Secara mudahnya, pancingan artisanal ini sama sekali berlawanan dengan konsep pancingan komersil.
Kebanyakan artisan merupakan kumpulan etnik di kawasan kepulauan atau kawasan yang hampir dengan perairan.
Ads
Setiap trip menangkap ikan biasanya singkat sahaja, jarang sekali melebihi sehari dan hasil tangkapan mereka tidak dijual atau diproses, sebaliknya dijadikan sumber makanan utama untuk keluarga masing-masing.
Ads
Dalam pancingan artisanal, mereka menggunakan beberapa teknik pancingan seperti konsep rod dan tali, memanah ikan, menggunakan lembing serta jaring, namun material peralatan berbeza daripada apa yang sering kita lihat.
Ads
Pancingan artisanal mungkin akan semakin dilupai disebabkan oleh pancingan komersil suatu hari nanti.
Biarpun berlawanan prinsip dengan pancingan komersil, pancingan artisanal tetap mempunyai keunikan tersendiri malah lebih menjimatkan kos serta tidak mengancam populasi stok ikan berbanding industri pancingan moden.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Kalau nak disenaraikan sifat dan karakter hidupan akuatik bernama ikan ni sememangnya terlalu banyak umpama pasir di tepian pantai.
Oleh yang demikian, kami hanya menyenaraikan 10 trivia terbaik daripada yang terbaik yang korang mungkin tidak pernah terfikir tentangnya.
Trivia 1
Kebanyakan ikan tropika yang dijual di Amerika datangnya daripada Afrika, Asia dan Amerika Selatan. Jadi, korang jangan terkejut jika terjumpa ikan sepat ronggeng di Amerika.
Trivia 2
Ikan mempunyai deria yang sangat baik termasuk deria penglihatan, sentuhan, rasa dan sesetengah ikan juga mempunyai deria bau dan deria dengar yang cukup baik. Oleh kerana itulah kita tak boleh bising-bising ketika memancing.
Trivia 3
Paus biru merupakan mamalia berdarah panas yang bernafas dengan paru-paru. Panjangnya boleh mencapai 33 meter dengan berat 190 tan. Ia dipercayai haiwan terbesar yang pernah ada di dunia.
Trivia 4
Suara bersin paus biru boleh didengari sehingga 161 km jauhnya. Malah ia boleh mengeluarkan bunyi secara berterusan hingga 30 minit lamanya.
Ia menggunakan suaranya untuk berburu dalam gelap di kedalaman dasar laut. Cuba bayangkan sekirangnya korang berada betul-betul di sebelah paus biru ketika ia bersih.
Trivia 5
Bunyi yang dikeluarkan oleh ikan herring berasal dari pancaran gas dari duburnya. Selain komunikasi antara ikan hering dengan yang lain, suara pancaran gas digunakan untuk menakutkan pemangsa.
Kiranya ikan herring ini berkomunikasi melalui dubur la. Hahahaha. Korang tentu tak tau tentang ni, kan?
Trivia 6
Ikan koi mampu berumur panjang sehingga 200 tahun. Peghhh… kalau kita bela sekarang ni gamaknya dah dapat cicit pun ikan ni masih hidup lagi.
Trivia 7
Ikan lumba-lumba telah digunakan sebagai pembantu peronda Angkatan Laut Amerika Syarikat sejak tahun 1960-an. Ikan ini menggunakan sonar biologi mereka untuk mencari objek tertentu.
Trivia 8
Ikan tiger shark (jerung harimau) dianggap binatang paling rakus. Ia memakan apa sahaja di sekelilingnya.
Kajian pernah mendapati terdapat kasut, pinggan, hingga pecahan kelengkapan perang. Di dalam perut induknya, mereka saling melahap antara satu sama lain.
Trivia 9
Arapaima gigas, merupakan ikan air tawar terbesar di dunia. Ia boleh hidup sehingga 100 tahun dan banyak terdapat di Sungai Amazon.
Trivia 10
Walaupun ganas dan reputasi menakutkan sebagai ikan yang memakan manusia, ikan piranha biasanya menjadi makanan buaya Amazon dan juga burung bangau.
Terutamanya pada musim kemarau kerana banyak ikan ini akan terperangkap di lumpur. Maknanya burung bangau lagi ganas dari perinha. Kerana itulah pemancing yang membangau berkemungkinan bertindak ganas!
Taktik dan teknik memancing di kawasan sangkar khususnya di sangkar Sungai Udang, Pulau Pinang ini adalah hasil dari pengalaman Tekong DD. Tekong DD merupakan tekong yang berpengalaman membawa pemancing di kawasan sangkar ikan yang tidak jauh dari Jambatan Kedua Pulau Pinang.
Peralatan
Kekili – Kekili sebaiknya guna siri 4000 dan ke atas. Apa-apa pun brand kekili boleh digunakan. Sebaiknya gunalah kekili khas untuk pancingan air masin dan tahan lasak.
Joran – Batang pancing mesti yang keras! Sebaiknya gunalah joran berkekuatan sekurang-kurangnya PE1-3 atau 15lb-30lb aksi sederhana. Joran bertulang belakang yang kuat amat penting untuk mengekang larian ikan.
Tali utama – Tali benang atau braided berkekuatan 80lb adalah sangat digalakkan. Tali tangsi (mono) atau tali benang yang halus tidak digalakkan kerana mudah putus jika bergesel dengan struktur di bawah sangkar yang berteritip atau siput-siput yang tajam.
Perambut – Perambut tangsi yang keras atau campuran fluorocarbon sehingga 100. Perambut kena kasar dan tahan lasak untuk berhadapan dengan teritip yang banyak terdapat pada tali-tali pengikat sangkar. Selain perambut batu hidup, boleh juga perambut T (untuk bottom dan berpelampung).
Mata kail – Mata kail yang disarankan ialah 3/0 hingga 6/0.
Ladung – Batu ladung hidup (biji kana) saiz 5, 6, 7 tergantung kepada kelajuan arus.
Umpan – Udang hidup, belanak hidup atau hirisan ikan termenung yang segar.
Teknik
Teknik bottom
Umpan perlu dilabuhkan berhampiran kawasan sangkar. Apabila menunggu, sebaiknya joran dipegang dan drag dikunci agak ketat.
Jangan terlalu longgar kerana kalau kena ikan 4-5kg memang tak sempat nak buat apa-apa. Ikan akan masuk bawah sangkar dan peluang nak dapat naikkan ikan amat tipis.
Drag jangan pulak terlalu ketat kerana kalau tak pegang kemas-kemas, joran boleh terbang di bawa ikan. Kalau dipacak pada rod holder bot pula ada kemungkinan hujung joran akan patah atau tidak sempat nak cabut joran keluar dari rod holder.
Teknik apung
Perambut sepanjang 1 depa dengan pelampung dibiarkan hanyut ke tepi sangkar tetapi perlu tengok keadaan air dulu.
Kalau air jalan lurus baru boleh guna pelampung. Kalau menyerong tak boleh guna pelampung kerana nanti tersangkut tali sangkar.
Teknik hanyut
Perambut sepanjang 1 depa digunakan tanpa pemberat. Teknik ini hanya sesuai digunakan jika tidak ramai pemancing dan arus kurang laju.
Waktu
Waktu yang cun untuk memancing kat sangkar ikut bulan Islam ialah pada tarikh 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 19, 20, 21, 22, 23, 24 dan 25.
Nasib
Di kawasan sangkar Sungai Udang ini terdapat 204 buah sangkar. Dalam sehari tekong akan meronda dan parking sekitar 10 buah sangkar sahaja.
Dan jika ada sangkar yang pecah dan ikan terlepas keluar ke laut luas maka ia dianggap jackpot kepada pemancing yang bernasib baik.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...