Ini merupakan perkara utama yang perlu dilakukan sebelum meminjam dan menggunakannya. Semak dulu kesesuaian set pancing tersebut dengan jenis pancingan yang anda ingin lakukan. Contohnya jika ingin berjigging maka pastikan set pancing tersebut adalah untuk jigging. Bukannya untuk memancing di kolam. Kalau memancing di laut, pastikan set pancing tersebut khusus untuk pancingan air masin. Begitu juga dengan had aksi kekuatan set pancing. Pastikan ia sepadan. Ia penting kerana bukan saja akan melancarkan sesi memancing tetapi tidak perlu berhadapan dengan risiko set pancing tersebut rosak.
Ambil sedikit masa untuk menelek sebarang kerosakan atau kesan calar pada set pancing berkenaan. Sekiranya ada sebarang kerosakan atau calar, nyatakan terus situasi tersebut. Ini dapat mengelak daripada timbul sebarang isu selepas anda memulangkannya nanti. Lebih bagus sekiranya anda mengambil gambar set pancing itu sebelum dan selepas menggunakannya.
Kalau tak tahu guna, baik jangan pinjam. Tetapi kebanyakan pemancing menyangka set pancing semuanya mudah untuk digunakan. Terutamanya set pancing elektronik seperti kekili elektrik. Kekili elektrik bukan sekadar tekan butang sahaja. Apa jadi sekiranya mata kail tersangkut pada karang atau sebagainya. Setakat tekan butang sahaja tidak akan menyelesaikan masalah. Itulah pentingnya sedikit pengetahuan tentang menggunakan set pancing sebelum anda meminjam.
Ads
Ia sama seperti kita menggunakan kereta sendiri dengan kereta syarikat. Bila bawa kereta sendiri lain kaedahnya tapi bila bawa kereta syarikat, kita lenjan ikut suka. Konsep ini sama sekali tidak boleh diamalkan jika meminjam set pancing member. Malah kita harus menggunakan set pancing pinjam ini mengalahkan kita guna set pancing sendiri.
Ads
Adalah penting ketika menggunakan set pancing tersebut dalam sesuatu trip memancing, jangan cuba pula berikan pada rakan trip menggunakannya. Kedengarannya macam kedekut sangat. Tapi ada baiknya anda bersifat kedekut kerana jika sebarang kejadian berlaku ke atas set pancing tersebut, anda yang bertanggungjawab. Bukannya rakan trip tersebut. Contoh mudah, jika jorannya patah apa yang akan anda jelaskan pada member yang bagi pinjam tu? Dan bagaimana pula reaksi member anda itu?
Situasi ini tidak sama dengan bagi orang lain guna sebaliknya lebih parah dan tidak sepatutnya berlaku. Jika anda nak beri pinjam juga sebaiknya pulangkan dulu set tersebut pada member anda. Biarlah apa kawan anda yang nak pinjam tu kata apa sekalipun. Ia jauh lebih baik daripada anda memberinya pinjam sama ada dengan pengetahuan pemiliknya ataupun tidak.
Ads
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ikatan ini ada beberapa nama namun admin lebih gemar memilih knotless knot sebagai nama umumnya.
Ikatan knotless knot yang merupakan ikatan terbaik untuk mengikat mata kail tanpa cincin (eyeless hook) sama ada menggunakan tali tangsi mahupun tali sulam.
Langkah 1
Terus lekapkan tali pada teras belakang mata kail (tak perlu masukkan ke lubang cincin mata kail kerana mata kail ini tak ada lubang cincin).
Langkah 2
Buatkan satu lingkaran kecil dan pegang lingkaran dengan jari.
Langkah 3
Lilitkan hujung tali pada teras mata kail menghala ke arah hujung teras.
Langkah 4
Teruskan melilit sehingga terhasil 5 hingga 7 lilitan.
Langkah 5
Setelah membuat lilitan terakhir, masukkan atau selitkan hujung tali di antara mata kail dan tali utama (langkah paling betul dilakukan dengan betul kerana ia menjadi kunci ikatan daripada terlucut dari mata kail).
Langkah 6
Setelah itu masukkan hujung tali ke dalam lingkaran yang dihasilkan tadi.
Langkah 7
Tarik hujung tali dan tali utama sehingga ikatan menjadi ketat
Langkah 8
Tarik tali utama sehingga ikatan merapat kemas pada lubang cincin dan potong lebihan hujung tali.
Kebanyakan ikan boleh melihat warna, disebabkan itu kita dapat perhatikan banyak gewang tiruan di pasaran dalam pelbagai jenis warna. Kedudukan mata ikan membolehkannya melihat sisi kanan dan kiri dalam satu masa. Posisi ini juga menyebabkan titik buta di hadapan dan belakangnya pada jarak tertentu.
Oleh kerana cahaya akan membias apabila memasuki air, ikan sebenarnya boleh melihat keluar permukaan air tanpa perlu menghalakan penglihatannya ke atas. Jadi jika anda melihat ikan di dalam air, kemungkinan besar ikan itu juga melihat anda. Adalah lebih baik untuk anda menghampiri kawasan lubuk pilihan anda dengan pergerakan minimum bagi mengelakkan ikan terkejut.
Mengesan Getaran
Garisan lateral ialah satu garisan halus melintang pada badan ikan yang memanjang dari kepala hingga ke ekornya. Garisan lateral ini mempunyai organ sensor yang membolehkan ikan mengesan perubahan suhu dalam air dan mengesan sebarang getaran yang berlaku di dalam air.
Walaupun dalam keadaan air yang keruh, garisan lateral akan bertindak seperti sonar untuk mengesan lokasi, kelajuan dan saiz sesuatu objek di sekelilingnya.
Hidung
Ikan dapat mengesan bau menerusi nostril yang dipanggil ‘nares’ yang seakan lubang hidung terletak di atas mulutnya. Menerusi organ ini, ikan dapat mengesan mangsa, pemangsa dan lokasi asalnya walaupun telah berenang sejauh ribuan batu.
Walaupun ikan mempunyai deria bau yang baik, kebanyakan ikan tidak bergantung kepada deria ini kerana apa yang ikan dapat kesan melalui bauan pada satu masa bergantung kepada kekuatan dan arah arus air.
Barbels
Kebanyakan ikan mampu merasa melalui reseptor rasa di dalam mulut, deria ini selalunya kurang digunakan oleh kebanyakan ikan terutama ikan pancingan. Lain pula halnya bagi kumpulan ikan catfish. Ikan seperti keli dan baung pula menjadikan deria ini sebagai organ utama dalam mencari makanan kerana kumpulan ini mempunyai deria bau dan rasa yang cukup berkesan dengan menggunakan misainya yang dipanggil barbel.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...