Umpan kini berada di dalam aplikasi   
Umpan kini berada di dalam aplikasi   
Home Sains Anatomi Organ Dalaman Utama Ikan!!

Anatomi Organ Dalaman Utama Ikan!!

 

Pyloric caeca

Organ seakan unjuran jejari halus ini terletak berhampiran perut dan usus. Fungsinya belum boleh difahamkan secara menyeluruh namun diketahui merembes enzim bagi membantu sistem pencernaan, selain menyerap makanan yang dicerna.

 

 

Perut dan usus (Stomach and intestines)

Mencerna makanan dan menyerap nutrien. Ikan piscivorous (makan ikan lain) mempunyai usus yang lebih pendek kerana sifat makanan yang lebih mudah cerna manakala ikan jenis

herbivorous (makan tumbuhan) mempunyai usus yang lebih panjang disebabkan sukar untuk mencerna fiber. Sifat pemakanan ikan boleh diketahui dengan memeriksa usus ikan.

 

 

Hati (Liver)

Organ penting ini mempunyai beberapa fungsi. Ia membantu merembeskan enzim bagi mencerna lemak selain ruang untuk menyimpan tenaga dan karbohidrat.

Hati juga penting untuk membunuh sel darah yang lama bagi memastikan sifat kimia darah yang sesuai. Ia juga memainkan peranan dalam menyahkan nitrogen dari badan.

 

IKLAN

Tulang Belakang (Spine)

Merupakan struktur utama ikan yang memberikan rupa bentuk ikan di mana bersambung dengan tengkorak di hadapan dan ekor di belakang.

Ia terbentuk daripada banyak vertebrae yang berongga dan melindungi saraf tunjang yang lembut.

 

 

Otot (Muscles)

Organ yang memberikan daya penggerak untuk ikan. Bahagian inilah daging ikan yang dimakan oleh kita.

 

Gonad

IKLAN

Merupakan organ untuk pembiakan. Organ ini menyimpan telur bagi betina dan ikan jantan mengandungi milt iaitu bahan untuk persenyawaan telur.

 

 

Otak (Brain)

Pusat kawalan utama di mana kawalan tindak balas automatik (perkumuhan) dan tindak balas deria (pilihan untuk makan gewang atau umpan) berlaku. Semua maklumat akan diproses di sini.

 

Insang (Gills)

Membolehkan ikan bernafas di dalam air. Organ ini sangat lembut dan elakkan menyentuhnya jika mahu melepaskan ikan kembali.

IKLAN

 

 

Jantung (Heart)

Mengepam darah ke seluruh badan. Oksigen dan nutrien terhadam akan dihantar ke sel-sel di seluruh badan melalui darah, seterusnya darah menghantar kembali bahan buangan dari sel-sel ke organ ginjal dan hati untuk dibuang.

 

Swim Bladder /Air Bladder

Organ keseimbangan berongga yang dipenuhi gas yang membantu ikan untuk menyimpan tenaga dengan meneutralkan kedudukan apungan dalam air.

Ikan yang ditangkap di kawasan dalam perlu melepaskan gas di dalam air bladder sebelum kembali ke dalam air semula akibat perbezaan tekanan.

 

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI