Keduduk bulu atau senduduk bulu (Clidemia hirta) merupakan sejenis tumbuhan renek yang biasa ditemui tumbuh liar di kawasan semak samun dan belukar.

Ia merupakan spesis tumbuhan penceroboh di kebanyakan rantau tropika, ia mendatangkan kerosakan teruk pada tumbuhan lain.

 

Habitatnya sama seperti senduduk biasa memandangkan kedua-duanya mempunyai ciri-ciri yang hampir sama. Clidemia hirta Don dari keluarga Melastomataceae satu kumpulan

terbesar (taxon) terdiri daripada 200 genus dan kira-kira 4000 spesies dari herba, pokok dan tumbuhan renek tersebar luas di kawasan tropika.

 

Kira-kira 30 spesis dari keluarga tumbuhan ini digunakan bagi tujuan perubatan di Asia-Pasifik Batang dan daunnya mempunyai bulu-bulu halus yang kesat.

Permukaan daun berwarna hijau berkilat dan daunnya berbentuk bujur. Daunnya lebar dan meruncing di bahagian hujung.

Urat daun kecil dan banyak, membentuk petak di atas daun. Daun dibahagikan kepada beberapa bahagian (selalunya empat) oleh urat daun yang besar seolah-olah pangsa.

 

Bunganya muncul dalam bentuk jambak di hujung ranting. Bunga yang biasa ditemui berwarna putih atau merah jambu cair atau merah jambu muda.

Buahnya berbentuk bulat dan berbulu halus. Warnanya hijau ketika muda dan akan menjadi hitam berkilat apabila ranum.

 

 

TABURAN DAN PENGAGIHAN

Berasal dari Neotropics Amerika (Mexico ke Paraguay serta Caribbean), ia telah diperkenalkan ke Australia, Asia Selatan dan Afrika Timur juga ke Hawaii pada tahun 1940-an; menjelang 1978 ia telah merebak ke 90,000 ekar (360 km2) tanah di Oahu.

Pada tahun 1972 Keduduk Bulu (Koster’s Curse) buat pertama kalinya ditemui di Pulau Besar (Big Island / Hawaii).

 

Biologi

Buah beri hitamnya memanjang sehingga 8 milimeter dan rasanya sedikit seperti blueberry. Setiap buah mengandungi lebih daripada 100 biji benih kecil (0.5 mm).

Ia berbunga dan berbuah sepanjang tahun jika berkeadaan lembap secukupnya. Satu pokok boleh menghasilkan lebih daripada 500 buah dalam satu tahun.

Tanin yang terdapat didalam buah ini beracun kepada kambing dan kambing biri-biri. Biji benih dari buah ini boleh bertahan di dalam tanah sehingga 4 tahun.

 

 

Faktor Penggunaan buah ini untuk di makan di kalangan manusia masih belum dikaji sepenuhnya.

Tanin dari buah ini tidak merbahaya kepada manusia dan jus sirap yang dihasilkan dari buah ini amat lazat.

Sirapnya mempunyai warna biru indigo yang cantik dan boleh digunakan untuk meningkat dan menghilangkan rasa pahit pada teh.

 

Nama Epitheton hirta dalam bahasa Latin bermaksud ceding (scrubby – merebak menutupi dan membantut pokok, sayuran dan pokok semak).

Sumpahan Koster / Koster’s curse adalah nama yang diberikan oleh penduduk tempatan di Hawaii kerana keadaan tempat di mana tumbuhan itu tumbuh sebagai rumpai merbahaya.

 

Koster adalah nama orang yang memperkenalkan tumbuhan keduduk bulu kepada penanam benih kopi di Fiji pada 1880 dan 1886 secara tidak sengaja.

Pada asalnya ia hanya digelar sebagai `yang disumpahkan’ kerana kerosakan yang dilakukan terhadap perladangan kelapa.

 

 

Kegunaan:

Daun keduduk bulu boleh digunakan sebagai sabun membasuh pinggan mangkuk.

 

Daun dihancurkan lalu digosokan pada tempat gigitan lintah atau pacat bagi menghentikan pendarahan.

 

Khasiat:

Dalam perubatan tradisional Melayu dan asli, keduduk bulu digunakan untuk mengubat penyakit sawan.

 

Cara atau kaedah yang digunakan ialah dengan mengambil secekak daunnya dan disapukan dengan minyak kepayang kemudian ditempekkan pada ubun-ubun kanak-kanak tersebut pada setiap pagi sehingga sembuh.

 

Selain itu ia juga sering digunakan untuk mengubat luka. Caranya, daun dilayukan di atas api dan digentel mengeluarkan getahnya. Getah ini kemudiannya disapukan pada bahagian yang luka.

 

kenali juga Info Spesies: Kenali pokok tapak kuda

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan