, buaya tembaga pun tidak sanggup hidup di sungai tersebut. Kalau ada haruan dan puyu pun warnanya sudah hitam legam seperti besi. Orang tidak berani memakan ikan di situ sebab mengetahui ikan di situ makan sekian banyak toksik.
Saya percaya kalau pasang lukah sekarang tidak ada haruan atau terbul yang masuk. Kemungkinan besar lukah akan dipenuhi lampin bayi, tuala wanita atau coli buruk.
Manusia tidak menghargai sungai, maka sungai pun tidak lagi memberi rezeki. Bayangkan sekiranya satu hari nanti semua sungai dicemari, di mana kita hendak memancing? Fikirkan dengan serius!
Mata kering mampu membuatkan orang lebih sukar untuk melakukan beberapa kegiatan, seperti menggunakan komputer atau membaca untuk jangka waktu yang agak lama. Maka dari itu anda perlu memakan ikan kakap batu ini untuk mengatasinya.
Mencegah Herpes
Herpes merupakan jenis penyakit kulit yang disebabkan oleh virus varisella, dapat menyebabkan kulit menjadi ruam. Biasanya disulami sakit dan demam. Jika mengalami seperti itu terkadang penyakit sering cepat sembuh dan kemudian muncul lagi. Namun ikan kakap batu dapat mencegahnya.
Mengandungi Protein Tinggi
Dengan pengambilan ikan pecah periuk setiap hari, ia dapat memberi manfaat yang mencukupi keperluan protein tubuh kita, membantu melancarkan proses metabolisme. Selain dapat mengatasi depresi, meningkatkan mood dan baik untuk pencernaan.
Mencegah Rematik
Sering memancing pada waktu malam akan menjadi salah satu penyebab rematik. Ketika berada dalam keadaan cuaca sejuk, udara yang lembab dan angin kencang, maka tubuh akan mengalami penyumbatan tenaga. Namun anda tidak perlu terlali risau kerana pengambilan ikan pecah periuk ini mamp mencegahnya.
Mencegah Obesiti
Daging ikan pecah periuk tergolong kadar lemaknya rendah jadi dapat mencegah obesiti atau kelebihan berat badan. Jadi apabila anda makan sehari tiga ekor ikan pun tidak berpengaruh jadi cepat gemuk. Selain itu juga terhindar dari kolesterol tinggi, sehingga jauh dari penyakit yang dapat membahayakan tubuh anda.
Mengandungi Zat Besi
Zat besi yang terdapat pada ikan pecah periuk bermanfaat sebagai bahan utama pembentukan darah. Sehingga ini juga baik apabila diamalkan oleh penderita anemia, supaya membantu eritrosit. Selain itu juga daya tahan tubuh anda akan tambah meningkat, jadi tidak akan mudah pening, lelah ataupun lesu.
Memperkuat Tulang dan Gigi
Kandungan mineral berupa kalsium dan fosfor yang ada pada ikan pecah periuk memberi manfaat untuk memperkuat struktur tulang serta gigi manusia, sehingga terhindar dari kerapuhan tulang. Maka dari itu ini sangat baik apabila diambil secara rutin, terutama bagi masa tumbesaran anak-anak.
Menurunkan Kolesterol Tinggi
Ikan pecah periuk jika dimakan secara rutin dan teratur berkhasiat dapat menurunkan kolesterol tinggi pada tubuh anda, kerana mengandung kadar lemak yang sangat rendah. Bahkan ia turut membantu menghalang timbulnya penyakit serangan jantung mahupun stroke.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...