Spekulasi dan mitos tidak dapat dielakkan apabila bercerita tentang spesies-spesies yang tahap monster yang mampu menyerang malah membunuh manusia.

Ada spesies yang penampilannya saja sudah menakutkan, apatah lagi apabila ia bertindak agresif. Ada ikan yang tampak menakutkan tetapi tidak membahayakan manusia.

Dan lebih menakutkan, spesies ikan yang nampak jinak dan manja tetapi teramat-amat merbahaya.

 

BULL SHARK

Nama pun dah jerung! Secara teknikalnya merupakan seekor jerung pembunuh iaitu Bull Shark. Spesies ini mempunyai keupayaan yang luar biasa dan dikatakan lebih ganas berbanding jerung lain.

Dengan saiznya yang mampu mencapai panjang sehingga 12 kaki dan seberat 600lbs, spesies ini mampu berenang ke perairan air tawar seperti tasik dan sungai di Missouri, Illinois dan Kentucky.

Rekod menunjukkan banyak serangan oleh spesies ini terhadap manusia di perairan air tawar. Selain merupakan spesies yang paling agresif antara jerung, Bull Shark juga mempunyai kuasa gigitan yang paling kuat berbanding semua spesies ikan di dunia.

Spesies Ikan Pembunuh Manusia!!

 

BELUT ELEKTRIK

Belut elektrik merupakan pemangsa terkenal di Amazon dan menggunakan renjatan elektrik sebagai sistem pertahanan dirinya.

Aliran elektrik sekuat 600 volt yang dihasilkan oleh spesies ini mampu membunuh seekor kuda dan tidak terkecuali manusia yang boleh mati akibat serangan ini.

Belut elektrik mampu membesar sepanjang 8 kaki dan seberat 50lbs. Biasanya penggunaan peralatan berunsur getah bagi mengelakkan serangan belut elektrik.

Terdapat rekod menunjukkan kematian akibat serangan renjatan elektrik oleh spesies ini.

Spesies Ikan Pembunuh Manusia!!

 

GOLIATH TIGERFISH

IKLAN

Spesies Goliath Tigerfish merupakan salah satu spesies yang dahsyat dan mengerikan. Spesies ini membuatkan spesies pemangsa rakus seperti Piranha seakan-akan ikan kecil untuk hiasan.

Spesies ini mampu mencapai berat sehingga 70lbs dan lebih enam kaki panjang. Spesies ganas ini berlegar di perairan Afrika berkumpulan dan mampu mencarik-carik daging mangsa yang lebih besar dalam beberapa saat.

Mulut gergasi bermata kuning ini tersemat gigi taring seakan pisau yang lebih daripada dua inci.

Pemancing terkenal, Jeremy Wade percaya spesies ini bertanggungjawab terhadap beberapa siri kematian manusia di Sungai Congo yang sebelum itu dikatakan berpunca daripada semangat ghaib menurut kepercayaan masyarakat tempatan.

Spesies Ikan Pembunuh Manusia!!

 

GOONCH

Sungai Kali di antara Nepal dan India telah dihantui oleh siri kematian dan insiden lemas yang misteri. Misteri ini berlarutan sehinggalah raksasa perang sepanjang 7 kaki dengan gigi yang tajam ini ditangkap.

Ia seekor ikan keli Goonch seberat 300lbs. Ikan ini dikatakan menarik mangsanya dan melemaskannya sebelum ditelan.

Spekulasi juga mengatakan selera ikan Goonch terhadap manusia mungkin disebabkan pembuangan abu mayat ke Sungai Kali yang diamalkan di sana.

 

Spesies Ikan Pembunuh Manusia!!

IKLAN

 

WELS CATFISH

Keadaan perairan di Eropah seperti Tasik Berlin dan Sungai Volga sepanjang masa seakan tenang dan selamat sehinggalah kemunculan pemangsa raksasa ini.

Wels catfish atau Keli Wels ini mampu mencapai 13 kaki panjang dan seberat mencecah 400lbs dan itu sudah cukup menjadikannya sebagai raksasa yang menggerunkan.

Keli Wels merupakan pemangsa agresif dan menurut catatan sejarah ikan ini mampu membesar sehingga 20 kaki panjang.

Seekor keli Wels yang ditangkap di Russia mempunyai sisa manusia di perutnya sementara serangan terhadap manusia dilaporkan di Jerman.

Spesies Ikan Pembunuh Manusia!!

 

GIANT FRESHWATER STINGRAY

Raksasa ini sering menyembunyikan dirinya di perairan air tawar yang keruh, berpasir dan berselut di Asia Tenggara.

Ikan pari air tawar ini mungkin merupakan spesies ikan air tawar yang terbesar dengan panjang mencecah 16 kaki dan seberat hampir 2000 lbs.

IKLAN

Sengat sepanjang 8 inci pada pangkal ekornya mampu menyerang seperti seekor kala jengking dan sengatannya diakui amat berbisa dan mampu membunuh.

Jadi berhati-hati jika tiba-tiba anda berasakan dasar sungai yang anda pijak bergerak!

Spesies Ikan Pembunuh Manusia!!

 

PIRAIBA

Dengan warna biru kehitaman, Piraiba ini mampu mencecah sepanjang 9 kaki dan merupakan antara gergasi air tawar.

Spesies ini merupakan spesies keli terbesar dan dikatakan berpotensi sebagai pemakan manusia.

Gigi ikan raksasa ini tidak kelihatan menakutkan memandangkan tiada taring terkeluar, namun gigi ikan ini tersusun rapi menghala ke bahagian dalam mulut ikan.

Keadaan ini menjadikan mangsanya tidak akan terlepas jika sudah dalam cengkaman mulutnya.

Spesies Ikan Pembunuh Manusia!!

 

MUSKELLUNGE

Muskellunge merupakan seekor spesies ikan air tawar dan sebenarnya masih belum ada catatan rasmi serangan ke atas manusia.

Namun berdasarkan kepada keupayaannya, banyak spekulasi terhadap spesies ini dalam potensinya menyerang manusia.

Muskellunge mampu membesar sehingga 7 kaki dan mempunyai barisan gigi yang tajam dan boleh dikatakan sebagai jelmaan Barracuda air tawar.

Spekulasi mengatakan terdapat serangan ke atas seorang kanak-kanak dan nelayan oleh spesies ini namun mangsa selamat walaupun terdapat kesan yang agak teruk.

Spesies Ikan Pembunuh Manusia!!

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI