Ramai yang tidak peka tentang jarak ini kerana bagi pemancing segalanya terletak di tangan tekong yang membawa bot.
Bagi pemancing yang peka dan bersikap mengambil tahu biasanya akan membuat sedikit kajian tentang keadaan cuaca, lubuk di sekitar lokasi pancingan dan membuat kajian dalam internet bagi sesuatu trip.
Ads
Penentuan jarak ini adalah bagi pergerakan yang lurus dan mungkin akan bertambah sekiranya pengangkutan seperti bot melencongmengelak ombak atau mengelak halangan ketika menuju ke sesebuah lubuk.
Bagaimana menentukan knot dan jarak batu nautika Biasanya bagi kenderaan darat seperti kereta dan motosikal akan mempunyai meter dan sentiasa berpusing mengikut putaran roda.
Ads
Bagi pergerakan di lautan pula penggunaan GPS yang merekodkan perjalanan dapat menentukan jarak batu nautika dari jeti ke lubuk memancing ataupun ke lautan lepas.
Ads
Kegunaan lain bagi jarak batu nautika ini adalah bagi tujuan keselamatan sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini.
Koordinat dan jarak perbatuan nautika ini amat membantu pasukan menyelamat untuk mencari jika bot ditimpa musibah.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Selain garis panduan yang dinyatakan di bawah ini, sebelum anda berhasrat melaksanakan konsep tangkap dan lepas, sila pastikan juga set dan peralatan memancing anda sesuai dan sepadan dengan saiz ikan dan lokasi padang pancing.
Garis panduan mendaratkan tangkapan
➡ Daratkan ikan dengan lemah lembut dan sepantas yang boleh.
➡ Tidak perlu mengalihkan ikan tersebut keluar dari air.
➡ Elakkan ikan jatuh terhempas ke tanah, perut bot meskipun di dalam air yang cetek.
➡ Gunalah tangguk atau sauk (landing net) yang sesuai dan mempunyai jaring yang lembut atau jaring yang tidak mempunyai knot seperti jaring silikon yang mungkin merosakkan sisik dan insang ikan.
Garis panduan menangani tangkapan
➡ Kekalkan ikan terus berada di dalam air.
➡ Bagi ikan yang besar peganglah dengan kedua-dua tangan dengan lembut iaitu sebelah tangan mengampu di bawah perut manakala sebelah tangan lagi memegang di bahagian ekor.
➡ Pastikan jari jemari tidak menusuk ke bahagian insang atau mata ikan.
➡ Jangan memicit mana-mana bahagian badan ikan.
Garis panduan menanggalkan mata kail
➡ Gunalah forsep atau playar bermuncung panjang bagi mengeluarkan mata kail dari mulut ikan.
➡ Keluarkan mata kail secepat mungkin dan pastikan ikan sentiasa berada di dalam air.
➡ Sekiranya ikan menelan mata kail agak jauh ke dalam mulut, potong terus tali perambut dan lepaskan ikan itu dengan serta merta.
➡ Elakkan dari mengguna mata kail stainless steel kerana mata kail tersebut tidak dilarutkan oleh asid di dalam perut ikan.
➡ Sekiranya ikan tercedera dengan parah atau berlaku pendarahan pada insangnya, hayat ikan tersebut mungkin tidak panjang maka adalah lebih baik dibawa pulang untuk menjadi hidangan seisi keluarga.
Garis panduan merawat pulih tangkapan
➡ Ikan hendaklah sentiasa berada di dalam air sepanjang masa. Sekiranya untuk mengambil gambar foto, pastikan jurufoto telah bersiap sedia dan lakukan dengan pantas agar ikan tersebut dengan segera diletakkan semula ke dalam air.
➡ Setelah bertarung habis-habisan, ikan akan menjadi sangat letih dan tidak berupaya. Oleh itu ikan perlu dirawat pulih terlebih dahulu sebelum terus dilepaskan ke dalam air.
➡ Langkah pertama pastikan kepala ikan tersebut mengarah ke hulu sungai, pilihlah suatu sudut atau kawasan yang berarus perlahan (manakala di tasik atau lautan, arus bukanlah suatu faktor masalah bagi proses merawat pulih tangkapan).
➡ Gerakkan ikan secara perlahan-lahan dengan menyorong ia ke depan dan undur semula ke belakang berulang kali sehingga kelihatan bahagian insangnya mula membuka dan menutup sehingga stabil.
➡ Bila ikan tersebut semakin pulih dan stabil dan cuba untuk memulakan renangan, maka biarkan ia terus berenang dengan sendirinya dari tangan kita.
➡ Ikan yang besar biasanya mengambil masa untuk kembali pulih, maka ulangi proses tersebut berkali-kali sehingga ia pulih seperti sediakala.
Anda pernah memancing ikan toman? Kalau belum pernah dan ingin mencubanya, kami sedia membantu dengan berkongsi tip paling asas dan keperluan yang perlu untuk memancing ikan toman.
Rod
Sekurang-kurangnya berkekuatan 10-20lb. Tidak perlu panjang panjang kerana nanti sukar untuk mengawalnya dari ruang terhad atas bot. Sebaik-baiknya gunakan joran sepanjang 6 hingga 6.5 kaki. Pastikan juga joran jenis kuat dan tahan lasak.
Reel
Ikut keselesaan tetapi jangan terlalu kecil. Saiz 3000 ke atas adalah disyorkan. Tak perlu kekili mahal-mahal. Yang murah pun boleh asalkan kuat dan tahan lasak.
Mainline
Jenis sulam (braided). Dicadangkan agar memilih berat tidak melebihi 50lb. Kalau nak guna tali tangsi, pastikan melebihi 20lb tetapi tidak perlu melebihi 40lb. Tali tangsi yang tahan lasak tidak terlalu kuat spring adalah lebih baik.
Mata kail
4X dan ke atas. Saiz 4/0 atau 5/0 adalah bersesuaian. Pilih jarak mata yang lebar untuk meningkatkan kebarangkalian kail mengena. Dicadangkan jenama seperti Gamakatsu, Owner, Mustad dan Daichi.
Perambut dawai
Boleh gunakan jenis multi strand tanpa balut kerana ia lebih lembut berbanding tali utama yang berbalut. Tanpa perambut dawai, toman boleh memutuskan tali perambut dengan mudah.
Snap Swivel
Snap atau snap swivel boleh digunakan. Cuma pilih yang lebih kuat. Dicadangkan kekuatannya melebihi 50lb. Rugilah kalau dah strike toman, kili pulak terkangkang sebab tak cukup kuat.
Umpan
Anak keli, katak hidup antara umpan terbaik untuk toman. Sekiranya terlihat sekumpulan anak toman yang berwarna kemerah-merahan sedang muncul ke permukaan air, baling umpan ke tempat anak-anak toman itu. Pasti ibu toman yang bersifat pelindung akan marah dan seterusnya menyambar umpan tersebut.
Ramai yang beranggapan apabila muntah maka ia dianggap sebagai mabuk laut. Kalau tidak muntah maka tidak dianggap sebagai mabuk laut.
Sebenarnya muntah itu hanyalah satu simptom daripada beberapa simpton mabuk laut.
Senang cakap, muntah tu hanya salah satu petanda korang akan mengalami mabuk laut. Berikut disenaraikan petanda-petanda korang akan mengalami mabuk laut.
Jadi, kalau korang dah nampak atau dah rasa petanda awal, buatlah sesuatu supaya tidak terus terbawa ke alam mabuk laut.
Penderitaan dari keadaan mabuk laut menjurus kepada rasa yang tidak selesa dan melemahkan.
Walaupun ia tidaklah mengancam nyawa namun ia boleh menjejaskan tumpuan kepada kerja termasuklah memancing.
Dalam kebanyakan kes, petanda awal mabuk laut akan mula bertambah baik sekiranya badan anda dapat menyesuaikan diri. Atau anda selesaikan masalah tersebut dengan menamatkan sebarang aktiviti dan TIDUR!
Mungkin ramai yang tidak menyedari simpton awal ini kerana kebanyakan pemancing menutup hampir keselurahan kulit ketika memancing bagi mengelak cahaya terik.
Jika korang tengok kulit muka rakan dah mula pucat, beritahulah mereka. Jangan pula tunggu mereka muntah.
Petanda 2 ➡ peluh sejuk
Ia dapat dirasai apabila badan mula rasa tidak selesa dengan keadaan sekeliling. Walaupun ia petanda awal, kalau dah keluar peluh yang tidak sepatutnya keluar, kemungkin korang akan berhadapan dengan mabuk laut yang agak kronik.
Petanda 3 ➡ air liur jadi banyak
Ia berlaku tanpa disedari sehinggalah anda lebih kerap meludah daripada biasa. Walaupun takde air liur nak ludah pun tetap juga meludah walaupun hanya keluar angin saja.
Petanda 4 ➡ mengantuk tahap luar biasa
Perkara ini biasa berlaku. Walaupun cukup tidur, anda mula menguap berkali-kali. Dalam pada masa yang sama, mata mula meninjau tempat untuk merebahkan badan.
Petanda 5 ➡ sesak nafas
Rasanya seperti tidak cukup udara untuk bernafas. Nafas menjadi pendek dan cepat. Namun tetap tidak puas untuk bernafas.
Petanda 6 ➡ letih melampau
Apabila berada dalam keadaan ini, anda akan berasa seperti malas untuk buat apa saja. Semangat untuk memancing mula hilang dan tidak peduli lagi pasal kumpau atau sebagainya.
Petanda 7 ➡ pening-pening
Boleh dikatakan ia berlaku kepada semua orang yang menghadapi masalah mabuk laut. Jadi anda tidak perlu risau sangat pasal pening ni. Sebaliknya kalau terlalu memikirkannya, ia akan menyebabkan semakin cepat mabuk.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...