Setelah disengat lebah, segera lepaskan penyengat yang tertinggal di kulit secepatnya atau dalam waktu 30 saat. Anda dapat menggunakan kuku, pinset atau sebagainya. Lakukan ini dengan hati-hati agar tidak memecah kantung racun tersebut. Dengan melakukan hal ini, anda telah membatasi jumlah racun yang masuk ke aliran darah.
Jika memakai cincin dan mengalami sengatan di bahagian jari atau sekitarnya, segera tanggalkan cincin tersebut. Hal ini untuk menghindari efek pembengkakan yang akan berlaku.
Setelah melepaskan penyengat dari permukaan kulit, cuci bahagian tersebut dengan air dan sabun.
Selanjutnya, anda boleh tuam dengan ais pada bahagian terkena sengat untuk mengurangi pembengkakan.
Ads
Bila Anda mengalami tanda dan gejala reaksi alergi berat atau anafilaksis, segera dapatkan rawatan perubatan di pusat kesihatan berdekatan.
Jangan pukul lebah yang menyengat anda, kerana ia akan menjadikan keadaan bertambah lebih teruk.
Ads
Jangan membatu diri, ini adalah cara yang salah, kerana lebah akan terus menyerang jika anda membatukan diri
Lari seberapa laju yang mungkin dan seberapa jauh yang boleh, kerana lebah hanya akan menyerang jika merasakan diri mereka diancam, dan pastikan anda berlari berlawanan arah dari arah anda diserang.
Ads
Jika anda berkhemah di lereng bukit, jangan lari menuruni lereng bukit,kerana ia amat merbahaya, pastikan anda lari mengikut permatang bukit ataupun jalan bukit.
Seandainya anda tidak mampu lari, cuba capai selimut, kain khemah, sleeping bag, fly-sheet, ataupun apa sahaja yang boleh dibuat selimut, selimutkan diri anda dan batukan diri, tapi cara ini amatlah tipis keberkesanannya.
Rebahkan diri ke atas tanah, cuba ambil daun-daun kering, dan litupi badan anda dengan daun-daun kering serta cuba ambil tanah dan timbuskan tubuh anda.
Tutup telinga dan hidung anda seboleh-bolehnya ketika berlari, kerana lebah lebih cenderung untuk menyengat bahagian-bahagian di kepala.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Dengan semua jenis tuna di dunia, sesetengah saintis beranggapan dogtooth tuna (Gymnosarda unicolor) adalah spesies yang paling menarik.
Pertama, mereka tidak secara teknikal tergolong dalam ‘tuna sebenar’, tetapi sebaliknya mereka adalah dari keluarga ikan bonito terbesar.
Kedua, mereka mempunyai pundi renang besar dan unik yang membolehkan mereka muncul di habitat berlainan dan berkelakuan sangat berbeza dengan lain-lain tuna tropika (tuna sebenar) yang lain seperti yellowfin dan skipjack.
Dan perbezaan ini menjadikan tuna dogtooth sebagai salah satu sasaran ikan sukan tropika yang paling mencabar di dunia.
Ikan aya budak (pernah juga dipanggil tuna gigi anjing) atau dalam bahasa umumnya dogtooth tuna juga dikenali sebagai lizard mouth tuna, white tuna, vau, dadori tuna, kidukidu.
Nama mereka berasal dari barisan giginya yang hampir menyamai barisan gigi anjing.
Kerana mereka sering memakan ikan karang, dogtooth diiktiraf pembawa toksin ciguatera di beberapa lokasi.
Tuna pelagik ini mendiami kawasan tropika dan subtropika di Lautan Pasifik Barat, Lautan Hindi dan sekeliling kawasan terumbu karang merupakan habitat utamanya.
Ia telah pupus di Laut Merah Selatan dan hadir secara sporadikal di perairan Jepun selatan serta di sekitar Papua New Guinea, Kepulauan Marshall, Kepulauan Society, Kepulauan Marquesas dan dari seluruh Afrika Timur ke Australia.
Ia adalah spesies migrasi, tetapi diketahui memasuki perairan pantai semasa musim panas.
Pemangsa ini biasanya ditemui di sekitar atau terumbu, terusan, paloh atau kawasan berbatu, di mana ia banyak didiami ikan karang.
Dogtooth akan gemar memakan ikan makarel kecil, sotong atau ikan pelagis kecil lainnya.
Ikan-ikan luar pesisir ini boleh ditemui terutamanya dalam persekitaran terumbu dengan ikan yang lebih kecil yang lebih biasa dijumpai di kawasan terumbu cetek dan yang lebih besar yang menghantui kawasan terumbu karang yang mendalam dan gunung laut.
Spesimen gergasi biasanya bersendirian atau dalam kumpulan pada kedalaman 10-300 meter.
Dogtooth tuna boleh mencapai panjang 190-248 sentimeter (spesies jantan) dan berat maksimum sehingga 130 kg.
Saiz purata lazimnya ditemui adalah sekitar 40 hingga 120 cm. Mereka mempunyai 12-14 sirip dorsal lembutl dan 12-13 sirip anal lembut.
Aya budak ini mempunyai bentuk melengkung dan warna badan tersendiri: hijau biru yang cemerlang di bahagian belakang, keperakan di sisi dan keputihan pada perut, dengan dua tompok putih pada kedua sirip belakang dekat dengan pangkal ekornya.
Mereka sentiasa berenang dengan rahang terbuka dengan bukaan mulut yang luas hingga mencapai mata.
Ikan siakap merah atau mangrove jack (MJ) terkenal dengan kerakusannya memburu makanan dan jaya juangnya yang kuat apabila terkena pancing serta kepintarannya membawa lari gewang ke kawasan reba dan batu.
Siakap Merah mudah ditemui di kawasan berstruktur seperti reba, batu dan karang. Lazimnya hidup secara berkumpulan apabila masih kecil dan apabila besar sifat kewilayahannya terserlah dan hidup dalam kawasannya sendiri. Warna spesies ini boleh berubah-ubah mengikut kawasan dan warna air tempat ianya tinggal seperti warna merah hati, warna ke cokelatan dan kekuningan.
Mangrove Jack boleh dikategorikan sebagai ikan samseng, kerana ikan ini begitu rakus mencari makanan dan sifat kewilayahan membuatkan ia menyerang hampir ke semua ikan yang menghampiri kawasannya. Ia menyerang hendap mangsanya dengan membuat serangan mengejut.
Penggunaan umpan hidup seperti udang dan anak ikan adalah cara terbaik untuk memburu spesies ini, namun penggunaan hirisan ikan pasar segar seperti ikan selayang juga boleh digunakan kerana darah ikan selayang dapat menarik perhatian MJ untuk memakannnya.
Untuk memancing MJ ini, kawasan berstruktur seperti bangkar kayu, tebing berbatu serta struktur tiang adalah lokasi terbaik. Namun ianya juga pernah di tangkap di kawasan yang jauh dari kawasan tebing iaitu di tengah laut dan selalunya saiznya lebih dari 4 kilogram.
Set pancing yang sesuai untuk memburu spesies ini adalah dari kategori ringan dan sederhana berat seperti rod dari 10-20lb dan reel dari 1000-4000 bagi memaksimumkan kepuasan bertarung dengan spesies ini.
Tetapi awas! MJ adalah spesies yang bijak melarikan umpan ke kawasan berstruktur dan membuatkan anda berputih mata dengan kejadian seperti perambut putus dan matakail terkangkang. Anda perlu pantas menarik ikan ini keluar dari tempat kawasan persembunyiannya.
Kaedah Umpan Hidup
Jika menggunakan umpan hidup, teknik yang sering saya gunakan adalah dengan cara mata kail diikat terus ke tali serap henjutan (shock leader) yang telah di sambung dengan menggunakan ikatan FG Knot ke tali utama.
Penggunaan batu ladung jenis hidu” saiz kecil sambil stopper dipasang antara mata kail dan batu ladung bagi memudahkan kita menetapkan jarak antara umpan dan batu ladung. Umpan dilontar dan seterusnya dikarau perlahan-lahan dan berhenti seketika di dasar lubuk.
Teknik casting juga sudah popular untuk memburu MJ ini. Set seperti rod dari 10-20lb dan reel dari jenis round baitcasting atau low profile dan juga spinning yang tahan air masin adalah sesuai serta tali sulam berkekuatan antara 20-30lb dan shockleader antara 30-40lb bagi mengelakkan putus akibat bergeser dengan batu atau teritip.
Gewang selaman dalam serta bergemerincing adalah terbaik dengan skema warna terang seperti oren, merah, putih dan silver.
Kebelakangan ini, kemasukan ikan berstatus pendatang ke perairan negara semakin meriah umpama pemain bola sepak. Jika dulu ia dibawa masuk untuk tujuan sumber makanan, kini ikan-ikan bersaiz gergasi dibawa masuk untuk memuaskan nafsu pemancing atas tiket sportfishing.
Baung Amazon
Nama lain : Amazon Redtail catfish / pirarara
Nama Saintifik : Phractocephalus hemioliopterus
Negara asal : Amerika Selatan; Amazon, Brazil, Colombia
Spesies baung ekor merah ini merupakan spesies yang berasal dari Amerika Selatan. Pengenalan spesies ini kepada habitat tempatan ialah menerusi kepentingan dalam bidang ikan hiasan serta ikan bagi buruan pemancing sukan. Kekuatan ikan ini menjadikannya menjadi spesies ikan sukan yang semakin popular di kalangan pemancing tempatan.
Terdapat kolam-kolam pancing komersial sudah mula memperkenalkan spesies ini di kolam mereka. Walaupun diakui ganas, namun masih tiada rekod jelas menunjukkan ancaman risiko tinggi kepada ekosistem tempatan ataupun kemampuan spesies ini untuk membiak sendiri di ekosistem bebas tempatan.
Patin Mekong
Nama lain : Mekong giant catfish
Nama Saintifik : Pangasianodon gigas
Negara asal : Sungai Mekong, Thailand
Patin Mekong merupakan antara spesies ikan buruan kaki pancing yang terbesar. Patin Mekong berasal dari Sungai Mekong dan sehingga kini spesies ini dikatakan semakin berkurangan akibat eksploitasi tanpa kawalan.
Pengenalan spesies ini kepada perairan tempatan awalnya atas dasar penyelidikan perikanan dan akuakultur. Dewasa ini, spesies ini menjadi kegilaan bagi pemancing tempatan dan semakin banyak spesies ini boleh ditemui di kolam pancing komersial.
Tiada rekod jelas bagi spesies ini terlepas ke dalam ekosistem bebas, justeru tiada ancaman jelas terhadap spesies tempatan lain.
Baung Ekor Merah
Nama lain: Asian Redtail Catfish, Baung Siam
Nama saintifik: Hemibagrus wyckioides
Negara Asal: Lembangan Mekong, Chao Phraya dan Xe Bangfai serta beberapa negara Asia lain.
Hemibagrus wyckioides (Asian redtail catfish) adalah spesies ikan bermisai (order Siluriformes) dari famili Bagridae. Ikan baung ekor merah ini berasal dari Lembangan Mekong dan dilaporkan turut terdapat Lembangan Chao Phraya, Mae Klong dan sistem sungai Thailand.
Spesies ini pada asalnya diimport sebagai ikan akuarium. Ikan ini tidak memilih makanan dan akan memakan pelbagai jenis makanan ikan. Spesies ini turut dikatakan sebagai ikan air tawar paling agresif di dunia.
Kap Gergasi Siam
Nama lain: Siamese Carp, giant barb
Nama saintifik: Catlocarpio siamensis.
Negara asal: lembah Mae Klong, Mekong, dan Chao Phraya di Indochina.
Kap Siam atau nama umumnya Siamese giant carp, Siamese carp atau giant barb adalah spesies ikan air tawar dan merupakan spesies Cyprinid terbesar di dunia! Ikan kap gergasi terbesar di dunia ini tergolong dalam genus Catlocarpio dan keluarga besar Cyprinidae dengan membawa nama saintifik Catlocarpio siamensis.
Menurut Nationalgeographic.com, terdapat bukti bahawa Siamese giant carp ini pernah mencapai saiz 3 meter panjang dan 300 kilogram berat, tetapi hari ini spesimen walaupun separuh saiz sangat jarang berlaku.
Karak
Nama lain: Catla, Indian major carp
Nama saintifik: Catla catla
Negara Asal: India dan Asia Selatan
Di Malaysia, ikan kap India ini turut dikenali dengan nama karak oleh warga tempatan.Ikan kap India atau catla, yang turut dikenali dengan nama umum major carp atau major Indian carp (nama saintifiknya Catla catla) adalah ikan air tawar Asia Selatan yang penting dari segi ekonomi.
Kap India adalah ikan dengan kepala yang besar, rahang bawah yang menonjol besar, dan mulut terbalik. Ia mempunyai skala yang besar, berwarna kekelabuan di bahagian belakang badan dan keputihan pada perutnya.
Catla mencari makanan di permukaan dan pertengahan air. Catla dewasa memakan zooplankton, manakala catla muda atau juvenil memakan zooplankton dan fitoplankton.
Ia mencapai kematangan seksual pada usia purata dua tahun dan purata berat dua kilogram dan mampu membesar sehingga 38 kilogram.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...