Seluang merupakan ikan air tawar yang memiliki ukuran tubuh kecil antara 5-17 cm. Ikan ini termasuk dalam keluarga Cyprinidae dan salah satu genus Rasbora.
Sebagaimana yang telah dinyatakan terdapat puluhan spesies seluang dalam genus Rasbora dan salah satunya ialah seluang bada atau nama umumnya slender rasbora.
Slender rasbora membawa nama saintifik Rasbora daniconius, boleh ditemui di Malaysia, Singapura, Borneo mahupun di Indonesia.
Ikan Seluang boleh hidup sekitar 3-6 tahun dan taburannya banyak ditemui di parit-parit ataupun sungai-sungai kecil yang berarus perlahan di Asia Tenggara.
IKLAN
Antara ciri-ciri ikan seluang ialah, berbentuk pipih memanjang dengan sisik nipis dan ketika masih kecil ianya memiliki warna putih keperakan.
Apabila ianya dewasa di kedua-dua sisi tubuhnya terdapat garis berwarna kehitaman dan warna putih keperakan akan pudar digantikan dengan warna putih kekuningan.
Seluang adalah bersifat omnivor iaitu pemakan segala jenis dari hidupan seperti cacing tanah, serangga, krustesia kecil, lumut dan bermacam lagi.
IKLAN
Ikan Seluang Bada mempunyai badan yang tirus bulat. Ia merupakan ikan yang mendiami kawasan permukaan air. Ikan Seluang Bada merupakan ikan air tawar yang mendiami
kawasan air bertakung seperti rawa-rawa, tasik, lombong, dan air mengalir seperti sungai dan anak sungai.
Ikan seluang bada biasanya bergerak dalam kumpulan. Ikan Seluang bada merupakan ikan maserba. Ia juga makan cacing tanah, dan serangga seperti belalang, kerengga dan jentik-jentik. Ikan Seluang bada mampu hidup dalam air pada paras pH7.
IKLAN
Berdasarkan kajian Dr Herbert R Axelrod dalam Atlas of Freshwater Aquarium Fishes, ia dikatakan dapat membesar sehingga 20 sentimeter panjang.
Ikan-ikan seluang adalah di antara yang paling popular sebagai ikan akuarium. Penampilan rapi mereka, sering kali warna cerah dan menawan.
Banyak spesies yang popular seperti Harlequin Rasboras) telah diternak dan merupakan spesies penting dari aspek perdagangan ikan hiasan.
Nama binomial: Panulirus versicolor (Latreille, 1804)
Keanekaragaman jenis Panulirus sp di perairan daerah tropika lebih besar daripada di daerah sub-tropika, tetapi kelimpahannya relatif rendah. Rainbow lobster atau udang kara hijau (Panulirus versicolor) hidup pada perairan terumbu karang sampai pada kedalaman beberapa meter.
Biasanya mendiami tempat-tempat yang terlindung di antara batu-batu karang dan jarang ditemukan dalam kelompok yang berjumlah besar. Banyak terdapat diperairan Asia tenggara termasuklah Malaysia.
Warna lobster bervariasi tergantung jenisnya, pola-pola duri di kepala, dan warna lobster biasanya dapat dijadikan tanda spesifik jenis lobster. Genus-genus dari panulirudae dalam pengelompokan taksonominya menggunakan ciri morfologi dan berhubungan erat dengan letak geografi atau garis lintang dan juga kedalaman air. Sebagai contoh, untuk perairan cetek di daerah equator akan dijumpai genus Panulirus.
Rainbow lobster atau multicolor lobster (Panulirus versicolor) hidup pada kedalaman 5 – 30 meter (Subani, 1977 in Hasrun, 1996). Banyak spesies yang hidup pada substrat yang berbatu-batu, lumpur atau pasir dan membuat lubang.
Kebanyakan lobster memilih tempat-tempat yang berbatu karang, di balik batu karang yang hidup maupun batu karang yang mati, pada pasir berbatu karang, di sepanjang pantai dan teluk-teluk. Karena itulah organisma ini dikenali dengan nama udang karang atau lobster.
Mereka kurang menyukai tempat-tempat yang sifatnya terbuka dan terlebih arus yang kuat. Tempat-tempat yang disukai adalah perairan yang terlindung. Berdasarkan pengalaman nelayan, udang karang banyak terdapat di tempat-tempat yang memiliki kedalaman perairan 10–15meter.
Kebiasaan hidupnya merangkak di dasar laut berkarang, di antara karang-karang, di gua-gua karang, dan di antara bunga karang. Berdasarkan kebiasaannya merangkak, maka lobster dikatakan tidak pandai berenang, walaupun memiliki kaki renang.
Lobster termasuk haiwan nokturnal yang aktif pada malam hari, keluar meninggalkan sarangnya untuk mencari makan dan pasif di siang hari. Haiwan nokturnal memiliki memiliki aktiviti yang tinggi pada permulaan menjelang malam dan berhenti beraktiviti dengan tiba-tiba ketika matahari terbit.
Mereka menjadikan moluska dan echinodermata sebagai makanan yang paling digemarinya, selain ikan dan protein haiwan lainnya, terutama yang mengandung lemak, serta jenis algae. Udang kara dapat digolongkan sebagai haiwan yang mengasuh dan memelihara keturunannya walaupun sifatnya hanya sementara.
Lobster betina yang sedang bertelur melindungi telurnya dengan cara meletakkan atau menempelkan butir-butir telurnya pada bahagian bawah abdomen hingga telur tersebut menetas menjadi larva udang.
Menjelang akhir period pengeluaran telur dan setelah disenyawakan, lobster akan bergerak menjauhi pantai dan menuju ke perairan karang yang lebih dalam untuk penetasan. Jumlah telur yang dihasilkan setiap ekor betina lobster dapat mencapai lebih dari 400,000 biji.
Larva lobster memiliki bentuk yang sangat berbeda dari yang dewasa. Larva pada stadium filosoma misalnya, mempunyai bentuk yang pipih seperti daun sehingga mudah terbawa arus.
Semenjak telur menetas menjadi larva hingga mencapai tingkat dewasa dan akhirnya mati, maka selama pertumbuhannya, lobster selalu mengalami pergantian kilit (moulting). Pergantian kulit tersebut lebih sering terjadi pada peringkat larva. Secara umum dikenali ada tiga tahap peringkat larva, iaitu naupliosoma, filosoma, dan puerulus.
Perubahan dari tahap ke tahap berikutnya selalu terjadi pergantian kulit yang diikuti perubahan-perubahan bentuk (metamorphose) yang terlihat dengan adanya modifikasi-modifikasi terutama pada alat geraknya.
Pada peringkat filosoma iaitu bahagian pergantian kulit yang terakhir, terjadi peringkat baru yang bentuknya sudah mirip lobster dewasa walaupun kulitnya belum mengeras.
Pertumbuhan berikutnya setelah mengalami pergantian kulit lagi, terbentuklah lobster muda yang kulitnya sudah mengeras karena diperkuat dengan zat kapur. Bentuk dan sifatnya sudah mirip lobster dewasa (induknya) atau disebut sebagai juvenil.
Udang galah yang turut dipanggil dengan beberapa gelaran seperti udang galah, jerangkung atau sepit biru merupakan spesies udang besar yang sentiasa menjadi idaman penggemarnya. Memancing udang galah ini sebenarnya memerlukan ketelitian, kesabaran dan keseniannya yang tersendiri.
Biasanya udang galah lebih mudah dipancing dengan menggunakan sampan atau perahu disebabkan mudah untuk beralih tempat dan mencari lubuk. Malangnya tidak semua pemancing yang mampu memiliki atau pun menyewa sampan.Pilihan yang ada hanyalah memancing dari tebing-tebing sungai, jeti-jeti kecil, pelantar, pontun dan jambatan yang merentangi sungai.
Bagi pancingan tebing, jeti atau jambatan ini beberapa perkara perlu difahami iaitu pengaruh perubahan suhu dan air kepada udang galah; umpan-umpan yang menjadi kegemaran udang di lokasi tersebut; jenis perambut yang terbaik untuk diguna pakai; dan lokasi dan bentuk aliran air yang disukai udang galah.
Harus difahami bahawa udang galah bergerak dalam kumpulan dan adalah jenis haiwan akuatik yang tidak berhenti makan, mereka adalah spesies yang pelahap. Mereka makan tanpa mengira waktu atau keadaan air. Cuma yang perlu kita ketahui ialah bila dan di mana kumpulan udang galah ini galak dan rakus memakan umpan.
Pengaruh dan perubahan suhu dan air memainkan peranan yang paling penting kepada kerakusan udang galah memakan umpan. Suhu air yang sejuk akan membuatkan udang galah tidak galak memakan umpan. Keadaan ini akan membuatkan udang galah lebih suka berpindah ke tempat-tempat yang lebih panas suhu airnya.
Udang galah lebih galak memakan umpan pada ketika air beralih surut sehinggalah air surut sepenuhnya. Pada ketika air pasang penuh udang galah sukar dipancing kerana ia lebih suka memburu di bawah timbunan kayu dan akar-akar nipah di kawasan bertebing.
Pada ketika air mulai surut udang galah akan keluar memburu di kawasan pertengahan sungai. Musim terbaik untuk memburu udang galah ialah pada ketika musim panas atau permulaan kemarau. Udang galah juga menjadi galak jika cuaca panas selepas dua atau tiga hari hujan turun. Masa terbaik pula ialah ketika awal pagi hingga sebelum tengah hari, lewat petang hingga ke awal malam.
Ikan baung merupakan ikan air tawar yang sedap dijadikan hidangan. Rasanya sangat enak dan dikategorikan sebagai ikan bernilai tinggi sehingga mencecah belasan ringgit dan mungkin lebih dis sesetengah tempat bagi sekilogram.
Lazimnya ikan baung boleh diperolehi di mana-mana lokasi sungai dan sungai. Ikan ini aktif dan lebih mudah memancingnya bila selepas hujan, air sungai menjadi keruh dan serta pada waktu malam.
Untuk memancing ikan baung, umpannya tidaklah sukar dan tidak menolak apa sahaja jenis umpan berbau kuat. Jadi tidak hairanlah ‘umpan tapa’ begitu sinonim dengan ikan baung ini. Namun berapa ramai yang tahan dan sanggup berhadapan menggunakan umpan ini.
Jadi untuk pilihan, apa kata gunakan daging burger sebagai umpan untuk memikat ikan ini. Syaratnya, perlu cari lokasi yang airnya mengalir (tidak terlalu deras) jika mahu menggunakan umpan ini.
Bahan-bahan
Daging burger
Tepung jagung
Cara penyediaan:
Daging burger perlu dinyah bekukan terlebih dahulu dan diisi di dalam bekas.
Campurkan sedikit tepung jagung.
Uli dan adun tepung jagung bersama daging burger.
Hasil adunan yang telah siap.
Umpan burger yang telah siap. Hanya ambil dan cangkukkan pada mata kail dan terus boleh memancing.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...