Tali kail yang paling ideal untuk digunakan adalah sekitar 15lb hingga 20lb. Seandainya anda mensasarkan ikan bersaiz mega, guna tali kail sekitar 30 hingga 40lb. Tidak perlu tali mahal. Tali berharga 50 sen segulung pun boleh. Panjang atau pendek tali kail bergantung kepada cita rasa pemancing, namun had maksimum kepanjangan tali adalah sama dengan panjang joran.

 

Sekiranya panjang tali melebihi joran, ia akan menyukar pemancing untuk meletak umpan ke lapang sasaran. Kepanjangan ideal tali joran pula adalah sekitar satu jengkal dari panjang joran. Ia memudahkan anda melabuhkan umpan dan mengangkat pancing walaupun ketika duduk.

 

Bagaimana Menggunakan Joran Bertam Dengan Tepat

 

Mata kail pula mengikut kesesuaian ikan sasaran anda. Bagi saya dan kawan-kawan memadai menggunakan mata kail bersaiz antara 8 hingga 12. Ia sudah cukup ideal untuk ikan kecil dan besar.

 

Untuk umpan memadai hanya menggunakan cacing dan cengkerik sekiranya anda menyasarkan ikan-ikan paya seperti keli, senggiring dan haruan namun ia kerap dicuri ikan selat. Umpan udang kertas sangat efektif menjerat ikan tilapia.

IKLAN

 

Bagaimana Menggunakan Joran Bertam Dengan Tepat

 

Kadangkala patin juga membaham umpan ini. Hati ayam untuk menjerat ikan mega seperti patin dan pacu, juga berkemungkinan dibaham labi-labi. Umpan dedak pula untuk mencari ikan lampam, rohu dan patin.

 

Seandainya umpan anda dibaham ikan, jangan gopoh untuk terus menarik naik ikan. Tundukan joran anda dan ikut ikut pergerakan ikan. Seandainya ikan menarik, hulurkan joran anda ke depan.

IKLAN

 

Bagaimana Menggunakan Joran Bertam Dengan Tepat

 

Perlu diingat, keseluruhan joran anda berada di dalam tahap keupayaan paling terhad. Anda tidak boleh menghulur tali tabahan, apa yang boleh dilakukan hanyalah mengangkat dan menghulur joran.

 

IKLAN

Mudah dan murah

 

Uniknya, keseluruhan joran anda boleh terapung. Maka seandainya ikan tidak mampu dinaikkan, lepaskan joran anda dan biarkan ia membawanya sehingga ia letih, namun anda perlulah mengekori joran anda. Kaedah ini hanya boleh digunakan di kolam sahaja.

 

Jangan mengangkat tinggi joran anda bagi mendaratkan ikan melebihi 500 gram, sebaliknya seret ikan anda ke tepi. Guna sauk untuk mengelakkan anda berputih mata.

 

Bagaimana Menggunakan Joran Bertam Dengan Tepat

 

Hasil kunjungan berhari-hari kami ke kolam dan paya berhampiran rumah, pelbagai hasil telah kami naikkan. Dari ikan seluang sebesar jari sehinggalah patin anggaran 1.5kg kami naikkan menggunakan joran bertam. Dari ikan picisan sehinggalah ke ikan sasaran, keasyikannya membuai rindu mengusik sukma.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI