Setiap kelong atau rumah rakit tidak didirikan pada sesuatu lokasi tanpa sebab. Jika tiada lubuk berpotensi sekalipun, pasti akan tukun dibina berdekatan lokasi bagi menarik kehadiran ikan.
Begitu jugalah dengan Kelong Pozi. Walaupun kelong ini didirikan berhampiran dengan gugusan karang yang menjadi kediaman semulajadi ikan, tukun turut didirikan berhampiran kelong ini.
Di Kelong Pozi ini sebenarnya setiap penjuru kelong berpotensi untuk mendaratkan ikan. Walau bagaimanapun berpandukan pengalaman pengusaha pakej memancing di kelong ini, terdapat beberapa spot yang sangat berpotensi untuk korang labuhkan umpan jika bertandang ke kelong ini.
Lubuk Depan Tangga
Depan tangga – Dari tengah ke kiri; Jika ke kanan suka sangkut kerana ada kelong. Jarak dalam 30 meter- Ikan jenahak, tanda, pari, sembilang dan alu-alu.
Lubuk Belakang Tandas
Belakang tandas – Dari beting di bawa ke kiri; Jarak dalam 30 meter ke atas. Ikan jenahak, senangin, kerapu, tanda, yu kemejan, pari (lepas benting: kiri 100 meter) – Ikan siakap, sembilang dan gerepoh.
Lubuk Arah Laut
Ke arah laut (jeti Shell) – Betul bumbung sikit anggaran 15 kaki dari depan. Jarak 50 meter ke atas- Ikan jenahak, kaci,senangin, talang, yu, alu-alu dan sembilang.
Lubuk Arah Kuala
Ke arah kuala – 15 kaki dari depan kelong. Keluasan jarak lubuk 20 hingga 30 meter. Ikan tanda dan jenahak merupakan spesies berpotensi di sini.
Lubuk Arah Muara
Ke arah muara – Betul-betul tepi tandas. Guna mata pancing halus berumpan pumpun atau udang potong- Ikan daun baru dan gerut-gerut.
Lubuk Berdekatan Tangga
Tepi dan depan tangga – Jarak 2 hingga 5 meter; Semasa air penuh pagi atau hampir senja. umpan udang atau tamban- Ikan gerepoh dan ebek dalam saiz 1 kg.
Lubuk Arah Laut Kanan
Ke arah laut – 2 meter dari depan; Tepi kelong semasa air pasang setengah. Awas, kerapu tarik masuk bawah kelong.
Kekili mendatar (overhead real) seperti Shimano Ocea Jigger 1500PG/HG, 2000NRPG/HG atau Daiwa Saltiga sentiasa menjadi kegemaran ramai untuk slow pitch jigging. Sebenarnya, apa-apa kekili mendatar pun boleh digunakan dan tali utama memerlukan minima 300 meter.
Joran/Rod
Jenama Evergreen siri Poseidon Slow Pitch adalah yang paling popular untuk slow pitch jigging. Major Craft juga mengeluarkan joran untuk slow pitch jigging dan terdapat model Crostage & Giant Killing. Xesta Slow Emotion joran untuk slow pitch jigging juga terdapat di pasaran. Kini semakin banyak pilihan dan harga pun tidak sekeras dulu.
Ciri-ciri joran slow pitch jigging
Diameter yang kurus
Soft tip & strong backbone.
Slow tapered parabolic action.
Highly resilient blanks.
Guides and reel seat settings formaximum sensitivity.
Joran slow pitch jigging dibina untuk memainkan jig, menjerat ikan untuk membaham jig dan mudah mendapat hook up.
Tali utama / Mainline
Tali PE adalah penting untuk slow pitch jigging. Monofilament nylon atau Fluorocarbons tidak sesuai digunakan. Ia terlalu tebal diameter dan ketegangan terlalu banyak. Tali adalah sangat penting untuk menyampaikan tindakan halus pemancing untuk jig, dan juga untuk menyampaikan semua maklumat tersebut kepada pemancing.
Ciri-ciri tali PE
Sangat kuat untuk berat badan, jadi ia boleh menjadi begitu nipis diameter,memotong pengaruh arus.
Tidak ada ketegangan jadi anda dapat merasai secara langsung pada apa yang di hujung sekali iaitu jig.
Permainan menentang pari biasa berlegar keliling bot atau kiri kanan jika di pantai. Tambahan pula jika piring terbang ini melekap, bertambahlah perit untuk mengepam joran. Tentang bab ini, ramai pemancing putus asa atau mula boring menunggu ia terbang semula lebih-lebih lagi jika berat melebihi 15 kg ke atas.
Macam-macam petua yang saya dengar seperti jatuhkan pemberat di bahagian kepala, letak joran di celah kangkang, guna tempurung jantan, bermain tali gitar, mencampakkan batu ladung bersama-sama dengan kain reja yang dicelup petrol dan macam-macam lagi.
Pendapat saya setengah dari pendapat tadi kurang logik dan sukar diterima terutama menggunakan petrol yang boleh mencemarkan air. Cara terbaik sabar sebab banyak orang kata pemancing adalah jenis manusia yang bersabar. Campak pancing dan sabar menunggu umpan disentap. Jadi buktikanlah pada orang ramai yang pendapat ini tak salah.
Bila pari melekap, air bukannya cetek untuk dicampakan batu ladung di bahagian badan pari dan kita tak pasti posisi pari tersebut. Main gitar (memetik tali pancing); gegaran tali tak begitu ketara di penghujung tangsi.
Sabar di sini bukan bermakna kita perlu tunggu sampai pari mengangkat bendera putih, pari adalah benda hidup dan ia pasti akan bergerak.
Jadi semasa ia melekap, pastikan drag pada tahap yang sesuai, bagi sedikit tekanan dengan menarik tangsi supaya ia merasa kesakitan atau biarkan seketika dan kemudian buat henjutan ringan untuk memeranjatkan pari, lama kelamaan nescaya ia akan terbang jua.
Kaedah terbaik ia jangan biarkan ia melekap di dasar semasa permulaan pertarungan, gunakan peralatan terutama joran dengan bijak untuk memujuk pari naik ke atas.
Joran yang sesuai ialah kelas menengah ke atas (medium action) 15Ib hingga 30Ib memadai. Perambut yang sesuai dari 40Ib ke atas tanpa perambut dawai pun boleh.
Kalau tak yakin anda boleh gunakan tangsi yang lebih kasar. Saya pernah menaikan pari 10 kg dengan tali 15Ib dan joran aksi ringan (light action). Tapi kena juga setengah jam bertarung sebelum berjaya mendaratkan spesies bertulang lembut ini. Sahabat saya pernah putih mata apabila seekor pari melarikan umpannya.
Malangnya joran dan kekili yang digunakan hanya sesuai untuk pancing gelama tidak dapat menahan larian pari hingga terbenam joran ke permukaan air. Tali berkekuatan 12Ib putus sekelip mata.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...