Ads

Bagaimana Nak Dapat Berkat Ketika Memancing!!

 

Jangan lupa membaca Bismillah dan selawat ke atas nabi sebelum baling umpan atau memulakan aktiviti memancing.

Jangan terlalu bising semasa memancing umpama keadaan di temasya. Hormati persekitaran serta pemancing yang lain.

Jangan hebah-hebahkan kalau anda hendak pergi memancing, cukuplah sekadar memberitahu kepada rakan rapat dan ahli keluarga terdekat.

 

 

Ads

Jangan membangga diri dengan hasil tangkapan sebaliknya bersyukurlah kerana mungkin ada rakan yang tidak bernasib baik seperti anda.

Jika memperoleh hasil yang sedikit atau ikan kecil, bersyukurlah kerana itu rezeki yang diberikan kepada kita.

Jangan lupa bersedekah dengan hasil yang kita dapat. InsyaAllah kita akan memperoleh rezeki yang lebih bagus apabila memancing lagi.

Ads

Hasil tangkapan yang didapat hendaklah dihormati sebagaimana makhluk bernyawa yang lain.

 

 

Ads

Jangan menzalimi haiwan. Walaupun ikan yang ditangkap bukanlah ikan sasaran, jangan sesekali menzaliminya dengan perbuatan yang tidak sepatutnya.

Niat memancing kerana untuk mencari rezeki. Dari situlah kita akan memperoleh keberkatan dalam memancing.

jangan pergi memancing jika orang tua mahupun isteri tak merestui kerana restu sangat penting dalam memperolehi keberkatan.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip memancing, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Tak Kumpau Punya!

Buat Perkara Ini Jika Hujan Ketika Mancing

 Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...