Elakkan dari menegakkan joran secara tegak (90 darjah) ketika meletakkannya pancang kerana sentapan kasar ikan boleh menyebabkan tip (hujung joran) patah.
Selepas memancing di laut atau air masin, bilas cincin-cincin joran dengan air paip secukupnya sebelum disimpan bagi mengelakkan cincin berkarat akibat pembentukkan garam.
Sapukan baby oil pada blank (batang joran) dan cincin bagi memanjangkan usianya khususnya jika sering memancing ketika panas.
Ads
Berikan perhatian apabila membawa joran terutama joran 1 piece kerana sering berlaku tip joran patah kerana kemalangan di dalam kereta.
Sebelum membuat balingan, sentiasa perhatikan belakang anda tip joran cukup mudah patah sekiranya mata kail atau umpan yang akan dilontar tersangkut pada sesuatu objek.
Ads
Pasti juga berat umpan yang anda gunakan sepadan dengan skala kemampuan joran anda untuk menampungnya.
Ads
Jangan sesekali menarik tali pancing yang tersangkut di dalam air dengan menggunakan joran kerana dengan mudah joran akan patah.
Seboleh-bolehnya gunakan sauk atau gancu untuk mendaratkan ikan walaupun ikan tidaklah sebesar mana.
Jangan terlalu mudah bagi pinjam pada member… khususnya member yang baru belajar memancing.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Kenapa orang yang tinggal berdekatan sungai pegunungan, kualiti kesihatan mereka lebih bagus berbanding netizen di bandar? Salah satu sebabnya kerana mereka mengamalkan pemakanan yang sihat. Contohnya dengan mengambil protein bermanfaat tinggi dari ikan sebarau.
Menyembuh luka
Apabila anda mengalami luka-luka kecil, cubalah makan ikan sebarau kerana ia membantu luka jadi cepat kering. Ini kerana dalam daging sebarau mengandung albumin (protein yang dihasilkan oleh hati) dalam kadar tinggi yang termasuk dalam salah satu jenis protein yang sangat penting dalam proses penyembuhan luka pada tubuh.
Membantu pembentukan otot
Kandungan protein pada ikan sebarau tergolong tinggi sehingga bila anda memakannya secara rutin, ia banyak membantu dalam proses pembentukan otot pada tubuh manusia. Oleh karena itu seringlah memakan ikan ini.
Proses pencernaan sempurna
Pengambilan ikan sebarau tidak akan mengakibatkan susah untuk buang air besar sebab dagingnya mudah dicerna, lancar serta mudah diserap oleh alat pencernaan manusia. Sehingga tidak akan mengakibatkan penyumbatan terutama dalam usus.
Memperbaiki gizi
Daging ikan kaya dengan vitamin serta mineral sehingga dapat memperbaiki gizi yang kerap ada pada negara kita ini. Maka dari itu cobalah rutin memakannya supaya keperluan gizi tubuh dapat ditampung dengan baik.
Meningkatkan kecerdasan otak
Memakan ikan sebarau setiap hari ternyata dapat meningkatkan kecerdasan otak karena didalamnya terdapat omega 3 yang membantu menutrisi otak sehingga operasinya lancar. Selain itu juga mampu meningkatkan daya ingatan anda.
Menjaga keseimbangan cairan dalam badan
Kandungan albumin pada ikan sebarau juga berkhasiat untuk menjaga keseimbangan cairan dalam tubuh. Jika kondisi kadar cairan tubuh berkurang, maka protein yang masuk akan pecah sehingga tak dapat berfungsi secara normal. Oleh karena itu anda perlu memakan ikan ini.
Meningkatkan daya tahan
Makanlah ikan sebarau secara kerap, dengan itu akan dapat membantu meningkatkan daya tahan tubuh anda supaya tidak mudah diserang pelbagai penyakit akibat perubahan cuaca mahupun terlalu banyak aktiviti.
Menaikkan selera makan
Kalau sudah bosan dengan makanan harian anda, cubalah jadikan ikan sebarau sebagai menu anda. Ikan sebarau memiliki rasa yang lazat dan boleh dijadikan pelbagai hidangan. Tekstur daging yang sangat lembut dan lemak manis akan membantu meningkatkan selera makan anda. Ikan sebarau mengandung protein, zat besi, Omega 3, Vitamin A, Vitamin D, fosfor, Vitamin B12, kalsium dan lain-lain. Antara lain lagi khasiat sebarau ialah…
Siakap merupakan spesies idaman ramai pemancing kerana kesukaran mendapatkannya dan keseronokan melayannya. Justeru itulah ada yang berusaha pelbagai cara untuk memperolehinya walaupun dengan kaedah meragukan.
Sebelum turun memancing, jangan sesekali mengerjakan pancing seperti memasang mata kail dan batu ladung pada waktu malam. Jika dilanggar pantang larang ini, esoknya pancing kamu tidak akan disentuh ikan.
Sebagai usaha kita disamping ketentuan nasib, sebaiknya koyan dan tali pancing baru, sebelum digunakan, ditangas (diasapi) dahulu dengan membakar bola sepak yang tidak digunakan lagi. Makrifat di hati kita sebagaimana bola dikejar pemain ke sana ke mari di atas padang, begitulah juga pancing kita akan dikerumuni ikan.
Sebaiknya ikan pertama yang mematuk umpan pancing baru kita, biarlah dari jenis ikan yang bersisik. Lagi besar ikan-ikan dari jenis ini lagi baik. Pancing kita akan berezeki dan selalu dipatuk ikan-ikan besar.
Tapi kalau ikan pertama yang mematuk pancing baru kita dari jenis ikan tidak bersisik seperti duri, sembilang atau belukang, baik buang saja pancing itu. Pancing itu tidak akan berezeki.
Seperkara lagi, sewaktu hendak mengikat mata kail, sebaiknya mata kail dimasukkan ke mulut kita dan digigit dahulu. Niatkan bagaimana mata kail ini masuk ke mulut kita begitulah juga ia akan masuk ke mulut ikan. Ikatlah mata kail itu dengan 7 lilitan.
Bilangan ganjil lilitan akan membuatkan ikan sentiasa mematuk pancing kita bagi menggenapkan bilangan ganjil tersebut.
Layanlah dengan baik semua makhluk Allah yang bernyawa. Udang yang kita buatkan umpan ini juga bernyawa dan seharusnya dilayan dengan baik dan penuh simpati. Memang dia telah ditakdirkan untuk berkhidmat kepada manusia dan menjadi habuan kepada makhluk-makhluk lain. Jika mahu berasa aman dan dihormati, kita juga mestilah membuat makhluk lain merasa aman dari perbuatan kita.
Admin beranggapan Pintail yang dimaksudkan dalam soalan yang dikemukakan ini ialah gewang minnow tenggelam atau keluaran Jackson atau Jackson Pintail minnow singking fishing lure. Pintail ini sebenarnya bukanlah gewang artificial yang baru dalam dunia pancingan tanah air. Jika tidak silap admin, ia telah digunapakai semenjak tahun 2010 lagi.
Keberkesanan gewang pintail ini menyebabkan ia ditiru oleh banyak pengeluar barangan pancing. Penggunaan pintail di Malaysia lebih menjurus kepada pancingan tenggiri dengan teknik mengilat. Atau dalam erti kata lain, gewang ini terbukti sebagai killer lure untuk tenggiri.
Ia biasanya digunakan bagi menjerat tenggiri di kawasan-kawasan unjam atau banyak terdapat ikan-ikan pelagik seperti tamban atau selar. Pengalaman admin sendiri, sekiranya ada kumpulan tenggiri yang berlegar di unjam, gewang ini cukuplah berkesan. Malah ia turut berkesan untuk menjerat ikan lain seperti talang, belitong, gerepoh mahupun jemuduk.
Dengan menggunakan peralatan pancing yang bersesuain untuk aktiviti mengilat (sesuai untuk menampung berat pintail yang biasa digunakan ialah 40 gm dan menawan tenggiri sehingga saiz 10 kilogram), pintail akan dilontar ke kawasan yang berpotensi hadirnya ikan pemangsa seperti tenggiri.
Pintail dibiarkan tenggelam beberapa saat bergantung kepada kedalaman lubuk. Untuk mencapai kedalaman 10 meter (30 kaki), pintail akan dibiarkan tenggelam dalam jangka masa 10 saat. Kemudian ia perlu dikarau dengan kelajuan tinggi. Antara kelebihan pintail, semakin ia dikarau laju makan semakin cantiklah aksi renangan. Oleh yang demikian, penggunaan kekili yang memiliki nisbah karauan yang tinggi amatlah penting.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...